Dua pulau utama di sini ialah Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Pulau Perhentian kecil dihuni lebih daripada dua ribu orang penduduk mengikut kata pemandu bot kami. Lokasi penginapan kami ialah di Pantai Teluk Dalam di Pulau Perhentian Besar. Pantainya tidak menghadap Laut China Selatan, jadi kedaannya lautnya lebih tenang.
Pulau Perhentian.
Batu seakan penyu.
Jeti Pulau Perhentian Kecil.
Bot-bot berlabuh di tepian pantai.
Pondok Polis Pulau Perhentian. Pondok ke?
Kedai-kedai dan bilik-bilik sewa di bahagian atas.
Masjid baru Pulau Perhentian.
Dewan orang ramai.
Anak-anak penduduk di sini.
Walaupun tak berpasir tapi jernih sungguh airnya.
Sebahagian masjid terletak di atas air.
Jom balik... hari pun dah semakin panas.
Jam tiga petang, bot sudah menunggu di jeti.
Singgah di resort ini untuk mengambil seorang Mat Salleh.
Pulau Perhentian Kecil.
Pulau pertama, Pulau Burung.
Pulau kedua, Pulau Susu Dara. Pergh... namanya tak mau kalah...
Di sini ikan lebih banyak dan semuanya kebulur dan pelahap.
Sampai kena tangkap.
Cantik warnanya tapi jenis ikan tak boleh dimakan.
Sempat memanjat di Pulau Susu Dara.
Satu lagi mangsa.
Pulau ketiga, Pulau Seringgi.
Hari ini ada dua trip snorkeling, Pada sebelah pagi kami di bawa ke bahagian pulau yang menghadap ke Pulau Perhentian Kecil. Katanya di sini biasanya boleh terjumpa penyu. Batu karang tu biasalah, memang ada di mana-mana. Tapi penyu pun dah tak banyak lagi macam dulu. Jadi memang tak jumpa pun walau seekor. Tapi masa di atas bot ada jugalah ternampak penyu berenang sekali lalu.
Batu seakan penyu.
Jeti Pulau Perhentian Kecil.
Kalau orang yang tak pandai berenang memang terasa cepat letihnya bila kat dalam air. Skodeng penyu pun tak jumpa. Pemandu bot cadangkan kami minum-minum dulu kat warong di Pulau Perhentian Kecil. Kami cakap tak bawa duit macam mana nak bayar nanti. Dia kata dia boleh bayarkan dulu. Wah ini sudah bagus...
Pekena keropok lekor dulu... Lepas tu kita ronda kawasan pulau ni.
Kedai-kedai dan bilik-bilik sewa di bahagian atas.
Masjid baru Pulau Perhentian.
Dewan orang ramai.
Anak-anak penduduk di sini.
Walaupun tak berpasir tapi jernih sungguh airnya.
Sebahagian masjid terletak di atas air.
Jom balik... hari pun dah semakin panas.
Sampai di resort, makanan tengah hari dah pun sedia. Di sini makan dihidang mengikut kumpulan bukannya buffet. Jadi dapat makan dengan lebih selesa. Lepas kenyang perut balik ke bilik dan membuta sekejap. Simpan tenaga untuk aktiviti sebelah petangnya pula.
Aktiviti yang sama untuk sebelah petang iaitu snorkeling. Kali ini kami dibawa ke pulau-pulau kecil yang agak jauh. Tiga lokasi snorkeling iaitu di Pulau Burung, Pulau Susu Dara dan Pulau Seringgi. Di setiap pulau diberikan masa setengah jam saja.
Pulau Perhentian Kecil.
Pulau pertama, Pulau Burung.
Di pulau ini arusnya lebih kuat. Memang tak tersedar tiba-tiba kita dah ada jauh dari pantai. Bila tersedar memang dah tak fikir untuk snorkeling lagi. Terus berkuak perlahan-lahan untuk sampai ke pantai. Tapi rasa macam beratnya nak melawan arus. Bagi yang muda diaorang memang tak adal hal. Bila cukup masa rupanya pemandu terus pergi mencari penumpangnya kat tengah laut. Hampeh betullah, penat-penat je kita berenang ke tepian...
Pulau kedua, Pulau Susu Dara. Pergh... namanya tak mau kalah...
Di sini ikan lebih banyak dan semuanya kebulur dan pelahap.
Sampai kena tangkap.
Cantik warnanya tapi jenis ikan tak boleh dimakan.
Sempat memanjat di Pulau Susu Dara.
Satu lagi mangsa.
Pulau ketiga, Pulau Seringgi.
Pulau ini agak redup sikit dan ada ikan Nemo (clown fish). Tapi tak turun pun sebab keletihan. Cuma nenunggu kat atas bot. Mat Salleh yang ikut serta tadi, snorkeling tak guna life jacket pun. Elok je dia timbul berenang ke sana sini. Ada pelampung semulajadi dalam perutnya kot.
Aksi bebas...
Ada bot yang baru sampai tapi kami dah nak balik.
Birunyaaa air laut perhentian. Tenang jiwa
ReplyDeleteKebetulan cuaca sangat baik... lagipun takde jerebu macam di Redang tahun lepas...
Deletewah..lautnya menawan hati.
ReplyDeleteMemang cantik en Din... tapi sayang cuma kat pulau, tak boleh nak pergi selalu...
Deletewah gembira sakkan bodigadnya...seronoklah dapat terjun laut ye
ReplyDeleteNekcik... ajaklah Tokpokcu jelajah pulau pulak... pasti anak2 pun gumbira...
Deleteselamat berpuasa Mie
ReplyDeleteSelamat berpuasa juga buat Shin...
DeleteSelamat berpuasa, Mie.
ReplyDeleteTerima kasih Mr Larry...
DeleteJernihnya air...ikan pun cantik-cantik...saya pandai berenang, kalau dapat menyelam tengok ikan tentu best...
ReplyDeleteSesekali NA kenalah bercuti di sana... ikan memang banyak. Kalau pandai berenang adalah satu kelebihan...
DeleteJernihnya air...ikan pun cantik-cantik...saya pandai berenang, kalau dapat menyelam tengok ikan tentu best...
ReplyDeleteTak payah menyelam sangat... snorkeling pun cukup...ikan ada di mana-mana...
Deletecantik kaler ikan-ikan tu, bawa balik letak dlm akuarium best ni...
ReplyDeleteMemang cantik tapi susah sikit bela ikan air masin ni... kena ambik air laut selalu...
Deletesubhanallah cantiknyaaa !! nak kena juga plan ke Perhentian.. nak recruit kawan travel baru..
ReplyDeletesiapakah yang sudi menemaniku..
tapi takoooot snorkeling !!! ttapi nak berendam.. guano..
Apa nak takut CT... masa snoerkeling tu ramai orang... tempatnya pun kat tepi2 je...
Delete