Sempena cuti Hari Krismas yang agak panjang, saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Johor Bahru sambil memenuhi undangan yang diterima. Selesai majlis kami check in di hotel dan pada sebelah petangnya singgah sebentar di Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak megah di atas Bukit Timbalan, Johor Bahru. Bangunan ini pada asalnya menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Kini pusat pentadbirannya telah berpindah ke Nusajaya.
Pada sebelah malamnya kami singgah di Hutan Bandar. Di sini saya bukan hendak menceritakan tentang Hutan Bandar tapi lebih kepada tempat untuk makan-makan. Kawasan Hutan Bandar ini terletak di Jalan Tasek Utara, kira-kira 1.5 km dari bandaraya Johor Bahru.
Pada sebelah malamnya kami singgah di Hutan Bandar. Di sini saya bukan hendak menceritakan tentang Hutan Bandar tapi lebih kepada tempat untuk makan-makan. Kawasan Hutan Bandar ini terletak di Jalan Tasek Utara, kira-kira 1.5 km dari bandaraya Johor Bahru.
Di sini terdapat sebuah medan selera khususnya western food yang agak murah. Kalau kurang percaya sila lihat senarai harga di bawah.
Sangat murah kan! Saya pun kurang tahu tempat ini. Ianya dicadangkan oleh kenalan saya yang tinggal di sini. Medan seleranya hanya beroperasi pada waktu malam. Servisnya pun agak cepat walaupun terdapat ramai pelanggan. Janggel , Onggon dan Azmnor yang selalu jalan-jalan ke JB dan Singapore, bolehlah singgah di sini untuk mencuba.
Kalau hujung minggu, orang agak ramai dan biasanya datang hampir serentak jadi masa menunggu mungkin agak lama sedikit. Tapi bagi kita yang datang dari jauh tentu tiada masalah untuk datang lebih awal.
Siap dengan coleslaw, salad, fries dan kepingan ayam untuk harga RM5 sahaja. Untuk chicken chop yang di grill pula harganya cuma RM6.50 (seperempat bahagian ayam)
Ada juga disediakan otak-otak sebagai makanan sampingan sementara menunggu pesanan sampai. Sate juga boleh didapati di sini.
wak pon dh lama X pegi hutan bandar niiiii...,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
ReplyDeletemakasih abg mie... saya baru tau tempat ni wujud.. dah tulis kat dalam buku "sasaran tahunan jalan2 cari gambar/makan" hehehe :)
ReplyDeleteSalam Wak Gelas,
ReplyDeleteWaduh kok sudah tukar blognya. Saya tak tau pun kalau Wak tak datang sini... TQ Wak mampir nang kene... :)
Salam WKO,
ReplyDeleteBila buat entry ini saya teringat WKO yang suka jalan-jalan dan amik gambar... :)
mmg murah! tak penah smpai lagi.
ReplyDeletesedap pulak otak2 tu..
Kalau Ujie ke JB bolehlah mencuba makan di sini...
ReplyDeleteSalam mie...,
ReplyDeletecamna boleh aku tak jumpa tu ari yer....
"Next time maybe next time....."
Salam Azmnor,
ReplyDeleteSenang sangat nak jumpa tempat ni. Dari Larkin Sentral, terus je menyeberangi Jln Tun Razak (persimpangan bunga tu) setengah km pastu belok ke kiri ke Jalan Tasek Utara. Dekat dengan RTM cawangan Selatan... :)
Tiga tahun lepas, saya ada bawak budak2 sekolah ke sini Abang Mie.
ReplyDeleteJika kjaan Johor ni kreatif macam Melaka, rasanya boleh menarik lebih ramai lagi pelancong.
Betul tu Matsom, tempatnya dah strategik, cuma perlu penambahbaikan dan kemudahan lain untuk menarik lebih ramai orang datang ke sini.
ReplyDeletechic chop murah. sedap tak? hehehehe
ReplyDeleteSalam GMJ,
ReplyDeleteSodap gak, tapi kalau nak yang lebih sodap order yang bergrill tu...
tempat permainan akk nih...hehehe..chiken chopnya mabeles n murah...:)
ReplyDeletedatang lg calling2 akk ya...nnt leh banje...:)
Saya first time ke sini, walaupun selalu turun JB... :)
ReplyDeleteHarga murah tapi sodap, memang berbaloi...
m'sia ni byk betul tempst makan sedap2.. duitnye je yg tak byk lagi
ReplyDeleteJom Travel@Hasan, bukan semua tempat kita perlu berbelanja lebih, kenalah cari yang sesuai... :)
ReplyDelete