Thursday, May 26, 2016

Pulau Perhentian Pt 1

Trip ini dah sebulan lebih berlalu iaitu pada awal bulan April lepas. Malas nak fikir soal booking penginapan jadi kami pilih untuk ambil pakej saja dari Anjung Holidays Sdn Bhd. Harga pakej agak OK, RM355 untuk quad room untuk tempoh 3H2M. Untuk twin room cajnya RM405. Pakej termasuk tambang bot pergi balik dari jeti, makan tiga kali sehari dan dua trip snorkeling. Pengangkutan ke jeti kena uruskan sendiri.

Untuk ke Pulau Perhentian jetinya ialah di Kuala Besut. Kalau nak guna flight, airport terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Kami memilih untuk memandu sendiri. Jam sepuluh malam kami dah mula gerak dari rumah. Keluar awal sikit sebab tak mahu terkejar-kejar sangat. Sempat berhenti di beberapa kawasan R&R untuk berehat sekejap. Sampai di Jerteh menjelang subuh. Singgah sebentar di surau Petronas. Selepas itu baru ke Kuala Besut dan bersarapan di sana. Perjalanan bot ialah pada jam lapan pagi. 

Parking untuk kereta ada berhampiran jeti. Caj yang dikenakan ialah RM10 sehari.

Selamat datang ke Kuala Besut.

Bot-bot nelayan berhampiran jeti.

Mendaftar nama di sini untuk mendapatkan peralatan snorkeling.

Menunggu bot sampai. Jangan lupa beli tiket untuk masuk ke Taman Laut Pulau Perhentian berharga RM5 seorang.

Bot-bot sedang menunggu penumpang mengikut resort masing-masing.

Bot sudah sampai.

Pemandangan jeti Kuala Besut dari bot.

Ada juga bot yang bersaiz besar.

Bot mula merempit. Laju yakamat...

Bukit Keluang, glamer macam Bukir Broga untuk aktiviti panjat memanjat. Pemandangan dari atas mungkin lebih cantik sebab menghadap ke laut.

Pulau Perhentian Kecil dihuni lebih dari dua ribu penduduk.

Sebahagian dari Pulau Perhentian Besar di mana lokasi Resot kami.

Menghampiri jeti...

Kita baru sampai tapi ramai juga yang dah nak balik.

Samudra Beach Chalet, tempat penginapan kami selama 3H2M.

Chalet untuk quad room.

Chalet untuk twin room. Best sebab menghadap laut.

Twin room juga tapi agak ke belakang.

Bilik agak selesa dengan bilik air yang besar. Sampai agak awal tapi boleh terus check in.

Jom kita ke pantai...

Cuaca pun sangat best, tidak berjerebu macam di Pulau Redang tahun lalu.

Tak ramai orang pada hari tu..

Hari ini aktiviti bebas, jadi bolehlah mandi sepuas hati. Lepas mandi boleh terus makan tengah hari. Rehat sebentar, tidur sekejap dan sambung lagi pada sebelah petangnya.

Menjelang senja di Samudra Beach Chalet.

26 comments:

  1. seronok g pantai ni buat JM ni cepat sunburn huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM kenalah mandi pantai waktu malam sambil disinari cahaya rembulah... ahaks...

      Delete
  2. Cantiknya pulau kita ni. Airnya jernih. Langitnya biru. Chaletnya pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi entah kenapa cari juga pantai kat luar negara... padahal kat dalam negeri pun belum katam...

      Delete
  3. wah...dah sampai ke Pulau pulak.. bila nak ke gunung pulak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjat gunung??? Bukit pun saya dah malas en Din... tak larat den...

      Delete
  4. Wah mcm tau2 je terjah perhentian ni...hehe yes xsbrrr nk baca cerita lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak pergi tu... minggu depan dah nak puasa...

      Delete
  5. Wah mcm tau2 je terjah perhentian ni...hehe yes xsbrrr nk baca cerita lg...

    ReplyDelete
  6. Pulau perhentian mmg pulau idaman PLM. Tp blm ada jodoh...huhu... bnyk kli dh plan tp x kesampaian lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fari pernah ke Redang? Kalau belum lebih baik ke Redang... pada saya lebih menarik...

      Delete
  7. Rindunya Perhentian, last pergi dah lama tahun 2008. Memang antara pulau tercantik pernah p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tu. Banyak pantai kat sana... bolehlah mencuba pantai di bahagian lain. Long Beach kat Perhentian Kecil katanya sangat happening sbb ramai mat salleh...

      Delete
  8. Pantai yang indah Pak MIe. asyik kalau pengunjung memang tidak terlalu ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka jika ramai pengunjungnya... lebih meriah...

      Delete
  9. ambik package senang, tak pening2 nak arrange semua...sambung snorkelling, tahun lepas tak puas snorkeling kt Redang..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nohas... janji semuanya ditanggung beres. Pasal snorkeling tu saya lebih suka di Redang...

      Delete
  10. PLM.. next trip hello2 la.. nak ekot hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu kena pergi masa cuti sekolah... masa tu memang crowded... weols pergi cuti hujung minggu hari biasa...

      Delete
  11. Replies
    1. Kebanyakan pulau yang punya pantai yang cantik berada di perairan Pantai Timur Malaysia...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...