Pagi hari kedua baru kami nak ambil kereta. Lokasinya tak begitu jauh dari hotel penginapan jadi menapaklah kami ke sana berdua. Yang lain tinggal di bilik kerana kami bercadang nak bawa kereta ke hotel nanti dan angkut semua barang-barang. Jika ikut booking asal, kami sepatutnya dapat kereta pada jam 8.30 pagi. Sampai di Jucy Car Rental kereta yang dijanjikan tak ada. Katanya orang yang sepatutnya pulangkan kereta lambat hantar dan kami mungkin akan dapat kereta pada jam 11.00 pagi. Rasa macam nak naik angin 😡 jugalah sebab kami belum check out lagi dan kena keluar dari bilik pada jam sebelas juga.
Oleh sebab itu kesilapan di pihak mereka jadi kitaorang minta disediakan shuttle ke hotel untuk mengambil barang-barang untuk dibawa ke Jucy Car Rental. Jam sebelas kereta pun sampai tapi kena tunggu lagi untuk dibasuh dan dibersihkan. Gitu gini jam dua belas baru dapat keretanya. Jadi itinerary agak lari sikit. Tapi disebabkan itu kesalahan mereka jadi caj sewa kereta dikurangkan untuk satu hari 😊.
Ada beberapa buah universiti dalam kawasan kota Auckland ini.
Sampai di Jucy Car Rental.
Banyak syarikat kereta sewa yang terletak berhampiran satu sama lain di sini.
Nasib baik ada free wifi kat sini.
Destinasi pertama hari ini ialah ke Mount Victoria atau Takarunga dalam bahasa Maori yang terletak di Devonport. Boleh juga ke sana dengan menaiki feri. Tapi jika memandu agak senang sikit kerana kereta boleh dipandu sampai ke atas.
Melintasi Auckland Harbour Bridge.
Mount Victoria dari kejauhan.
JDT di mana-mana. Luaskan kuasamu... eh
Dalam perjalanan ke atas.
Menghadap Rangitoto Island, pulau tidak berpenghuni.
Point tertinggi cuma 87 meter saja.
Pemandangan kota Auckland dari puncak Mount Victoria.
Cendawan yang tumbuh segar di atas Mount Victoria.
Cendawan ini berfungsi sebagai ventilasi kepada stesyen pengepaman air.
Pemandangan dari tempat letak kereta.
Lama juga kami kat atas tu dan cuaca pun amatlah baik. Destinasi seterusnya ialah Hamilton yang terletak kira-kira 125 km dari Auckland.
Saya tunggu seterusnya
ReplyDeleteLambat sikit kot...
Deletemenunggu entri anda..sungguh cantik dan menawan..
ReplyDeleteKat NZ semuanya cantik en Din... kena cuti panjang baru dapat cover semuanya...
Deletecuaca yg sangat baik...cute cendawan2 tu, kreatif..
ReplyDeleteAlhamdulillah... ada juga juga harinya hujan tapi hujan di sini tidak lebat macam kat tempat kita...
Deletecomel cendawan tu ...huhu
ReplyDeleteTapi pemandangan dari atas tu lagi comel NR...
DeleteNak sewa kereta kat sane perlu international driving license x? Sbb driving license msia skg dah ada english sekali. Last year sy g ireland drg still mtk international driving license
ReplyDeleteTak perlu... Guna je lesen kita sedia ada tu...
Deletekiut pulak cendawan ventilation shaft ni. boleh tiru!
ReplyDeleteKreatif dia orang ni... tapi kalau buat bentuk lain pun boleh juga...
Deleteheeee memang panas hati gitu.. lari habis plan nak kena adjust semula.
ReplyDeletecendawan tu memang segar sentiasa PLM.. nak cantas pun tak leh hehe..
Lambat tiga jam memang agak lama... macam2 boleh kita buat. Kalau drive pun dah lebih 200 km perginya...
DeleteMemang indah bumi NZ. Di North Island saya cuma ke Wellington dan Auckland saja. Belum sempat ke Hamilton.
ReplyDeleteWah dari utara ke selatan di Pulau Utara tu... saya cuma sampai di tengah2 je...
Delete