Tuesday, December 27, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 7 - Huka Falls

Lokasi Huka Falls ni tak jauh jaraknya dari bandar Taupo. Cuma kira-kira lima kilometer dan mengambil sepuluh minit saja untuk sampai. Merupakan satu tarikan alam semula jadi yang paling dilawati di New Zealand. Masuk adalah percuma tapi tempat letak kenderaan agak terhad. Ada beberapa lagi lokasi lain yang kita boleh berhenti tapi kawasan di sini adalah yang terbaik sekali.



Peta lokasi Huka Falls dan Aratiatia dam.

Jambatan merentangi Sungai Waikato dan Huka Falls di bawahnya. Terasa gegarannya di sini.

Punca air Huka Falls ini adalah dari Tasik Taupo yang mengalir keluar melalui Sungai Waikato. Lebar purata Sungai Waikato ini lebih kurang 100 meter tapi bila sampai di satu kawasan yang agak berbatu lebarnya menjadi 15 meter dan mempunyai kecuraman setinggi 20 meter yang menyebabkan terjadinya air terjun. Air yang mengalir di anggarkan 220 ribu liter sesaat dan dapat memenuhi lima kolam renang saiz olimpik dalam masa seminit. Pergh...

Macam jeram je sebenarnya, taklah terjun sangat.

Warna biru kehijauan menandakan bersihnya air di sini.

Laluan sempit di kawasan berbatu.


Oleh kerana derasnya air di sini, ikan trout pun tidak dapat melepasinya.


Kawasan di hujung air terjun.

Tempat terakhir jet power boat yang berlepas dari Aratiatia dam.



Huka bermakna bueh dalam bahasa Maori.





Sungai Waikato dari Tasik Taupo di atas sana.

14 comments:

  1. pergh, kaler biru dia tuh, memang bersih airnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaorang ni memang terbaik dalam penjagaan alam sekitar...

      Delete
  2. Cantik, biru, jernih je air tapi dari gambar tu, nampak derasnyaaa lahaiii.

    Buat water rafting mesti best ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airnya memang tersangat deras tapi jaraknya taklah panjang sangat... kalau nak rafting pun tak sempat penat kot...

      Delete
  3. cantik betul kaler air ni..biru putih..landai je, tapi kenapa airnya laju sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air laju sebab ada sedikit kecuraman di situ. Lagipun air tu berebut turun di laluan sempit dari sungai yang lebar di bahagian atas...

      Delete
  4. caaaantiknyaa tapi seram jugak kan tengok air deras macam tu.. ikan trout tu yang akan melompat keluar tu kan PLM ? ada satu video pernah tengok ikan trout tu dia pindah2 sungai ikut suka dia. tataulaa kalo salah spesis ikan hehe..

    PLM tak naik bot tu ? hehe macam best je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan itulah rasanya... Bot macam tak nampak ada orang naik pun pada hari itu...

      Delete
  5. Warna air yang biru-hijau jernih tu membuatkan saya rasa nak terjun. Ikan trout itu kegemaran saya. Lembut isinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tempat ini dilarang mandi, terjun tiruk lagilah tak boleh. Ada kejadian di mana bot bergerak terlalu hampir di hujung air terjun tapi tenggelam disebabkan sedutan pusaran air yang terlalu kuat...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...