Hari ini adalah hari yang paling cerah sepanjang kami berada di Osaka. Destinasi kami hari ini ialah Tempozan Harbour Village yang terletak di sebuah pulau menghadap ke Osaka Bay. Laluan ke sini ialah Chuo Line dan stesyennya ialah Osakako. Antara tarikan yang ada di sini ialah Tempozan Market Place, Tempozan Ferris Wheel dan Osaka Aquarium Kaiyukan iaitu akuarium yang terbesar di dunia.
Lokasinya berdekatan antara satu sama lain.
Tempozan Ferris wheel.
Tempozan Market Place dibuka mulai jam 11.00 pagi.
Osaka Aquarium Kaiyukan.
Tiket masuk untuk dewasa 2300 yen. Kami tak masuk...
Ronda-ronda dulu di sekitar kawasan ini.
Bergerak semula ke Ferris wheel. Roda raksasa ini beroperasi mulai jam 10.00 pagi. Orang pun tak berapa ramai pagi tu, jadi tak perlu menunggu lama untuk naik. Ada dua jenis tempat duduk, yang biasa dan juga yang berlantai cermin. Untuk naik yang berlantai cermin perlu menunggu lebih lama kerana jumlahnya tak banyak. Harga tiketnya ialah 700 yen untuk dewasa.
Keseluruhannya roda raksasa ini mempunyai 68 passenger car dan boleh membawa maksimum 480 orang pada sesuatu masa. Mempunyai ketinggian 112.5 meter dan bergarispusat 100 meter. Pergerakan sepusingan mengambil masa 17 minit.
Banyak yang kosong. Tak terasa gayatnya sebab pergerakannya agak perlahan berbanding buaian pusing, walaupun kecil tapi pergerakannya agak laju.
Akashi Kaikyo Bridge, jambatan utama yang menghubungkan pulau ini. Kota Osaka di bahagian belakang.
Sebahagian pelabuhan.
Tempat duduk berlantai cermin berwarna silver.
Selesai dengan Ferris wheel kami bergerak semula ke stesyen Osakako. Tak masuk pun Tempozan Market Place sebab agak lewat lagi bukanya. Dalam perjalanan terjumpa kedai di bawah ini. Banyak menjual T-shirt Osaka yang berharga paling murah 1000 yen.
Pada mulanya tak nampak orang yang menjual. Rupanya dia duduk di celah-celah baju. Nampak cun orangnya tapi bila dia bangun rupanya dah tua dan jalan pun dah agak bongkok. Istimewanya obasan ini, dia boleh cakap Melayu. Terkejut juga pada mulanya. Bila ditanya berapa umurnya, dah lupa katanya dalam BM. Dia belajar cuma dari pelanggan yang datang ke kedainya. Sugoi...
Di kedai ini saya mencuba ber'Nihongo' yang sudah lama ditinggalkan. Payah juga nak menyusun ayat-ayat. Maklumlah dah otai, susah sel-sel otak nak berhubung antara satu sama lain. Jenuhlah menawar dan membodek dia tapi hampeh tak dapek juga.
Obasan di celah baju.
Sampai di stesyen Osakako bersama sedikit hasil tangkapan untuk ke destinasi seterusnya.
Wah bagus tak gayat ye Mie
ReplyDeleteKlau nekcik mau gayat agaknya
Kami haritu pi sebelah sini jer...
Kalau Nekcik naik pun tak gayat rasanya, sebab naik dan turunnya slow and steady...
Deleteferris wheel tepi laut...bestnya pemandangan..kalau ambik yg lantai kaca tu, lagi trill..
ReplyDeleteKat situ pemandangan memang cantik dan berangin... tu lah rugi rasanya ambil yang biasa...
DeleteTempat kegemaran saya. 2 kali ke tempat ini..
ReplyDeleteEn Din cuti panjang, bolehlah mengulang... tapi memang best pun tempat tu...
Deletesaya pun beli cenderamata kat makcik tu
ReplyDeletemacam2 bahasa dia tahu
hebat betul!
Hebat makcik tu kan... belajar dari pelanggan dia je...
DeleteWah dah jadi travel partner JM ye... tapi dia dah kurang memblog... ada bisnes lain kot... hehe
baru 2 kali jadi travel partner JM
Deletehehehe
Nampak ngam... bolehlah cari destinasi seterusnya...
Deletehaip!!! cakap pasal JM ek...mmg best travel ngan MAzu ni tau PLM
Deletebisness pe nye...mood makin malas sbb PLM dah tak baca blog titew hihihhi
DeleteMemang best jalan2 dengan orang yang dah biasa berjalan ni...
DeleteJM bisnes FM kot... hehe. Saya tak pernah miss melawat blog JM kalau ada entry baru... cuma tak tinggal jejak je...
Mak aih, tinggi betul, debor dah saya campur gayat,
ReplyDeleteSaya memang gayat dengan tempat tinggi... tapi dengan ferris wheel ni OK pulak. RF kena cuba nanti...
DeleteDah agak lama saya tak singgah ke blog Pak Miee nie. Senyap2 dah ke Jepun plak. :D
ReplyDeleteNanti sampailah giliran Zara dan FF ke Nippon pulak...
Deletenice view dari ferris wheel. haha memang org jepun nih kalau bab tawar menawar payah amat harga tetap.
ReplyDeleteKebetulan cuaca pun baik pada hari tu... Betul tu... harga barang dahlah mahal payah pulak nak minta kurang...
Deletelangit lawa..mmg CERAH n cantik tul cuacanya..subhanallah
ReplyDeleteAlhamdulillah masa kat Osaka setiap hari cuaca sangat baik...
Deleteahaksss..kira berjaya jgk lah ber'Nihongo' tu..ce sebut sikit nk dgr
ReplyDeleteMochiron (off course) lah JM...
DeleteAkuarium Terbesar di Dunia!??? Macam mana agaknya di dalamnya?
ReplyDeleteObosan tu terrorlah sampai boleh cakap Melayu. Mie-san pun terror juga, boleh bernihongo...:)
Akuarium tu kami tak masuk jadi tak dapat nak gambarkan... Hebatkan obasan tu, belajar dari pelanggan je.
DeleteWatashino nihongo wa dandan waruku narimashita... sukoshi dake oboite imasu...
sejuk ke PLM tngk anak PLM pakai baju bubble tu.. tapi matahari macam terik je..
ReplyDeleteAgak sejuk juga CT dalam sepuluh degree ke bawah...walaupun cuaca cerah...
DeleteUniqlo ke tu? Parka ke ape name die..tahan bwh 10deg ye?
ReplyDeleteTak berjenama pun... beli online je
Delete