Thursday, December 8, 2016

Kia Ora New North Island New Zealand Pt 3 - Hamilton

Dari Mount Victoria kami teruskan perjalanan untuk ke Hamilton. Cuaca agak baik pada hari itu. Di Auckland walaupun merupakan bandar terbesar di NZ tapi tak adalah sesak jalannya macam di tempat kita. Jadi agak cepat dapat melepasi kawasan bandar. Oleh sebab dah banyak masa terbuang waktu tunggu nak dapatkan kereta jadi di Hamilton kami cuma bercadang nak ke Hamilton Garden saja. Sampai di Hamilton lebih kurang pada jam empat petang. Singgah dulu di Hamilton Garden sebelum check in di Manhattan Lodge Motel.  Untunglah waktu siangnya agak panjang.

Cuaca yang cerah.

Nampak cantik.

Menghampiri bandar Hamilton. Bandar keempat terbesar di New Zealand.

Hamilton Garden merupakan taman awam yang terletak di selatan bandar Hamilton dan berkeluasan 54 hektar. Pernah mendapat anugerah International Garden of The Year pada tahun 2014. Taman ini terletak memanjang di tepi Sungai Waikato.

Hamilton Garden.

Bunga-bunga di taman ini sudah tidak begitu meriah kerana hampir di penghujung musim bunga. Taman ini di bagikan kepada beberapa tema dan agak luas kawasannya. Kami hanya layan ke beberapa kawasan saja.













Manhattan Lodge Motel.

Bilik yang agak luas. 

Bilik air yang bersih walaupun tempat penginapan ini nampak macam dah lama.

Dapur yang selesa untuk masak memasak.

Selesai semua urusan kami keluar lagi. OR pantang nampak pasar raya terutamanya Countdown. Mesti nak masuk walaupun cuma nak cari sedikit barang. Kami singgah kat semua pasar raya Countdown di setiap bandar yang kami bermalam. Ikutkanlah saja. Lagipun kami ni bukanlah traveller sangat. Lebih kepada pelancong. Jadi aktiviti macam ini memang dikira wajib.

Park n Save Hamilton.


Pasar raya Countdown yang terletak berdekatan.

Terjumpa coklat Whittaker's Limited Edition yang agak murah di sini. Seperempat kg setiap satu. Kami borong hampir 4 kg sebagai buah tangan.

20 comments:

  1. Replies
    1. Setuju... Tapi bila teringat gempa... Malaysia tetap terbaik...

      Delete
  2. Menarik garden nya..

    wahh, limited edition, brp harga coklat whittaker....perasa lime yg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hujung musim bunga... pemandangan pun dah agak sendh je.. Coklat tu NZD1.99 je... murah...

      Delete
  3. Haha. One of my fav things to do mase travel pun pergi supermarket & try some local products :D

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kalau datang masa peak spring tentu lebih ohsem uncle...

      Delete
  5. Mie!

    Lama tak mai sini. Hehe

    Boleh tak rasa nak nangis tengok posting kau. Rasa NZ cantik sangattt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NZ memang cantik cuma kos kat sana je yang kurang cantik... hehe

      Delete
  6. wow Whittakers limited edition dapnyeee.. hehehe padahal tak pernah rasa pun =p
    lambang countdown tu mcam woolies kat Australia.. sama brand kot nama depa tukar hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dan kebetulan ada offer... Countdown tu logonya buah epal... mungkin x sama dengan yang di Aussie...

      Delete
  7. samalah PLM.. tak traveller pun hahaha.. x sampai tahap hebat sebegitu. CT pun jalan2 ja gitu2 hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malah kekadang terasa juga nak pergi dengan pakej... relax... semua orang uruskan...

      Delete
  8. Sedap ke chocolate tu? Saya tak pernah merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sebab ada perasa di tengahnya dan murah harganya masa tu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...