Masa terbangun waktu pagi terasa lebih sejuk daripada biasa. Rupanya hujan hari ini. Jika ikut pengalaman dulu, hujan di Jepun ini tidak boleh ditunggu bila akan berhenti. Jadi walaupun hujan terpaksa juga keluar. Kalau tunggu juga jawabnya mereputlah kat dalam bilik seharian.
Program hari ini ialah nak ke beberapa tempat di sekitar Kyoto dan balik semula ke hotel menjelang malam. Langsung tak bawa bekalan makanan kerana kami bercadang nak makan di sebuah restoran halal berhampiran Pusat Islam Kyoto di Kawaramachi.
Keluar dari hotel terus saja ke kedai Lawson yang terletak berhampiran untuk mencari payung. Terpaksa beli tiga payung lutsinar yang berharga 500 yen setiap satu. Payung yang paling murah dan macam konsep pakai buang kaedahnya.
Sampai di stesyen Saga Arashiyama.
Hari ini kami nak ke satu hutan buluh yang sangat terkenal di Kyoto. Untuk ke sini ambil saja Sanin line dari stesyen Kyoto dan berhenti di stesyen Saga Arashiyama. Dari stesyen ini kita kena berjalan lebih satu kilometer untuk sampai di simpang masuk ke kawasan hutan buluh. Kalau musim sejuk memang tak ada hal jalan jauh-jauh ni.
Berhampiran stesyen Saga Arashiyama ini juga ada stesyen truck iaitu kereta api khas untuk menikmati pemandangan di sepanjang sungai Katsura hingga ke Kameoka.. Tapi pada musim sejuk truck ini tidak beroperasi. Jadi kitaorang pun melepaslah.
Berhampiran stesyen Saga Arashiyama ini juga ada stesyen truck iaitu kereta api khas untuk menikmati pemandangan di sepanjang sungai Katsura hingga ke Kameoka.. Tapi pada musim sejuk truck ini tidak beroperasi. Jadi kitaorang pun melepaslah.
Kena rujuk peta lokasi di luar stesyen untuk memudahkan perjalanan.
Jalan masuk ke bamboo forest betul-betul terletak di perhentian bas kedua dari arah sungai.
Kena berjalan agak jauh juga.
Ada stesyen lain di sini tapi tak melalui stesyen Kyoto.
Sebelum itu kita orang menyimpang ke kiri dulu untuk ke Sungai Katsura.
Togetsukyo Bridge.
Agak sejuk tapi mulut taklah sampai berasap...
Setia menanti pelanggan walaupun hujan.
Berpatah balik ke arah bamboo forest.
Pagar dari buluh.
Simpang masuknya di sebelah kedai ini.
Akhirnya... sampai juga.
Pemandangan tak berapa cantik sebab pokok-pokok buluh pun basah kuyup semuanya.
Orang tak berapa ramai pada hari itu... mungkin sebab hujan.
Shrine berhampiran hujung jalan.
Landasan keret api yang melalui kawasan ini. Kita orang tidak terus ke depan sebab nampak macam sama je...
Jom... kita keluar dari tempat ni...
Terjumpa penarik lanca ini yang agak veteran orangnya tapi masih gagah.
Jom ke dentinasi seterusnya...
Hutan buluh tu cantik! Sungai Katsura tu pun cantik. Semasa saya ke sini pada musim panas pun hujan juga. Saya pun tak dapat naik keretapi itu sebab saya datang hari Rabu. Hari Rabu keretapi tak jalan.
ReplyDeleteSaya hairan dengan kegigihan dan kekuatan penarik lanca itu.
Ada kawasan hutan buluh yang lebih cantik di situ... tapi jauh sikit dan kami tak sampai... hujan dan kesejukan. Rugi tak dapat dapat naik Sagano Romantis train tu. Pendapatan yang lumayan mungkin punca kegigihan penarik lanca di situ...
DeleteYa, betul ada hutan buluh yang lebih cantik...kami pun tak sampai ke situ sebab sibuk mencari tandas...bila dah jumpa tandas malas nak patah balik sebab dah jauh...lepas tu rasa menyesal tak pergi...hari tu macam-macam kami tak dapat naik - keretapi cuti, bot pula tak jalan sebab hujan dan dikatakan air akan naik...Memang mahal bayaran naik lanca tu...ikut masa.
DeleteKena mengulang ke sana lagi nampaknya... lagipun ada beberapa tempat yang saya tak dapat pergi semasa di Kyoto...
DeleteNekcik pergi situ pun kna hujan jugak..terpaksa bli payong ..mahallah jugak
ReplyDeleteWah semua pakat2 kena hujan nampaknya...
DeleteHa...ha...ha...
DeleteAgaknya tempat tu selalu hujan tak kira musim.
Nekcik pergi situ pun kna hujan jugak..terpaksa bli payong ..mahallah jugak
ReplyDeleteJom kita bisnes payung time hujan kat sana... masyuk tu...hehe
DeletePayung sana cantik-cantik. Saya macam jakun bila pakai payung lutsinar tu...he.. .he... he...
DeleteMasa balik saya bawa payung tu sebab masih OK... tapi tak lepas... sepatutnya kena masuk dalam beg... tapi panjanglah pulak...
DeleteXcuba naik ke trishaw tu enmie...hehe hujan ni syiok tdo kt bilik je enmie....
ReplyDeleteCuaca sejuk lebih selesa menapak dari naik lanca tu DJ... poket pun selamat... hehe
DeleteXcuba naik ke trishaw tu enmie...hehe hujan ni syiok tdo kt bilik je enmie....
ReplyDeleteKalau saya cuti sebulan kat sana... mungkin saya akan sambung tidur... hehe
Deletesaya pi sana semasa malam...light festival. cantik dan bersih tempatnya...naik tak trishaw yang ada di kawasan tu...
ReplyDeleteBila malam dan berlampu mesti lebih cantik pemandangannya... Kami tak naik lanca tu... sebab bertiga... nak kena ambil dua lanca...dahlah mahal cajnya...
DeleteHmm arituh pun masa nak p Hakone hujan seharian, tapi redah jelah kan haha. Cantik tempat buluh nih, nanti kalau jadi ke sini in future mesti mau singgah
ReplyDeleteKena pergi masa autumn kot baru tak hujan... pastu kena pergi sampai kat hutannya baru lebih cantik...
DeleteNekcik pergi jun pun hujan jugak.he.he
ReplyDeleteTapi hujan kat sana taklah mencurah macam kat tempat kita... jadi masih boleh lagi nak meronda2...
Deletesuka pekan kecil Arashiyama...payung transparent..
ReplyDeletePekan kecil tapi bersih... walaupun lalu kat lorong2...
Deletesy dapat naik sagano train tu..romantik train..cntik view dia..mmg sesuai tok honeymoon mood..
ReplyDeleteHuntunglah en/cik Anon...
Delete