Hari ini adalah hari terakhir kami di Miri. Hari ini baru berkesempatan bersiar-siar di sekitar hotel penginapan. Di sebelah hotel ini terletaknya Wisma Pelita Tunku. Nampak macam bangunan pejabat, tapi tak sangka rupanya ada pusat membeli-belah di dalamnya. Ada beberapa kedai yang menjual T-shirt Miri dan lain-lain cenderamata. Walaupun hotel penginapan kami terletak di hujung bandar, ada kemudahan lain yang terletak berhampiranya. Antaranya ialah stesyen bas utama bandar Miri dan Pusat Penerangan Pelancong.
Aktiviti hari ini cuma meronda-ronda sekitar bandar untuk mencari apa-apa yang belum dibeli. Sempat juga singgah di Bintang Mega Mall.
Aktiviti hari ini cuma meronda-ronda sekitar bandar untuk mencari apa-apa yang belum dibeli. Sempat juga singgah di Bintang Mega Mall.
Tamu Muhibbah berhampiran hotel |
Lupa nak tanya nama buah ini. |
Sekitar bandar raya Miri |
Bintang Mega Mall antara kompleks belibelah yang terbaik di Miri. Kalau di Lembah Klang ia setaraf Jusco. |
Sebelum bertolak ke airport sempat makan laksa Sarawak sekali lagi. Yang ini lebih sedap. Air bandung cincaunya pun terangkat. |
Boleh drop in kunci jika kereta dipulangkan di luar waktu pejabat. |
Secara keseluruhannya, Miri sesuai di jadikan tempat percutian keluarga. Bagi yang mempunyai pasport pula boleh menyeberang ke negara Brunei. Bagi yang sukakan adventure banyak taman negara yang boleh di terokai seperti Taman Negara Mulu, Gua Niah dan Lambir.
cantik juga nampaknya bandar miri ni.
ReplyDeleteBila nk melancong ke ipoh dan lumut ni? kalau dtg sini, sy blh je jadi tourist guide,,,=)
Kira, Miri agak bersih bandarnya. Bolehlah ambil kesempatan ke sini. Pastu boleh masuk Brunei sekali.
DeleteSaya banyak kali dah ke Lumut dan Ipoh ni, sambil ke rumah ipar di Batu Gajah... :)
Hehehe yang hitam tu namanya buah dabai..rasanya lemak lemak..kat sabah / Swak org salu buat masak dengan nasik goreng..org panggil Nasi Goreng Dabai.. try la, sedap!
ReplyDeleteTQ Bro Janggel, baru tau nama buahnya...
DeleteLain kali kena mencuba nasi goreng tu nampaknya...
Wah! bestnya gi Miri & Brunei, tak ajak akk pun..hhihi. Owh...kalau dah sampai Miri boleh terus ke Brunei ke..akk ingatkan kena cari flight lagi...maknanya jalan darat pun bolehlah nih....siap ko Miri akk nak kesana nanti...hihihi
ReplyDeleteCT, dari Miri ke sempadan Brunei lebih kurang 30 km je. Pastu setelah clear urusan di sempadan, sejam lebih je dah sampai Bandar Seri Begawan...
DeleteJom ke Miri... :)
oh..dabai. tak penah dgr & tau pun.
ReplyDeletekalau saya teringin nak ke gua mulu..tapi mcm mahal kosnya.
Saya pun baru tau buah tu namanya dabai. Boleh campur kat nasi goreng pulak tu. TQ Janggel...
Deleteopss..bkn gua, tmn negara..nak tengok pinnacles.
ReplyDeletePinnacles tu kat Tmn Negara Gunung Mulu. Kena naik flight kalau nak ke sana tu. Jalan darat pun ada, tapi ambil banyak masa...
DeleteBuah apa agaknya ye yg hitam2 tu..curious jugak nak tau.
ReplyDeleteSeronok jln2 tgok negeri orang..bila la i nak merasa makan laksa sarawak di sarawak..penah makan yg di kl je..:)
TK, kata Janggel, buah tu buah dabai, rasanya lemak dan boleh dimasak dg nasik goreng... jadi nasi goreng dabai...
Deletewaaaaaaaaaaaaaaaaa !
ReplyDeletebestnyeeeeeee. teringin nak pegi sane.
asyik duduk semenanjung je :'(
GMJ, nanti abis study, dpt kerja bagus, jalan-jalan puas-puas. Lagipun bukan jauh sangat... :)
DeleteFadli, mmg tak tau adanya makanan tu... takpe lain kali boleh cuba...
ReplyDeleteInsya Allah sampai Miri suatu hari nanti :)
ReplyDeleteBoleh dimasukkan ke dalam senarai cuti-cuti Malaysia Bobo nanti...
DeleteBuah tu dikenali sebagai buah DABAI..
ReplyDeleteAda orang kata buat tu boleh dicampur dalam nasi goreng, sedap katanya...
DeleteAssalamualaikum - seronoknya dapat singgah ke BSB - sy masih belum berkesempatan ke sana...tak tahu bila pulak boleh sampai...insyaAllah akan sampai jua - baca2 kisah perjalanan utk dapatkan gambaran dan maklumat - tk kongsi pengalaman
ReplyDeletePuan SAK, saya juga belum pernah ke India... Saya tunggu cerita puan nanti...
DeleteDi Malaysia negeri Sarawak adalah negeri yang belum pernah saya jejaki... Tentu best kalau travel dari Kuching ke Miri kan...
ReplyDeletePengembara hebat seperti saudara tentu tiada masalah untuk buat trip tu...
DeleteSarawak lah negeri yg belum pernah akak jejakkan kaki..Seronok tgok foto2 kat sini.
ReplyDeleteBiasa lah tu Cikgu. Kita selalu target tempat yang jauh2 dulu, padahal tempat yg dekat pun tak sampai lagi...
DeleteLepas ni ke mana pulak Mie ?..rinduu nak makan laksa Sarawak ..:)
ReplyDeleteTeringin juga nak pergi yg jauh2 macam Wa, tapi belum berpeluang lagi...
DeleteJalan jalan sambil cari makan di brunei and miri.. Bestnya.
ReplyDeleteMemang best, boleh cuba sendiri...
Deletemenyeronokkan sambil kenal lokasi baru dapat pula cuba resepi baru.
ReplyDeleteTapi taklah sehebat pengembaraan kak mah tu... Kemana destinasi seterusnya...
DeleteSalam Bro Mie...amboi ke Miri pulak....tu la teringin gak nak tau dan rasa buah tu..???..nampak macam buah kurma je....hehehe
ReplyDeleteSaya sendiri pun belum pernah merasa buah tu, buah dabai namanya...
Deletebestnya..masih blum smpai kesana..
ReplyDeleteaisshh bila agknya..huhu
Satu hari nanti sampai lah...
DeleteTQ ikut blog saya...
Salam..review yg bagus jugak..saya cari jugak apa yg best di Miri...sekali nmpk entri ni...plus boley pegi Brunei lagi..ermm...boley di cadangkan pada incik asben...:)
ReplyDeleteCadangan yg bagus tu, kira percutian 2 dalam 1, sbb Brunei tu dekat sangat dah...
DeleteBoleh bagi cdgn syarikat sewa kereta yang agak murah? I.Allah saya sklrga akan ke miri dan brunei cuti raya haji ni....terimakasih atas perkongsian berharga ini.
ReplyDeleteSaya ambil dari Syarikat Hertz, kereta Hyundai Matrix Auto cuma RM115 sehari. Tapi kena booking awal secara online >>>> http://www.simedarbycarrental.com/
DeleteSemoga ianya dapat membantu anda sekeluarga....
Terimakasih banyak2...saya akan cuba usahakan....hotel pun dah booking tru agoda..
ReplyDeleteSalam saudara, boleh tau hotel kamu yang murah tu hotel nama apa? he
ReplyDeletePark Hotel, berdekatan dengan stesyen bas bandar Miri. Booking through Agoda.com...
DeleteTq..
Delete