Friday, February 12, 2016

Trip Kansai Area Pt 1 - Dari Kansai Airport ke Kyoto

Penerbangan berlepas dari Klia2 pada jam 1.00 pagi dan sampai di Kansai International Airport pada jam 8.25 pagi. Waktu di Jepun awal sejam dari waktu di Malaysia. Semuanya berjalan lancar. Di kaunter imigresen dia orang mahukan alamat hotel tempat kita tinggal serta alamat lengkapnya yang perlu diisikan di borang ketibaan. Di kawasan pemeriksaan kastam pun tak ada banyak bertanya pasal barang makanan yang dibawa.

Langkah seterusnya ialah menuju keluar kawasan ketibaan. Perkara pertama yang terlintas ialah untuk mencari sim kad untuk data internet. Kad di sini kebanyakannya dijual di mesin. Belek punya belek akhirnya kami memilih untuk membeli kad dari syarikat Docomo. Walaupun ianya ready to use tapi kena juga ikut beberapa langkah untuk mengaktifkannya. Cuma ianya tidak perlu talian internet untuk mengaktifkan berbanding kad lain.

 Mesin-mesin jualan sim kad.

Akhirnya SIM kad ini yang dipilih.

 Penggunaan untuk seminggu berharga 3500+ yen.

 Jenuh untuk menyesuaikannya... akhirnya gagal. Tak apa kita teruskan perjalanan dulu. Lagipun di hotel nanti ada wifi.

 Keluar dari kawasan ketibaan Terminal 1 untuk menuju ke stesyen kereta api yang terletak bertentangan.

 Terus menuju ke pejabat tiket JR.

 Macam-macam pass ada di jual di sini. Pilihlah mana yang sesuai.

 Berbaris untuk redeem kad yang sudah di booking secara online di sini.

Kad ICOCA  fungsinya seperti kad Touch and Go.

Bagi pelancong macam kita adalah lebih baik jika beli kad ICOCA ini bersama tiket keretapi ekspres HARUKA untuk menuju ke pusat bandar. Harga tiket untuk perjalanan sehala bersama kad ICOCA ialah 3030 yen dan 4060 yen untuk dua hala. Kad ICOCA yang disertakan mempunyai nilai 2000 yen termasuk 500 yen deposit yang boleh di kembalikan semula apabila kita balik di airport nanti. Harga tersebut sudah didiskaunkan dan khas untuk pelancung. Perlu menunjukkan passport di kaunter.

Penggunaan tiket kereta api HARUKA dua hala mempunyai tempoh laku hingga dua minggu. Macam kes kami, tiket HARUKA digunakan terus untuk ke Kyoto dan waktu baliknya dari Tennoji. Kebaikan kad ICOCA ini ialah ianya boleh digunakan untuk semua kereta api JR, kereta api swasta, subway, bas dan juga kedai serbaneka. Kad yang paling mesra alam, janji ada nilai di dalamnya.

Kalau kita membeli JR pass, ianya hanya boleh digunakan untuk kereta api JR saja. Ada berbagai jenis kad kereta api ini, jadi kenalah beli ikut kesesuaian perjalanan kita.

Kereta api HARUKA hanya berhenti di stesyen Tennoji, Shin Osaka dan Kyoto.

Ada beberapa kirei na onnanohito yang sedia membantu.

Di dalam kawasan pejabat tiket kereta api JR ini ada servis untuk memasukkan aplikasi free wifi untuk pelancong. Ada terdapat 200 ribu hotspot di seluruh negara Jepun. Nampaknya kad data internet yang dibeli tadi macam tak perlu sebenarnya. Terbang lebih RM100 di situ.

Dan yang lebih sadisnya lagi, rupa-rupanya apartment yang kami tinggal untuk empat malam di Osaka nanti ada menyediakan mobile wifi yang boleh dibawa bersama bila kita keluar.

Makan banyak masa juga sebenarnya kita di kawasan airport ini sebelum dapat keluar sebab banyak perkara yang perlu difikirkan tentang kelebihan dan kekurangan sesuatu perkhidmatan sebelum membuat sesuatu keputusan.

Laluan masuk ke JR lines di tingkat bawah. Ada juga perkhidmatan kereta api biasa di sini dan ianya berakhir di Osaka. Pilihlah mana-mana ikut kesesuaian kita.

Kereta api HARUKA.

Kereta api HARUKA ini mempunyai enam koc. Koc pertama hingga ketiga adalah koc untuk tempat duduk bernombor. Perlu bayaran tambahan walaupun kita dah ada tiket khasnya. Koc keempat hingga keenam ialah koc free seating. Siapa cepat dapatlah tempat duduk. Tapi biasanya kalau dari airport memang tak ada masalah. Tak boleh main redah saja kerana ada pemeriksa tiket yang bertugas.

Cuma waktu baliknya kita orang kena berdiri sebab naik di stesyen terakhir kereta api HARUKA berhenti iaitu di Tennoji. Nasib baik cuma lebih kurang 40 minit saja untuk sampai ke airport.


Jadual perjalanan kereta api HARUKA.

Pemandangan dalam perjalanan.



Selepas perjalanan selama sejam empat puluh minit, sampailah kami di stesyen kereta api Kyoto.

Kyoto Tower & Hotel betul-betul menghadap stesyen kereta api Kyoto.

Tak susah untuk mencari hotel penginapan iaitu Kyoto Tower Annexe Hotel yang terletak cuma lebih kurang tiga ratus meter dari stesyen Kyoto. Sebelum ke hotel sempat singgah di kedai serbaneka Lawson berhampiran hotel untuk membeli barangan keperluan. Sampai di hotel sebelum jam dua petang tapi boleh terus check in walaupun masa sebenarnya ialah jam tiga petang.

Banyak betul kedai Lawson di sini berbanding kedai Tujuh Sebelas.

Hotel penginapan selama dua malam di Kyoto. Dapat bilik di tingkat dua.

 Ada di sediakan tiga katil single dalam bilik ini. Padat. Cajnya RM597 untuk dua malam. 

Dah dapat katil kenalah rehat sekejap untuk menunaikan kewajipan dan mengisi perut yang dah mula menyanyi. Tak boleh berlama-lama sebab jam 5.30 petang hari sudah mulai gelap. Nak ke mana agaknya petang ini...

29 comments:

  1. Bestnya en.mie dah sampai Jepun!

    Bagus betul, siap ada yg tlg masukkan apps free wifi. Plg best, yg mobile wifi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Jepun ni kalau menolong memang sungguh2...kekadang kita pulak yang risau...
      Tu lah memang rasa rugi pulak membazir kat kad SIM data internet tu...

      Delete
  2. Mmg haru biru dgn berbagai kretapi di jepun ni kan.. Kami pun haritu dari airport turun separuh jalan...salah train!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula memang agak keliru juga Nekcik... tapi tak ambil masa sangat nak hadam... sebab train dia orang ni tak kamceng dengan subway...

      Delete
  3. Replies
    1. Nanti boleh en Din mengulang ke Nippon lagi... tapi kena lain destinasi...

      Delete
  4. Hah...gi jalan-jalan lagi..?Banyaknya duit Mie.... hihihi.LAWSON tu memang glamer..dulu kat Tokyo pergi situ sebab nak beli tiket gi Muzium Doraemon .Tapi Jepun memang awsome kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak duit kena pergi dengan pakej... kita ni main redah je... janji lepas... semuanya cincai je...

      Lawson memang banyak sesangat kat sana... kekadang dekat2 pulak antara sama lain...

      Tak dapat dinafikan Nippon memang ohsem...terutama kebersihannya...

      Delete
  5. Anata ga hanasu nihongo o oboete imasu ka?

    Hentam saja ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. すこし だけ. Tapi masih sangat membantu semasa di sana...

      Delete
  6. Kyoto..suka bandar lama yg tersusun ni..*mengimbau kenangan lalu*..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... lagipun kat Kyoto ni banyak tempat menarik berbanding bandar lain...

      Delete
  7. haha.. pakai mesin je beli simcard.. hopefulyy boleh smpai jepun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kat negara kita begitu juga pada masa akan datang... Boleh je Zul sampai ke Jepun... kalau masa ada offer tiket flight pun taklah mahal sangat...

      Delete
  8. peeergh harga bilik tu bikin phengsaaaan lagi.. huwaaa mahalnya..
    jenuh la nak menabung kalau nak pegi Jepun.. huwaaa..

    and pening tak nak decide kad mana nak guna kat Jepun tu PLM ? banyak sangat pakej macam mana nak compare.. hewhewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga bilik tu untuk bertiga untuk dua malam... lebih kuran RM100 je semalam/pax...

      Cara yang lebih senang sewa je mobile wifi... tapi mahallah sikit...

      Delete
    2. hari tu CT pegi Korea CT book Wiyo.. okla jugak sebab malas nak book kat sana.. ehehe.
      tapi kalau ada simkad lagi senangla kan..

      eh RM100 ? okla tu ok ok boleh terima eheh..

      Delete
  9. ooo dr osaka terus ke kyoto ker...hehehe best2...rindu plak kesjukan kyoto nih...nyaman jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kyoto memang best... kalau dapat tiga empat hari kat sana baru boleh cover semua tempat... banyak yang miss sebab hujan memanjang...

      Delete
  10. Salam tuan.. Tumpang tanya dimana saya dapatkan card icoca seperti yg tuan ceritakan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya saya dah terangkan secara detail dalam posting ini. Pertama booking melalui link yang saya berikan, print bukti booking dan claim masa di stesyen kereta api di airport nanti. Tak perlu bayar dulu, cuma buat bayaran di kaunter...

      Delete
  11. Assalam en mie...booking hotel di kyoto melalui online ke...any way to book easier..sy plan ke kyoto on11th jan ni cuma mohon tips sikit bagi memudahkan perjalanan sy nanti .

    ReplyDelete
  12. Salam sy hasanah akan ke osaka pada bulan oct nanti. Jika sy beli tiket haruka return from kansai airport ke kyoto dan kemudian balik dari osaka ke kansai airport boleh ke guna kad yang sama dengan nilai yang sama utk return

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Hasanah... Di Osaka hanya ada dua stesyen iaitu dari Shin Osaka dan Tennoji saja dengan syarat selepas sampai di Kyoto jangan guna tiket tu untuk ke stesyen lain. Maknanya tiket itu hanya boleh digunakan untuk pergi dan balik ke airport dari mana-mana stesyen yang disenaraikan...

      Delete
  13. Salam sy nk tnya kad icoca blh guna di tokyo tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... cuma kalau nak redeem balik nilai bakinya hanya boleh dibuat di Kansai region saja..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...