Monday, March 7, 2016

Trip Kansai Area Pt 4 - Nijo Castle

Dari Arashiyama kami bergerak ke stesyen Nijojomae untuk ke Nijo Castle. Castle ini ditutup mulai 26/12 hingga 4/1 setiap tahun mengikut risalah yang kami dapat. Juga ditutup pada hari Selasa dalam bulan Januari, Julai, Ogos dan Disember. Jadi kira bernasib baik jugalah dapat masuk ke sini. Dibuka mulai jam 8.45 pagi hingga 5.00 petang dan kemasukan terakhir pada jam 4.00 petang.

 Lokasinya betul-betul di hadapan pintu keluar subway.

 Keluar melalui pintu satu di steseyen Nijijomae.

 Yang ini cuma replika.

 Tiket masuknya 600 yen.  Cuma ada tulisan Jepun dan Korea di kaunter tu.

Tiket masuk.

Nijo Castle telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu World Heritage Site pada tahun 1994. Castle ini pada asalnya dibina pada tahun 1603 sebagai tempat kediaman rasmi Shogun Tokugawa yang pertama. Diberi nama Nijo Castle pada tahun 1939 setelah diserahkan sepenuhnya kepada pihak pentadbiran City of Kyoto. Castle ini merupakan contoh binaan terbaik pada awal zaman Edo. Terletak di tanah datar, berbeza dengan castle lain yang biasanya terletak di atas bukit. Di dalam kawasan castle ini terdapat Ninomaru Palace, Honmaru Palace dan beberapa bangunan sokongan lain serta beberapa taman.

Nijo Castle main entrance. Jom masuk...

 Pelan kawasan.

 World heritage site UNESCO.

 Pintu masuk ke kawasan kompleks Nijo Castle.



Di sekeliling kawasan Ninomaru Castle ini sengaja diletakkan batu pasir yang agak kasar. Bila kita berjalan ianya akan menghasilkan bunyi berdesir. Ini adalah salah satu strategi untuk keselamatan yang menggunakan sumber alam semulajadi. Bijak betul dia orang ni. Bagi mereka yang mahu mendapatkah info secara terperinci mengenai sesuatu tempat dalam kawasan ini bolehlah menyewa mobile audio guide dengan harga 500 yen.

Ninomaru Palace, dibuka untuk lawatan hingga jam 4.00 petang.

Bangunan ini dibuat sepenuhnya daripada kayu. Boleh dimasuki untuk lawatan tapi tidak dibenarkan mengambil gambar. Ramai orang yang mengawasinya. Kena buka kasut dan pakai kasut khas yang disediakan. Lantainya akan berderit jika berjalan di atasnya. Juga merupakan satu strategi untuk keselamatan. Agak luas dan panjang palace ini dan di bahagikan beberapa ruang yang mempunyai fungsi yang berlainan. Ada patung dan ilustrasi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu ruang.

Foto pakcik Google



Taman di dalam kawasan ini.



Di buat dari jerami padi.

ke Honmaru Palace.


 Honmaru Palace dilihat dari atas bukit berhampiran.

 Keluar melalui sisi Nijo Castle untuk ke main entrance. 

14 comments:

  1. Replies
    1. Rasanya castle ni banyak menjalani program baikpulih... tu yang maintain cantik...

      Delete
  2. kalo pakai baju ninja begambo dlm ni mesti nampak cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pulak dia offer mende tu kat Sini Shin... kalau tak memang gempak...

      Delete
  3. Wah tak tinggal payung bila dok nipon ni ye Mie...
    Nekcik tak pi pun hari tu ...lintas hormat jerk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna pun cuma kat Kyoto je Nekcik... kat Osaka dll semuanya tak hujan pun...

      Delete
  4. Replies
    1. Kalau ada pakaian shogun berbayar untuk berfoto tentu lagi ohsem... hehe

      Delete
  5. Mie-san,
    Saya belum sempat ke sini. Ingin sangat hendak memijak lantainya yang berderit-derit itu bila dipijak dan mungkin boleh menghasilkan irama muzik yang menarik. Betuk ke Mie-san? Kore wa seikai desuka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyinya takdelah kuat sangat... tapi kalau waktu malam sunyi rasanya bunyinya lebih jelas... Honto desu yo!!!

      Delete
  6. kat jepun ni mmg banyak castle kan pastu masih dijaga dengan baik...korea pun sama...tu yang unik tuh...tp kadang tu malas juga masuk istana ni, lagi kalo yang besar2 sgt sebab tak larat berjalan!ups!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... belum lagi termasuk temple2 dia orang yang banyak tu... tapi saya memang dah berniat tak mau ke temple masa di sana...

      Delete
  7. Nijo castle mmg menarik..tapi tak best sbb tak boleh nak ambik gambar dlm bangunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan... bukan ada apa-apa rahsia sangat pun kat dalam tu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...