Tuesday, December 13, 2011

Colmar Tropicale

Kedudukan pusat peranginan ini agak dekat dengan ibukota. Tetapi ini lah kali pertama saya sekeluarga menjejakkan kaki ke sini. Tempat tu bukan jauh sangat bila-bila masa pun boleh pergi, itulah alasan yang selalu diberi.

Pusat peranginan ini terletak di Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang. Tarikan utama di sini ialah Colmar Tropicale, iaitu sebuah resorts yang bertemakan bandar Colmar di Perancis yang terletak bersempadan dengan negara Jerman. Tarikan lain di sini ialah Japanese Village yang terletak 3500 kaki dari aras laut.


Kebetulan pada hari itu semua anak-anak ada di rumah. Ada yang baru habis periksa dan ada juga yang balik dari hostel. Cuaca agak kurang baik, tetapi kami tetap pergi juga. Perjalanan agak lancar dan kami sampai di sana sejam setengah kemudiannya. Waktu itu masih belum ramai orang yang sampai.  Tiket masuk ke kawasan ini ialah RM12 bagi setiap pengunjung dewasa.

Pemandangan resorts dari aras tiga tempat meletak kenderaan

Cuaca pagi itu agak mendung dan hujan renyai-renyai

French bakery, kolam ikan koi serta badut jalanan antara tarikan di sini.

Pemandangan di dalam kawasan resorts.


Setelah selesai ronda-ronda di Colmar Tropicale, kami bergerak untuk ke Japanese Village yang terletak tidak jauh dari sini. Bagi mereka yang tidak mahu membawa kenderaan sendiri, boleh mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang bergerak mengikut jadual. Perjalanan untuk ke Japanese Village agak lebih curam berbanding jalan naik sebelumnya. Kawasan meletak kenderaan juga agak terhad. Dari sini kita perlu berjalan kira-kira setengah kilometer lagi untuk sampai di Japanese Village.


Kawasan Japanese Village ini agak luas dan kita perlu berjalan di kawasan berbukit melalui trek batu yang disusun untuk sampai kesatu-satu destinasi. Kebanyakan tarikan yang ada di sini sudah kelihatan agak usang.

Dalam kawasan Japanese Village

Antara tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Di hujung jalan ini terdapat satu kawasan untuk melihat burung-burung penghijrah, apabila musim sejuk melanda utara hemisfera. Menurut seorang peminat yang sedang memerhati dan mengambil foto di situ, burung yang datang ada yang sejauh dari Siberia.

Uncle ini memang peminat fanatik burung penghijrah. Kelengkapan kameranya bernilai lebih tiga puluh ribu ringgit. Berdesup-desup macam orang menembak bila dia mengambil gambar.

Tak lama masa yang diambil untuk melawat semua kawasan di sini. Tambahan pula hujan semakin lebat. Kami ambil keputusan untuk keluar dari situ dan singgah sebentar di kawasan taman haiwan dan seterusnya keluar dari kawasan Berjaya Hill.


Jam sudah menunjukkan hampir dua petang dan perut pula minta diisi. Kami singgah makan tengahari di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan pulang.

16 comments:

  1. saya pegi masa thn2 awal dibuka. sempat stay 1mlm kat colmar. jadinya semua masih baru & cantik.

    utk ke japanese v. tu, lps parking saya naik tram utk ke atas. jenuh tu kalo jalan kaki!

    ReplyDelete
  2. Salam mie..,

    nampak best sgt macam kat oversea...aku pun tak pernah pergi sini ..ni pun baru tau dan dengar namanya.....prakk sungguh tempat sendiri pun tak tau...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Dulu pegi, tempat dah best...tapi harga makanan terlampau mahal kan. Nak lepak lama pun rasa takbest

    ReplyDelete
  4. Tihara, pergi aje lah tak jauh mana pun...

    ReplyDelete
  5. Ujie,

    Masa saya ke Japanese Garden, takde pun tram disediakan. Mungkin disebabkan jln yg licin akibat hujan dan keadaannya yg agak curam. Puas jugalah menapak.

    ReplyDelete
  6. azmnor,

    Kalau berangan nak macam kat obersi, datanglah ke sini... :)

    ReplyDelete
  7. Kira,

    Tempatnya tak luas mana, ronda sekejap pun dah cover semua kawasan. Makanan memang mahal maklumlah kat dalam hutan... :)

    ReplyDelete
  8. pernah sampai ke Bukit Tinggi nih sekali..zaman kapel2 dulu...:)

    ReplyDelete
  9. Papa Mifz, masa triple ni pun boleh pergi jugak... :)

    ReplyDelete
  10. Kalau Mie tak sebut
    Mati2 aku ingat Mie dah sampai Perancis

    ReplyDelete
  11. Jadilah sampai kat situ Kang Matsom...

    ReplyDelete
  12. Wahhh... baru je minggu lepas saya dan kawan2 bincang pasalnak ke sini.. Very informative Abg Mie.. Makasih kerana share :)

    ReplyDelete
  13. iMBobo, memang cantik tempat ni, sesuai kalau nak merehatkan diri...

    ReplyDelete
  14. WKO, bolehlah menembak-nembak di sana. Banyak lokasi menarik...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...