Thursday, December 29, 2016

Kia Ora North Island Nw Zealand Pt 8 - Rotorua

Dari Huka Falls perjalanan diteruskan untuk menuju ke bandar Rotorua di mana kami akan menginap di sini untuk dua malam.

Best betul memandu dengan keadaan jalan seperti ini.



Projek geothermal untuk penjanaan tenaga elektrik.


Gwendoline Court Motel.

Motel ini terletak di pinggir bandar iaitu sebelum sampai ke bandar Rotorua. Kebetulan masa itu dah hampir jam dua petang, jadi kami terus singgah dan check in. Lepas tu ingat nak keluar sebab nak tambah sikit stok makanan. Kebetulan di Rotorua ni ada pasar malam pada setiap hari Khamis.

Tapi sebelum pasar malam dibuka kami sempat meronda dulu sekitar bandar Rotorua. 

Muzium Rotorua yang terletak di kawasan Government Garden.

Antara bangunan tercantik di Rotorua.

Berfungsi sebagai galeri seni halus, foto dan sejarah mengenai bandar Rotorua.



Bangunan Spanish mission-style bath house.

Tasik Rotorua di bahagian belakang muzium.

Tak secantik Tasik Taupo.

Dari kawasan Government Garden kami bergerak pula ke Kuirau Park. Taman ini dekat sangat dengan pusat bandar. Dalam taman ini terdapat beberapa kolam air panas yang sentiasa mengeluarkan asap tapi tidak kuat bau belerangnya.

Salah satu kolam air panas di sini.

Antara pokok bunga yang sedang meriah dengan bunganya.


Di utara bandar ini pula ada terdapat perkhidmatan gondola yang di panggil Skyline Rotorua. Nampak macam rendah dan tidak begitu mengujakan. Perjalanan naik ke atas akan menggunakan gondola dan turun dengan luge. Harga tiket agak mahal NZ$39 seorang.




Balik semula ke Rotorua untuk ke pasar malamnya. Pasar malam di sini beroperasi dari jam 5.00 petang hingga 8.00 malam. Oleh kerana jam lapan pun baru nak masuk maghrib jadi macam tak terasa sangat suasana pasar malamnya.

Ada beberapa kedai cenderamata berhampiran kawasan pasar malam ini.

Kawasan pasar malam di Tutanekai Street.



Tak besar mana pasar malam di sini. Adalah dalam 50 meter panjang. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan serta gerai makanan. Tapi tak jumpa walau satu pun makanan halal yang boleh dimakan. Nasib baik ada sebuah restoran Turki yang menjual kebab berhampiran kawasan ini.

Stroberi besar gedabak dan buah kiwi.

Kawasan berhampiran motel, aman dan damai.

14 comments:

  1. Replies
    1. Unik dan cantik. Ternampak di blog2 banyak orang bergambar sambil meniarap di padang berlatarbelakangkan bangunan tu. Kami tak dapat nak buat sebab aritu rumput baru je habis di potong...

      Delete
  2. macam tk banyak kereta je...bangunan cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di NZ ni maca tiada kehidupan/kampung di kawasan luar bandar, Itu yang lengang je jalannya...

      Delete
  3. Replies
    1. Tak dibenarkan en Din... kalau boleh pun kena fikir banyak kali... takut masak pulak nanti... hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Kebetulan tengah musimnya... kalau dah layu rasanya memang nampak buruk...

      Delete
  5. sedapnyaaaa stroberi besar gedabak tu.. mesti manis kan ? duduk NZ puas la makan buah2 sedap kan PLM ? heee jalan raya kat sana cantik aja.. selesa memandu. comel motel tu.. macam classic and nampak comel cottage.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada stroberi yang betul2 manis... masamnya tetap terasa. Tapi buah yang paling PLM suka masa kat sana ofkoslah anggur... manis dan rangup gitu.

      Delete
    2. PLM !!!! yang CT beli kat Busan dulu serious macam gula tumpah. so masa kat Seoul beli lagi ingat sama manis. tapi kat Seoul tu manis2 masam tu sikit ja.. yang kat Busan terbaaaik =D

      Delete
    3. Biasanya yang besar rasanya agak manis tapi yang kecil selalunya lebih masam...

      Delete
  6. Saya suka makan buah kiwi kuning...sedap...manis...lagi satu, saya suka makan kacang macadamia, fresh dari sana...Memang cantik betul bangunan di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi buah yang paling saya suka di NZ ni ialah buah anggur cili... panjang.. rangup dan manis... Kacang2 ni kena lupakan takut kegoutan...hehe

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...