Saturday, September 18, 2010

Universal Studios Singapore

Sudah lebih dua puluh tahun tidak menjejakkan kaki ke Singapura, setelah bermustautin di Lembah Klang. Keinginan untuk ke sana adalah kerana tarikan taman tema yang baru memulakan operasinya pada tahun ini, iaitu Universal Studios yang terletak di Pulau Sentosa. Saya sekeluarga mengambil kesempatan ke sana sempena cuti Hari Raya yang agak panjang.

Kami ke sana pada hari raya kelima iaitu setelah menghabiskan beberapa hari bertandang ke rumah saudara mara terdekat. Ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk ke sana melalui jalan darat. Bagi mereka yang jarang atau tidak pernah ke sana dicadangkan untuk mengambil pakej perjalanan menggunakan van yang meliputi tambang pergi balik dan tiket untuk masuk ke Universal Studios. Pakej ini boleh didapati jika kita menginap di Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru. Perjalanaan dengan van adalah lebih cepat kerana bilangan penumpang yang tidak ramai terutama untuk melepasi kawasan imigresen berbanding dengan bas.

Bas juga boleh didapati di sini dengan kadar tambang yang lebih murah. Hotel ini juga menyediakan kawasan letak kenderaan yang agak banyak secara percuma. Sebaiknya tempah sekali tiket masuk kerana tiket-tiket masuk untuk sesuatu hari boleh sold out lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Ini pernah terjadi kepada kawan yang main redah saja untuk ke sana. Cara lain ialah dengan mengambil bas awam yang bertolak terus ke Universal Studios dari Stesyen Kotaraya di bandar Johor Bahru.

Pintu gerbang di hadapan pintu masuk utama.
Lokasi wajib untuk bergambar

Dengan tiket masuk berharga SGD66 (MYR155) untuk setiap orang boleh dianggap berbaloi kerana taman tema ini menyediakan pelbagai tarikan untuk pengunjung-pengunjungnya. Diantaranya ialah Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Pengunjung-pengunjung boleh mencuba atau merasai sendiri semua kemudahan yang disediakan. Setengah kemudahan memerlukan had ketinggian minima untuk menggunakannya.

Tarikan bagi setiap tema :

* Hollywood - Pantages Hollywood Theatre
* New York - Lights, Camera, Action dan Stage 28
* Sci-Fi city - Battlestar Galactica CYCLON, HUMAN dan Accelerator
* Ancient Egypt - Revenge of The Mummy dan Treasure Hunters
*The Lost World - Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino-Soarin, Amber Rock Climb dan Waterworld
* Far Far Away - Shrek 4-D Adventure, Donkey Live, Enchanted Airways dan Magic Potion Spin
* Madagascar - A Crate Adventure dan King Julien's Beach Party-Go-Round





Objek dan Karakter Jalanan

Terdapat beberapa objek asal yang diletakkan di tepi jalan untuk menggambarkan suasana  di tempat tersebut.




Terdapat juga beberapa karakter jalanan yang berlegar di dalam kawasan Universal Studios yang muncul mengikut masa. Jika bernasib baik dapatlah snap foto. Jika mahu bergambar secara pribadi terpaksalah berbaris panjang. Jadi ambil gambar secara curi adalah lebih mudah. Antara karakter tersebut ialah Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Frankenstein dan Panda Bear.

                     

                     

Bangunan ini terletak di dalam kawasan tema Far Far Away. Di dalam bangunan ini juga diadakan pertunjukan wayang 4D The Shrek. Bersedialah untuk mengalami adventure di kerusi-kerusi mekanikal mengikut jalan cerita yang ditayangkan. Jangan lupa untuk membawa tisu atau saputangan kerana Shrek dan kawan-kawannya selalu bersin ke muka kita!

Penonton hampir memenuhi tempat duduk pertunjukan Water World dalam kawasan tema The Lost World. Pertunjukan di sini diadakan mengikut masa tertentu kerana ia menyediakan lakonan secara langsung.

 Salah satu tarikan yang popular di Lost City iaitu Rapids Adventure. 

 Objek-objek besar melatari suasana di Madagascar.

Nama beberapa bintang terkenal diabadikan di jalanan.

Makan dan Solat di Universal Studio.

Walaupun berjalan dan makan angin, tentang halal haram mesti dijaga dan kewajipan mesti ditunaikan. Untuk pengetahuan, taman tema Universal Studios ada menyediakan banyak pilihan restoran halal bagi kemudahan pengunjung beragama Islam. Pilihlah salah satu yang ada dalam senarai brosur mengikut selera sendiri. Kami sekeluarga memilih untuk makan di Restoran Goldilocks yang terletak dalam kawasan Far Far Away. Restoran ini menyediakan makanan berasaskan burger dan kentang. Harga agak sederhana iaitu lebih kurang RM20 seorang. Ruang untuk pelanggan menjamu selera juga agak luas.


Dalam kawasan Universal Studios ini memang tiada disediakan surau untuk bersolat. Tetapi dalam kawasan ini terdapat banyak kawasan tersembunyi dan terlindung yang boleh dijadikan tempat untuk bersolat. Yang penting bawa penunjuk arah kiblat untuk kemudahan. Memang tidak sempat untuk bersolat di hotel penginapan kerana lawatan dalam kawasan ini mengambil masa sehari suntuk jika kita menyertai semua tarikan yang disediakan. Waktu menunggu untuk sampai giliran bagi tarikan yang popular boleh mencapai setengah jam.

52 comments:

  1. Salam Aidil fitri, wah wah kawan aku dah pi Hollywood made in s`pore... kono buek trip sekali ke sana ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin adalah pakar dalam menguruskan perjalanan pelanggan untuk ke Universal Studios dari Johor Bahru.

      Anda tidak perlu risau tentang pengangkutan. Kami akan sediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru (Sri Putri skudai, JB Central, dan dari Tune Hotel,Danga Bay).

      Sila tanya saya di page rasmi:

      https://www.facebook.com/pages/Pakej-dari-Johor-Bahru-ke-Universal-Studios-Singapore/125824137439533?ref=hl

      Delete
  2. Senang je nak ke sana kalau menginap di Tune Hotel, Danga Bay. Orang yang pertama kali pergi pun tak ada masalah. Semuanya boleh diuruskan.

    ReplyDelete
  3. salam..
    boleh rekemen x tour guide yg leh bw kami ke universal studio dlm 1 hari je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin adalah pakar dalam menguruskan perjalanan pelanggan untuk ke Universal Studios dari Johor Bahru.

      Anda tidak perlu risau tentang pengangkutan. Kami akan sediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru (Sri Putri skudai, JB Central, dan dari Tune Hotel,Danga Bay).

      Sila tanya saya di page rasmi:

      https://www.facebook.com/pages/Pakej-dari-Johor-Bahru-ke-Universal-Studios-Singapore/125824137439533?ref=hl

      Delete
  4. SDra Anon,
    Maaf kerana lewat respon. Saya ambil pakej ke US Singapore di Tune Hotel, Danga Bay, JB. Ada kaunter khas di situ. Tiket masuk juga boleh dibeli di situ. Mereka akan hantar kita ke sana dan kita buat janji bila nak balik. Semua boleh diuruskan. Biasanya lawatan ke sana akan membawa kpd malam hari kerana banyak tmpt yg hendak dilawati. Baca semua 6 entries utk bulan Sept yang mungkin boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete
  5. salam..nak tny, berapa harga pakej ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin adalah pakar dalam menguruskan perjalanan pelanggan untuk ke Universal Studios dari Johor Bahru.

      Anda tidak perlu risau tentang pengangkutan. Kami akan sediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru (Sri Putri skudai, JB Central, dan dari Tune Hotel,Danga Bay).

      Sila tanya saya di page rasmi:

      https://www.facebook.com/pages/Pakej-dari-Johor-Bahru-ke-Universal-Studios-Singapore/125824137439533?ref=hl

      Delete
  6. @qoin-quin,
    Harga tiket SGD66(weekdays) SGD72 pada hujung minggu dan cuti umum. Tambang pergi balik ke US Studio RM25(pd masa itu) seorang dgn van khas. Kalau naik bas yg juga ada di situ lebih murah tambangnya. Tak perasan pulak sama ada pakej ini boleh diberi kpd bukan penginap hotel Tune.

    ReplyDelete
  7. ok2....cm menarik jer blog ni..x byak bebel,,tp padat info n gmbor...bgos2..... leh x terang skit dr segi penginapan, mkn n minum, n tambang.... cthnyer.... hage tune htel brape smlm??? coz sy ade tgok yg hage srendh rm96... dan sy nk tnye..bilik disi mampu untuk memuatkan berapa orang dlm 1 blik...sekiranya sy gunakan bilik untuk tido shj...so x kisahla sama ada selese atau tidak,,, boleh muatkan 6 orang x 1 bilik??

    sy nk tnye jgak... perjalanan menggunakan van ke singapore dari pukul berapa sehingga berapa?? boleh atau tidak sekiranya saya suruh drebar van ambil pkul 11mlm??heehe...
    thnks.....

    ReplyDelete
  8. Kucing Siam: Semua pakej tersebut boleh didapati di Tune Hotel. Ada agensi yg mengaturkan semuanya di situ. Harga bagi Tune Hotel adalah bergantung kpd jarak masa kita menempah, lagi awal kita tempah lagi murah. Bilik boleh mengisi dua org dewasa, sbb mmg sgt sempit.
    Ada enam entry pd bulan Sept 2010 yg boleh dijadikan panduan. TQ

    ReplyDelete
  9. Kalau seorang cukup tu, tapi tak boleh la nak menyoping...

    ReplyDelete
  10. perjalanan dr tune hotel ke uss pukul brape??? and diorang akn dtg ambl pkol bape? n dekat dgn uss ade x tmpt2 mnarik?? ok x lau dengan hanye berjalan kaki?

    ReplyDelete
  11. Perjalanan dg van yg ditempah bersama tiket masuk dari agen yg sama bergerak pd jam lapan pagi. Terdapat juga bas khas yang bergerak mengikut jadual (4 trip sehari pergi balik). Banyak tempat menarik di sekitar US. Perkhidmatan monorel adalah percuma jika kita bergerak di antara stesyen dalam pulau Sentosa. Di setiap stesyen ada tarikan sendiri dan kita boleh explore dg berjln saja.

    ReplyDelete
  12. boleh terangkan tak,,, 1 tiket uss,, dalam tu kite boleh main ape scare free dgn menggunakan tiket uss??

    ReplyDelete
  13. Tiket masuk adalah meliputi semua permainan yg ada di dlm kawasan USS, tak perlu bayaran tambahan kecuali utk makan. Cuma kenalah sanggup beratur untuk sesuatu tarikan yg popolar..

    ReplyDelete
  14. wah tgh plan2 nk pegi jgk ni,,,, so nk kne tempah awal2 ker @ trus pegi kalau nk time tu jugak?? kat tune hotel yer,,, bape yer bajet utk seorng??

    ReplyDelete
  15. anon: Kalau pergi weekdays, tiket tak perlu booking awal... Sila semua baca komen di sini, pasti ada jwawapannya..

    ReplyDelete
  16. plan nak p feb nanti..tapi tak mau nginap kat tune hotel tuh..agak2 bole ker kalu tak menginap amik pakej tu eh

    ReplyDelete
  17. alialisa,

    Saya rasa boleh, sbb agent tu cuma menyewa ruang di situ dan ianya bukan milik Tune Hotel...

    ReplyDelete
  18. senang ke nak solat kat USS tu

    ReplyDelete
  19. Info terkini, khabarnya ada disediakan ruang untuk solat berhampiran pintu masuk dlm kawasan USS...

    ReplyDelete
  20. salam saudara, untuk ke Universal Studios tu,perlu bawa passport ke sebab tu dah di kira masuk Singapura kan?

    ReplyDelete
  21. Salam Duyut,

    Memanglah perlu passport untuk ke sana, sbb kita perlu lalu imigresen dulu sblum ke Sentosa...

    ReplyDelete
  22. salam saudara,

    kiranya kalau saya pergi tempah menginap di tune hotel dulu kemudian baru membeli pakej ke USS di situ, tiada masalah kn? ada email x?boleh saya bertanya langsung..terima kasih

    ReplyDelete
  23. email saya toxicity_ijat07@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  24. hi admin,
    boleh beri contact no untuk booking van dan tix uss?sbb saye pun dh tempah penginapan di tune hotel.tp xtahu mcm mane tempah van dan tiket uss. email saye nar_zra@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. zirAnj(- sila semak email. Moga dapat membantu...

      Delete
    2. blh email saya sekali? m_aizaishak@yahoo.com.tq

      Delete
    3. Maaf dah takde dalam simpanan lagi semua contact no tu. Tapi sdra boleh booking tiket USS secara online. Pengangkutan pulak guna bas Odyssey yang berpengkalan di Tune Hotel JB.

      Delete
  25. boleh tak sy nak no fon van tu jugak? emelkan kat kinah_bucuq@yahoo.com.my. tq ;)

    ReplyDelete
  26. Salam...

    Saya baru pertama kali nak pergi ke USS. Boleh ke kalau x menginap situ tapi guna servis tune hotel untuk ke USS? Boleh tolong emailkan kepada saya no fon van tu? Saya memang x reti langsung dan x faham nak ke sana.. Minta tolong...
    ms_x023@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  27. blh email sy no agen kat tune hotel @ no fon van...chuna_11@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. bole x email kan no fon van atau agent yang uruskan perjalanan ke uss. rabiatulainna@yahoo.com
    thanks:)

    ReplyDelete
  29. Mohon en mie emailkn juga no contact person utk ke uss bole?loveme_sakura@yahoo.com..terima kasih ya

    ReplyDelete
  30. Kepada semua Anon di atas:

    Saya memang takde contact no untuk van dan agent tu. Semuanya saya dapat di Tune Hotel Danga Bay...
    Bas khas 4 kali sehari ke USS juga ada di situ.

    ReplyDelete
  31. Slm,bleh beri sy no tel agent kat tune hotel tue x?email sy reen_reeq@yahoo.com...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak dah lama saya ke sana tu. Tapi sdra Anon boleh booking tiket online dan ke sana melalui Tune Hotel. Kat situ ada bas khas yang bertolak setiap hari. Saya rasa tak perlu sangat agen sebenarnya, boleh redah shj...

      Delete
  32. tak de ke pas lawatan sementara ke singapura.. mmg nak kena wat pasport gak ke.. nk g sehari je... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang kena ada passport untuk ke sana utk individu. Tapi untuk group rombongan rasanya masih boleh lagi di pohon pas lawatan sementara di Imigresen...

      Delete
  33. Salam,
    Saya nak ker uss pada mgu dpn tapi x menginap kat tune hotel tu,boleh x klu en mie berikan saya no tel agent yg uruskan van tu??? Sila email ker nurulimanz_6147@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. No telefon tu dah takde dalam simpanan lagi. Tak menginap di Tune Hotel pun takpe, boleh je ambil bas Odyssey di situ yang berlepas setiap hari mengikut jadual yang disediakan...

      Delete
  34. Hi..nk tnye klu nk booking tune hote lcmne ek?tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin adalah pakar dalam menguruskan perjalanan pelanggan untuk ke Universal Studios dari Johor Bahru.

      Anda tidak perlu risau tentang pengangkutan. Kami akan sediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru (Sri Putri skudai, JB Central, dan dari Tune Hotel,Danga Bay).

      Sila tanya saya di page rasmi:

      https://www.facebook.com/pages/Pakej-dari-Johor-Bahru-ke-Universal-Studios-Singapore/125824137439533?ref=hl

      Delete
  35. Assalam Nadia,

    Nak booking masuk je kat sini: http://www.tunehotels.com/my

    ReplyDelete
  36. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...