Jika ada kesempatan ambillah peluang untuk pergi menjelajah Pulau Sentosa. Di pulau ini ada di sediakan monorel yang bertolak dari Vivo City menuju ke stesyen Waterfront (Universal Studios), Imbiah dan Siloso Beach. Jika kita bertolak dari Vivo City bayaran adalah SGD3 iaitu perjalanan kemana-mana stesyen dalam Pulau Sentosa. Bayaran dikenakan dari stesyen itu sahaja. Oleh kerana Universal Studios terletak di stesyen Waterfront, jadi pergerakan ke stesyen yang lain dalam Pulau Sentosa adalah percuma. Gunakan kesempatan ini untuk melihat tempat-tempat menarik.
Merlion
Cable Car
Menara berputar.
Kapal-kapal dagang berhampiran pelabuhan.
Dalam byk - byk tu yg paling menariknya " orang terbang kat pantai tu " hehehehehe.....
ReplyDelete