Wednesday, October 28, 2015

Panggilan Pulau Pt 3 - Selamat Tinggal Redang

Trip 3H2M ni memang tak puas. Kalau dapat seminggu baru OK agaknya.

Pagi tu selepas sarapan pagi sempat lagi meronda-ronda di sepanjang pantai sebelum check out. Feri akan datang pada jam sebelas pagi. Jadi kami diminta untuk check out pada jam 10 pagi dan berkumpul di hadapan chalet. Traktor digunakan untuk membawa tetamu ke satu tempat berkumpul berhampiran kawasan feri berlabuh.
 
Antara hotel yang ada di Pulau Redang.

 
Tak perlu pergi obersi... pantai kat negara sendiri tak kurang cantiknya.
 
Sejam lagi untuk check out, tapi ada yang sanggup balik ke chalet tukar baju untuk mengintip anak jerung.

Trektor tuk tuk. Kenderaan paling sesuai di Redang kerana tiada jalan bertar di sekitar kawasan chalet di sini.
 
Feri yang baru sampai.

Walaupun hari itu hari Isnin, tapi orang datang ke Redang tetap ramai.

Jom balik.
 
Air agak tinggi pagi itu, jadi feri pengantara boleh terus sampai ke pantai. Masa kami sampai sebelumnya terpaksa buka kasut.


Besar dan selesa feri dua tingkat ini.

Sampai di jeti Syahbandar kami simpan beg-beg di pondok pengawal di situ. Dia caj cuma RM15 untuk lapan beg hingga jam lima petang. Oleh kerana dah tengah hari jadi kami singgah dulu di Masjid Abidin untuk tunaikan kewajipan sebelum mencari tempat untuk makan.

Masjid Abidin Kuala Terengganu.

Putih bersih dan cantik.

Antara keunikan senibina bangunan di bandar Kuala Terengganu.
 

Tak sempat nak naik Bukit Puteri. Banyak masa habis kat kedai Pasar Payang.

Meronda di kawasan Waterfront yang nampak belum siap sepenuhnya.
 
Jambatan berbentuk U untuk ke kawasan waterfront.
 
Kawasan ini menghadap Pulau Duyung.
 


Singgah makan di restoran ICT Teluk Ketapang berhampiran airport.
 
Flight jam 9.20 malam tapi jam enam kami dah sampai airport.
 
Cantik bangunan airport Sultan Mahmud ini.
 
Sempat naik ke bahagian menara bangunan ini.
 
Bon Voyage... hingga berjumpa lagi.

35 comments:

  1. tu dia, ramainya orang...

    saya sendiri sebenarnya dah jatuh cinta dgn Redang ne, En.Mie tapi bila mengenangkan 45min dalam bot tu terus patah semangat nak merepeat..giler takut kot hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Zilla... kalau kita naik feri dari jeti Syahbandar... ferinya besar... siap boleh tidur lena lagi...

      Delete
  2. oh ye ke Zilla..nekcik pun serem jugak. ..klau ombak kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK je Nekcik,,, tak rasa berombak pun...cuma tripnya lebih sejam...

      Delete
  3. Banyak ke shopping tu Mie...x makan telor penyu ke..:). First time pegi airport tu memang kagum habis dengaan binaannya..memang lawaaaaa sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik flight ni susah sikitlah nak shopping lebih2 wa...lagipun takde sorang pun yang ambil luggage. Setuju... memang cantik airport Sultan Mahmud tu...

      Delete
    2. Hah..tak shopping apa2? ...macam tak caya je..next time pergi naik kereta ya..boleh borong banyak-banyak kat Pasar Payang..;)

      Delete
    3. OR banyaklah menyoping kain baju dia... keropok pun ada. Lain kali nak borong pasarnya sekali... hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Saya rekomen en Din untuk ke Pulau Redang tu... memang terbaik...

      Delete
  5. Dapat juga shopping kain ela batik terengganu atau beli batik terengganu..2 in 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping kat sana pun best... cuma kena bawa kenderaan sendiri baru mudah sikit...

      Delete
  6. Memang betul....Tak perlu pergi obersi... pantai kat negara sendiri memang cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... rasanya pantai di Pulau Redang lebih cantik dari pantai2 di Bali...

      Delete
  7. pulau2 kt belah pantai timur belum pernah jejak lagi..huhu..kena pergi jua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah pergi nohas... pasirnya pun putih bersih...tak macam di sebelah pantai barat...

      Delete
  8. Masa kami balik dari Redang feri tuh full sebab ada yang supposed naik feri pukul 9.30, 10 lambat naik yang pukul 11 huhu sabor jelah. Tapi Redang memang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pulak suka2 tukar masa... tapi kalau masa tu betul2 penuh mungkin kena reject... baru nangis kat tepi pantai... memang tak suka orang cuai tentang masa ni...

      Setuju... Redang memang terbaik....

      Delete
  9. Pak Langgggggggggggggggggggggg!!! OOOOooooo Pakkkk Langggggg! Bilaaaaa Pakkkk Lang nak gi China? Isksss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu dari hari ini... ke mana destinasi SS ni...

      Delete
    2. Nampaknyaaa Pak Lang mendahului SS... Nanti SS update!

      Delete
  10. Ramainya kat Redang..ni time jerebu ya? putih semacam je langit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin orang berebut ke sana sebab dah hampir masa operasi hotel ditutup mulai pertengahan Oktober sempena musim tengkujuh Ujie...

      Delete
    2. Memang tengah jerebu... untungnya pergi masa ni walau berjemur lama pun tak sampai sunburn...

      Delete
  11. Suka dengan reka bentuk bangunan di Kuala Terengganu. Mesjid itu sangat cantik. Lebih cantik lagi airportnya. Masih mempertahankan seni bangunan tradisional Melayu. Terbaiklah Kuala Terengganu ini, Pak Mie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sepatutnya kita mengekalkan senibina tradisional terutama untuk bangunan yang baru...lagipun orang di bahagian Pantai Timur Malaysia memang terkenal dengan kehalusan seninya mas Gunadi...

      Delete
  12. alahai memang tak puaslah kan nak jalan2.. kena repeat la PLM.. bleh CT ekot alalala =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak puas CT... kalau nak ekot boleh je sbb PLM guna pakej...semua agen uruskan kecuali pengangkutan dari KL ke sana...

      Delete
  13. Memang cantik redang ni, tapi saya bukan jenis yang meminati kepulauan, jem kreng saya di buatnya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. RF kena mencuba terutama aktiviti snorkeling tu... kalau dah tersengat pasti akan mengulang lagi...

      Delete
  14. kuala terengganu semakin cantik sekarang

    Naik Feri dari Jeti Syahbandar ok lagi compare ngan kami dulu naik boat dari Jeti Merang kalau tak salah ya Allah rasa nyawa di hujung tanduk..kan Zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu JM pergi tidur kat khemah je kan...hehe. Kalau naik feri siap boleh tidur lena lagi. Ombak pun tak terasa...

      Delete
    2. ehh..PLM reply lah..ingatkan dah ada kat China sbb kat sana mana boleh log in blog...bila nk berangkat ni esok lusa ke :-)

      Delete
  15. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...