Pantai Bagan Lalang adalah sebuah pantai yang terletak berhampiran pekan Sungai Pelek, daerah Sepang, Selangor. Jalan-jalan ke sini kerana menghantar isteri yang berkursus di salah satu resort yang terdapat di sini. Ada tiga jalan yang boleh diikuti jika bertolak dari Shah Alam. Laluan pertama ialah mengikuti jalan Puchong ke Dengkil, Jenderam, Salak, Sepang dan ke Sungai Pelek. Laluan kedua pula ialah melalui Klang ke Banting, Morib dan ke Sungai Pelek. Laluan yang paling hampir sekali ialah melalui lebuhraya ELITE, masuk ke laluan ke LCCT dan ambil jalan di sebelah litar F1 yang akan membawa kita keluar di persimpangan selepas pekan Salak.
Di sinilah tempat kursus tu, iaitu di Hotel Seri Malaysia, Pantai Bagan Lalang. Hotel ini bertaraf dua bintang dan menjadi tempat popular bagi kakitangan kerajaan untuk menjalankan kursus. Mungkin kerana harganya yang sederhana dan kedudukannya yang berhampiran dengan pantai. Sebelum adanya Golden Palm Tree Resorts, hotel ini adalah hotel yang terbaik yang terdapat di sini.
Pantai Bagan Lalang mempunyai pantai yang agak landai dan apabila air surut terpaksalah pergi agak jauh ke tengah jika hendak mandi.
Pantai ini seakan-akan terbahagi dua dengan siapnya resort yang terbaru ini. Kawasan pantai selepas resort ini agak lebih teratur keadaannya berbanding kawasan sebelumnya. Terdapat kemudahan seperti kedai makanan, kedai keperluan untuk perkelahan juga tempat bersalin pakaian. Ada juga dibina satu waterfront untuk dijadikan tempat berehat. Sistem jalan sehala digunakan di kawasan pantai ini. Jika mahu ke kawasan yang terletak selepas resort ambillah jalan masuk ke Hotel Seri Malaysia, kira-kira setengan kilometer sampailah kita ke kawasan tersebut.
Golden Palm Tree Resort adalah resort bertaraf lima bintang dengan kadar sewaan tertingginya mencapai seribu ringgit semalam. Baru memulakan operasinya dalam bulan Julai 2010 dan ianya masih belum siap sepenuhnya terutama kerja-kerja untuk lanskap. Berbentuk seperti pokok palma jika dilihat dari udara. Hai.. nak ikut macam yang kat Dubai ke?
Di hujung kawasan pantai ini agak sesuai untuk aktiviti memancing kerana agak berbatu dan kawasannya tidak sesuai untuk mandi-manda. Batu-batu tersebut sengaja diletakkan di situ dan bertindak sebagai pemecah ombak untuk menghalang hakisan.
Selat Melaka adalah merupakan salah satu perairan yang paling sibuk di dunia. Banyak kapal-kapal dagang antarabangsa dapat dilihat dari pantai ini.
Best gak yer kat sana tu....dulu pernah gi Hotel sri Malaysia tu..tp aku teringin nak gi mancing kat kelong yg diaorg buat resort atas laut tu....nanti laa satu masa yg sesuai aku gi sana..
ReplyDeleteajak aku sekali ek..nak ikut jgk
ReplyDeleteajak aku sekali ek..nak ikut jgk
ReplyDeleteajak aku sekali ek..nak ikut jgk
ReplyDelete