Perjalanan dari Tongariro National Park ke Taupo adalah sejauh lebih kurang 100 km saja. Sebahagian besar jalannya akan melalui tepi Tasik Taupo. Banyak pekan kecil terletak di tepian tasik di sepanjang perjalanan ke bandar Taupo. Kami berhenti di salah satu kawasan rehatnya.
Tasik Taupo ialah tasik semulajadi berkeluasan hampir menyamai Singapura dan merupakan tasik terbesar di New Zealand.
Siap berombak lagi.
Banyak itik dan angsa liar di sini.
Burung camar yang biasanya banyak di tepi laut juga ada di sini.
Teruskan perjalanan untuk ke bandar Taupo.
Menghampiri bandar Taupo, bandar terbesar di tepi tasik ini.
Bot-bot yang terletak di bahagian hujung tasik di mana air mengalir keluar ke Sungai Waikato.
Sempat singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Huka Falls.
New Zealand projek kami tahun depan...
ReplyDeleteBila tu en Din... tahun depan seminggu lebih je lagi...hehe
Deletebesar betul tasik ni...burung camar pun dtg singgah..
ReplyDeleteMemang besar sangat sebab tu sampai ada ombak...
Deletewowwwww.....tinggal impian jelah nak ke NZ ni sob sob.. nanti nk baca dari awal cerita Nz ni Mie..
ReplyDeleteKenapa pulak Wa... okay je kalau nak pergi sebab kita pandu sendiri kenderaan... boleh je kawal anak2 tu...
Deletetasik jeeee besar Singapore ? hehehe.. besar nyaaaaa.. memangla NZ ni Allah jadikan kaya dengan nature yang cantik sangat. mudah-mudahan ada rezeki nak kesana..
ReplyDeleteAjak kak JM and The Gang tentu diaorang mahu...
DeleteLangit biru -clear blue sky bagi orang NZ adalah cuaca yang baik
ReplyDeleteAlhamdulillah cuaca pada keseluruhannya agak baik semasa kami di sana. Cuma seminggu selepas kami balik terjadinya gempa...
Delete