Friday, December 16, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 4 - Kiwi House

Jika ke Australia tak sah kalau tak jumpa kangaroo jadi kalau ke New Zealand kenalah jumpa dengan burung Kiwi yang cuma ada di negara ini. Ada beberapa tempat di mana kita boleh tengok burung Kiwi ini. Salah satunya ialah di Otorohanga Kiwi House. Dah terlanjur satu jalan untuk ke National Park kami singgahlah sekejap kat sini.

Cuaca pagi ini agak cerah juga.



Menghampiri bandar Otorohanga.


Perjalanan ke Otorohanga Kiwi House mengambil masa lebih kurang satu jam saja dari Hamilton. Cuaca pun agak cerah walaupun malamnya hujan. Tiket masuknya ialah NZ$24 seorang untuk dewasa. Kawasannya tidak begitu luas dan kebanyakan yang ada di sini adalah dari spesis burung sahaja.

Bandar Otorohanga.


Sebelum masuk ke kawasan sangkar burung-burung kita tengok dulu bahan pameran dan info mengenai burung kiwi yang terletak berhampiran pintu masuk utama. 

Burung kiwi yang telah diawetkan.

Taburan kawasan burung kiwi di New Zealand dan spesisnya.

Saiz telur spesis burung kiwi yang berlainan.

Proses dari pengeraman telur sehingga menetas.

Saiz telur yang amat besar berbanding saiz badan burung kiwi.


Cuma ada satu-satunya burung kiwi hidup di sini. Diletakkan di dalam sangkar cermin di dalam bilik yang hampir gelap.  Burung kiwi merupakan salah satu dari spesis burung yang tidak boleh terbang tapi pergerakannya sangat aktif. Ada beberapa lagi jenis burung yang ada dalam kawasan ini tapi kurang menarik minat kami. Jadi kami ronda lebih kurang saja. Macam tak berbaloi masuk ke sini tapi sekurang-kurang dapat juga melihat burung kiwi yang hidup.

Perjalanan di teruskan untuk ke National Park. Cuaca dah mula mendung tapi pemandangan masih tetap cantik. National Park merupakan sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Mount Ruapehu di Tongariro National Park.











Hujan dah mula turun.

Sampai di Howards Mountain Lodge, National Park.

Cuma kami satu-satunya penyewa bilik pada hari itu.

8 comments:

  1. cuma seekor saja burung kiwi yg ada di Kiwi House..huhu...mesti best menginap di National Park..mcm di Kundasang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lebih seekor rasanya sebab masa tu ada satu sangkar lagi yang ditutup... tak taulah sama ada untuk kuarantin atau ubahsuai... suhu di National Park lebih sejuk berbanding di Kundasang...

      Delete
  2. bab view... memang terbaiklah New Zealand nih! bab burung kiwi.. sayang nya.. memang sekor tu je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas Sri Lanka bolehlah GB ke NZ pulak dengan kengkawan tu... hehe

      Delete
  3. masa scroll gambar2 padang tu mesti agak da nampak biri2 hehehe.. comel je tompok2..
    btw seekor saja burung kiwi ada kat situ ?? apekah ? hehehe.. ingatkan dapat mesra2 ngan burung kiwi..
    diorang kasi amek gambar x PLM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ambil foto tapi x boleh guna flash sebab dalam reban bercermin...

      Delete
  4. Beruntung dapat tengok kiwi...saya cuma pelok patung kiwi je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak banyak burung Kiwi ni, jadi rasa macam tak puas hati juga...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...