Kami keluar dari WOW pada jam lima petang untuk balik ke hotel. Kali ini kami ambil metro Shenzhen untuk ke stesyen paling hampir dengan hotel iaitu di Lao Jie. Jika di Hong Kong menggunakan sistem kad elektronik untuk sistem metronya, di sini menggunakan cip plastik. Agak susah untuk mendapatkan teksi di di luar stesyen ini kerana bersaing dengan penduduk tempatan yang baru balik kerja.
Berhampiran stesyen ini jugalah terletak kawasan membeli-belah Dongmen Street. Kami tak singgah dan perlu balik ke hotel dulu untuk menunaikan kewajipan dan keluar semula pada sebelah malam.
Setelah selesai urusan, kami makan di restoran China di tingkat bawah hotel. Kali ini kami mencuba untuk makan mee sup. Apa yang istimewa, mee tersebut akan diuli dan dibuat jika ada pesanan. Tak perlukan mesin, cukup dengan menarik-nariknya berulang kali dan hasilnya mee yang cukup sempurna.
Kami keluar semula malam itu untuk ke sebuah pusat membeli-belah yang terletak di stesyen Luo Hu. Pusat beli-belah ini konsepnya seakan kompleks Mangga Dua di Jakarta. Peniaga di sini suka mendesak dan suasananya juga kurang selesa. Kami ambil keputusan keluar dan menuju ke Dongmen Street dengan metro.
Untuk keluar ke Dongmen Street dari stesyen sila ikut pintu E. Stesyen bawah tanah di sini mempunyai banyak laluan keluarnya jadi perlu berhati-hati supaya tidak tersalah pintu. Barang-barang yang dijual di sini, terutama pakaian jauh lebih murah jika dibandingkan dengan di Hong Kong. Kami terserempak dengan rombongan Kak Bedah dari Indonesia di sini. Borong sakan mereka nampaknya.
Berlepas pulang
Malam itu kami pulang agak lewat. Nasib dah makan sebelum keluar. Flight pulang keesokan harinya ialah pada jam 11.15 pagi dan tak bercadang kemana-mana lagi. Jadi dapatlah sambung tidur selepas kewajipan dibereskan.
Waktu ke airport kami memilih untuk naik bas seperti waktu datang kerana bas berhenti betul-betul di hadapan tempat berlepas. Jika naik metro terpaksa menapak sikit. Airport Shenzhen ni agak besar dan panjang di mana kawasan berlepas dan ketibaan domestiknya adalah lebih besar berbanding kawasan antarabangsanya.
Pemeriksaan keselamatan di sini agak ketat. Sebelum masuk ke kawasan kaunter check in pun sudah diperiksa. Terdapat dua penerbangan harian dari Shenzhen ke Kuala Lumpur dan satu ke Kota Kinabalu. Di airport ini, bagi penerbangan tambang murah juga tidak disediakan aerobridge seperti di LCCT. Tapi tak perlu menapak sebab ada perkhidmatan bas yang besar gedabak disediakan. Cuaca agak baik pada hari itu dan kami sampai di LCCT empat jam kemudiannya.
Sekian....
salam mie...,
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sampai ke LCCT sebelah sore.... penuh infomasi untuk AR sessi 2012/2013....hehehehe...
nanti buat buku panduan perjalanan dan tips ke SHKM.... :)
SALAM,
ReplyDeleteOH, BESTNYA. ROUND SANA, ROUND SINI
Salam Man,
ReplyDeleteTak payah buat panduan tu, semua ada dalam kepala. Set for next AR... :)
Tuan LF,
ReplyDeleteMemang best. Saya rasa tuan juga dah banyak berjalan2...
abis dah cerita hong kong ni ye..aha.. kejap . total damages gi sini brape abg mie? nak jugak buat bajet ni..kot2 lepas.. aha ;)
ReplyDeleteOK Kemang secara kasar kos per pax:
ReplyDeleteFlight return : RM300 (masa offer)
Hotel : RM250 (4 mlm)
Tambang ke Macau : RM150 return
Metro/subway/teksi : RM100 (Octopus card)
Makan : bawa packed food, skrang ni ada banyak kat hypermarket.
Shopping lain yek
5H4M less than RM1000
Boleh jimat lagi kalau duk hostel.. OK kot bajet tu..
kemang,
ReplyDeletekene buffer entrance fee if nak gi ocean parj & disney, other then that, hk takde all those museum etc.. mmg shopping heaven especially sport shoes... MURAH & banyak option and latest design.
i selalu suruh orang gi the peak... kene gi and naik tram dia masa naik, turun naik bus! ehehheh... syok!
mie,
tak perasan lak, u dok kat mana masa kat hk. i kat nathan sebab senang. atau temple street.
Lily,
ReplyDeleteYa betul tu Lily kenalah extra budget utk masuk Disneyland ngan Ocean Park.
Saya duk kat Cameron Road dekat dgn stesyen Tsim Sha Tsui, tak jauh dari masjid Kowloon.
Nathan Road tu panjang kan, so u duk kat mana?
terima kasih atas info berguna!boleh buat panduan lepas ni nak travel,TQ
ReplyDeleteSalam Azim,
ReplyDeleteTQ juga kpd Azim. Blog Azim buat saya selalu lapar... makan,makan... :)
Bes bebenor en mie jln2 tu... sampai ke china teringin nak gi sana gak :)
ReplyDeleteSalam WKO,
ReplyDeleteOnggon pun banyak berjalan2 cuma bezanya dlm negeri. Rasanya sudah tiba masanya untuk melangkah jauh sikit. Lagipun sekarang ni ada macam2 kemudahan, dan semuanya guna online...
Onggon boleh!!!
Oh...ah murah gile return ticket..huhu..ok la tu..
ReplyDeleteabg mie n lily..
,kalo nk masuk,skali disneyland ngan ocean park,brape kena extra?mcm nk pegi pulak..ahaha ;)..tp kna tunggu sale AA ler..
Kemang, tiket agak mahal..
ReplyDeleteOcean Park HK$280, Disneyland plak HK$399 (Exchange rate RM1=HK$2.50 lebih kurang)
Tapi memang berbaloi gi HK ni sbb dpt masuk China dan Macau sekali gus.
nk tanya, agak2 kalau dr HK ni bleh tak utk pergi ke Ghuangzhou??
ReplyDeleteSalam niL,
ReplyDeleteBoleh saja, tapi kena amik Visa China. Stesyen trainnya pun tak jauh dari imigresen China di Luo Hu, Shenzhen...
salam kenal dari saya.
ReplyDeletesinggah dari blog bangsawan nilai
seronok tengok org cerita psl jalan-jalan kenegara org
Salam Irfa,
ReplyDeleteTQ singgah sini. Jalan-jalan ni boleh dijadikan terapi minda.
Irfa juga boleh, sbb skrang ni mcm2 kemudahan ada, semua di hujung jari...
wah, hebat...banyak betul jalan-jalan.
ReplyDeletehotel rm250 tu kita cemana? kongsi2 4 malam?
Salam Kira,
ReplyDeleteKos hotel sebilik berdua utk 4 mlm di HK dan Shenzhen lebih kurang RM500. RM250 tu kira utk seorang la.
Hari ini AA ada offer, apa lagi sambar la... :)
tulah...air asia wat promotion. tapi susah nk setting ramai2...lagipun takut tibe2 ada komitmen lain...lagipun bukan semua org sanggup keluar duit pegi luar negara
ReplyDeleteMmg susah kalau nak book reramai. Buatlah dua tiga kali pastu, kos bagi samarata, walaupun ada yang dapat murah dan mahal. Adil kot.
ReplyDeleteLagipun team Kira kaki jalan kan, tentu no problem...
Memangla tak ramai yg sanggup keluar duit utk keluar negara, tapi sekali terjebak, tak boleh undur... :)
best entry nih...boleh buat tip kalau nak ke Shenzhen nanti
ReplyDeleteAnn, TQ berkunjung ke sini lagi.
ReplyDeletemie, orang kat sana boleh berbahasa inggeris x??? nk p sana kene tau bahasa mandarin jgak ke??
ReplyDeleteAssalam EC,
DeleteOrang HK kebanyakannya boleh cakap BI, sbb HK ni negara Komanwel mcm Malaysia. Cuma sekarang ni dah bercampur baur dg penduduk China sejak diambilalih. Rasanya takde masalah kalau ke sana. Penduduk HK kebanyakannya berbahasa Kantonis bukan Mandarin...