Tuesday, March 6, 2018

Sapporo Pt 4 - Asahiyama Zoo

Salah satu destinasi yang agak popular pada musim sejuk di Hokkaido ialah Asahiyama Zoo. Masa buat itinerari dah siap-siap tanya pada ahli jemaah sama ada nak ke Otaru atau ke Asahiyama Zoo. Diaorang memilih untuk ke Zoo. Tarikan utamanya ialah penguin parade yang diadakan dua kali sehari aitu pada jam 11.00 pagi dan 2.30 petang. Untuk memudahkan perjalanan kami dah buat booking pakej ke Asahiyama Zoo dari Chuo Bus secara online DI SINI. Booking boleh dibuat 30 hari sebelum perjalanan.

Pagi itu kena bangun awal sikit kerana nak siapkan bekalan. Memang kami jangkakan tak akan jumpa tempat makan yang sesuai buat kitaorang untuk trip hari ini. 

Asahiyama Zoo.

Sapporo station.

Lokasi kaunter Chuo Bus di bangunan ESTA.

Kawasan di hadapan Sapporo station.

Salji sudah dibersihkan untuk memudahkan laluan.

Bangunan ESTA dan stesyen teksi di sebelahnya,

Pemandangan dari tingkat dua bangunan ESTA.

Kaunter tiket. Belum ramai orang waktu ini.

Harga pakej 4900 yen (RM177) seorang termasuk tambang bas pergi balik dan tiket masuk ke zoo.

Pagi itu ada dua buah bas yang disediakan dan kami dapat bas nombor 2. Kalau nak beli tiket di kaunter pagi itu memang tak ada. Semuanya dah di booking secara online. Warga Tanah Besarlah yang paling ramai. Riuhnya pun semacam.

Perjalanan mengambil masa tiga jam. Tapi tak perlu risau kerana bas akan berhenti di RNR selama 20 minit untuk kita melepaskan hajat. Maklumlah sejuk-sejuk ni mudah saja nak terkucil. Untuk pakej ini kita cuma dapat melihat penguin parade untuk sesi 2.30 petang saja. Keseluruhan masa yang diberikan untuk melawat sekitar zoo ialah lebih kurang tiga jam. Masa yang diberikan memang mencukupi. Tentang masa memang tak boleh nak sambil lewa kalau tak mahu tertinggal.

Itinerary perjalanan.

Bas berhenti di kawasan RNR. Salji lebat masa ini.

Kedai-kedai di RNR.




Dua buah bas untuk perjalanan pagi itu.

Selamat sampai di Asahiyama Zoo pada 30.1.2018 hampir jam 12.00 tengah hari.

Pemandangan kawasan zoo dari atas.

Peta keseluruhan kawasan zoo.

Bas berhenti di kawasan East Gate. Sampai saja di sini kami terus menuju ke pejabat Support Center (bulatan merah di bawah). Di sini ada disediakan prayer room. Kami nak selesaikan kewajipan dulu sebelum meronda kerana bas akan sampai di Sapporo menjelang malam waktu baliknya. Di Support Center kami tanyakan tempatnya. Diaorang terus tahu kita dari Malaysia dan kami di bawa ke satu bangunan lain di sebelahnya.

Di sini kami terjumpa dengan encik Rafidi pemilik Japan Budget Travel. Dia baru selesai membawa pelanggan melawat Hokkaido. Dia bekas pelajar universiti di Jepun jadi memang senanglah nak berurusan di sini.

Menuruni anak tangga yang agak panjang dari East Gate untuk ke kawasan zoo.

Support Center.

Prayer room. Ada disediakan tempat berwuduk di balik tirai.

Di sini salji pun agak lebat.

Kadang-kadang matahari bersinar.


Selesai semuanya kami terus buka bekalan. Kebetulan ada banyak bangku panjang disediakan berhampiran kandang polar bear. Ramai orang pandang-pandang tapi ada kami kesah. Yang penting tempatnya selesa dan tak mengganggu laluan orang.

Jom tengok sebahagian haiwan yang ada dalam zoo ini.

Anjing laut/seal

Polar bear. Sesak gila dalam ni kerana polar bear antara haiwan yang glamer selain penguin.

Anak Hippo tengah tidor. Yang dewasa empat kali ganda saiz ini tapi asyik berendam dalam kolam cermin yang keruh.

Red Panda.

Serigala/wolf.

Rusa

Burung hantu. Kalau dia pejamkan mata memang tak perasan ianya burung.

Zirafah pun tahan sejuk. Biasanya kat savanna.

Penguin sedang berehat.

Kawasan penguin parade berhampiran Support Center.

Ramai yakamat jurugambar. Penguin yang glamer.


Montel sungguh rasa nak peluk tapi ada pulak bodyguard nya.

Penguin parade adalah puncak lawatan ke sini. Selesai parade kami terus balik ke East Gate.

Salah satu tempat menurunkan penumpang ialah di hadapan Clock Tower ini.


Penguin Parade.

18 comments:

  1. wow bebudak ni pun nak g zoo yg dapat jalan ngan penguin tp agak jauh ek dari Odori..ciku tak sempat studi lagi..nnt nak tau nama temapt penginapan en mie kat sapporo ye.tq na

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh sikitla tapi kalau bas no hal punya... penginapan Ciku kena cari apartment sebab ada anak2 kecil. Weols stay kat hotel je...

      Delete
  2. Replies
    1. Untunglah juga walau ada snow tapi cuaca agak baik...

      Delete
  3. perghhh
    jelesnya boleh jalan sebelah penguin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi orang ramai yakamat... susah dapat sudut terbaik...

      Delete
  4. burung hantu yg warna putih tu ke? tk perasan...
    jauh jg perjalanan, Alhamdulillah ada tempat solat yg selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah burung tu... mulanya memang tak perasan... Orang Jepun dan semakin peka tentang keperluan untuk Muslim...

      Delete
  5. wow...bersalji di Japang.... kena pergi jugak ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Mat jangan tak pergi... kalau dapat seminggu lagi best...

      Delete
  6. masa tahu pasal bas ke Asahiyama Zoo ni dah terlewat nak book tiket. so kami redha jela.. memang la tingin nak tengok penguin parade tu tapi apakan daya. comel je penguin2 dalam vid tu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada alasan nanti nak mengulang ke sana... hehe

      Delete
  7. Bagusnya Jepun sebab sediakan Prayer Room.
    Terkedek-kedek penguin tu berjalan. Teringat penguin di Philips Island dekat Melbourne.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah banyak tempat di Jepun dah sediakan kemudahan bilik solat...

      Penguin yang di sini jauh lebih besar saiznya...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...