Sebelah petangnya kami meronda-ronda di Shinsaibashi shopping street. Ke sini sebab nak mencari barang yang dikirim oleh orang yang tinggal di rumah. Keluar je dari stesyen Shinsaibashi dan ternampak kedainya. Kononnya nak cari kasut sport made in Japan punya. Tapi harga semua kasutnya mahal nak mampus. Harga minimum pun hampir RM500. Puaslah berwasap macam-macam design kasut yang ada kat kedai tu, tapi akhirnya tak jadi beli. Over budget katanya.
Panjang yakamat shopping street ni. Tak perasan jalan punya jalan hingga sampai di Namba iaitu satu stesyen berikutnya.
Panjang yakamat shopping street ni. Tak perasan jalan punya jalan hingga sampai di Namba iaitu satu stesyen berikutnya.
Kedai kasut Onitsuka Tiger.
Sejuk-sejuk tapi sedap pekena aiskrim green tea ni.
Dia pakai songkok... hehe
Ramainya orang walaupun hari bekerja.
Shinsaibashi suji
Glico man disiang hari.
Ada cruise boat kat sungai ni kalau nak naik.
Barang-barang kat kedai Daiso ini lebih murah dari yang di Malaysia. Kebanyakan barangnya berharga 100 yen saja (RM3.70).
Dari Namba kami terus balik ke apartment. Meronda punya fasal sampai terlupa yang kami belum makan tengah hari lagi rupanya. Kebetulan masih ada lagi ikan yang dibeli semalamnya dari supermarket 24 jam berhampiran apartment kami tinggal untuk dibuat lauk.
. Senang ada dapur induction ni.
Petang terakhir sebelum balik pada esoknya baru berkesempatan nak ke Tsutenkaku Tower yang terletak berdekatan dengan tempat penginapan.
Antara menara pemerhatian terawal yang dibina di dunia.
Ketinggiannya 103 meter dan dibina pada tahun 1912.
Kedai mesin judi bola besi pachinko berhampiran kawasan ini.
Terbakar pada tahun 1943. Dibina dan dibuka semula pada tahun 1956.
Ada juga shopping street di sini tapi kurang meriah.
Lampu mula dinyalakan.
Tiket untuk ke deck pemerhatian 600 yen. Kami tak naik.
Balik awal ke apartment kerana kami kena berkemas dan packing barang-barang untuk berangkat pulang keesokannya.
Pulangkan kunci kat letter box apartment sebelum ke airport.
Menunggu kereta api ekspres Haruka di stesyen Tennoji. Jika tidak menempah tempat duduk sila tunggu di sini.
Kereta api Haruka untuk ke Kansai Airport.
Ke kawasan perlepasan antarabangsa. Sayonara Kansai.
Wahh..best shopping sini nih. Nasib baik masa pergi dulu duk sewa Airbnb area kawasan ni. So hari2 sepanjang duk kat sinshaibashi boleh pusing jalan area street shop ni.
ReplyDeleteMemang best tapi sediakan sajalah ongkosnya...hehe
Deletedah sampai dah..hujung tahun kami ke tokyo.
ReplyDeleteBoleh join ke en Din...
Deleterindu plak makan pancake kat shinsaibashi tu...hehehe
ReplyDeletePancake buat sendiri pun bole DJ... lainlah ketam besor tu..hehe
Deleteteringat aiskrim green tea Jepun...just nice, not too sweet...
ReplyDeleteOK disahkan memang sedap... cuma harganya yang kurang sedap...
DeletePak Lang Mie oooo Pak Lang Mie..lama x ziarah sini
ReplyDeletekasut RM500? baik beli tiket balik Seoul kih kih kih
ReplyDeletetime sejuk mkn aiskrim baru nikmat...kalau mkn aiskrim waktu cuaca panas tekak sakit..gigi pun ngilu tau
ReplyDeleteGlico Man tu pemes..tempat wajib bergambar ;p
ReplyDeleteke mana lak destinasinya selepas ini
ReplyDeleteDestinasi selepas ini nak ikut JM... hehe
DeleteTentu ini trip yang best antara yang best...saya dapat rasakan keseronokannya dari gambar-gambar dan cerita dalam entri ini.
ReplyDeleteTertarik melihat penjual aiskerim teh hijau tu pakai songkok. Mengapa dia memakainya?
Pachinko memang banyak di Jepun, kan?
Daiso tu membuatkan saya ingin menulis tentangnya di blog.
Semua trip ke negara maju saya anggap memang best... Jepun salah satunya.
DeleteSongkok tu rasanya fungsinya macam topi chef juga, cuma bentuknya seakan songkok...
Kalau NA ada kelapangan buatlah satu entry fasal Daiso tu...
Saya dah publish entry fasal Daiso tu. Jemputlah baca.
Deletehuaaaaa paling murah RM500 ? hahah lepas kalo nak book tiket AA pegi mana2 lain..
ReplyDeleteBeli jenama ni sebenarnya... kualiti lebih kurang sama dengan jenama lain yang ada kat tempat kita...
Delete