Wednesday, October 21, 2015

Panggilan Pulau Pt 2 - Berjimba di pulau

Kat Redang ni jangan risau soal makan. Memang disediakan dalam pakej. Makan empat kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Di Redang Lagoon ini tak ada café atau tempat makan di luar waktu makan. Tapi kalau rajin meronda sepanjang pantai kita boleh jumpa kopitiam dan mini market yang menjual makanan. Jadi kalau ke sana tak payahlah bawa barang makanan sangat.

Hari ini ada dua trip snorkeling iaitu di kawasan Taman Laut dan di laut terbuka. Sebenarnya bukan laut terbuka sangat pun, cuma airnya agak dalam supaya kita tak terpijak batu karang. Tempat snorkeling laut terbuka yang kami terlepas semalam berlainan dengan trip hari ini.

Peralatan snorkeling boleh di sewa dari chalet ini. Life jaket RM10 dan goggle juga RM10. Bagi goggle yang ada power cajnya RM30 setiap satu. Boleh gunakan sepanjang kita berada di sana.

Tempat berkumpul untuk snorkeling trip di hadapan chalet. Bawa sekali tiket Taman Laut yang di beli di jeti Shahbandar semalam.

Semangat je lebih...

Perjalanan ke Taman Laut yang terletak di Pulau Pinang.
 
Jeti Taman Laut.




Ikan memang banyak di sini.




Lebih kurang dua jam kami di sini.

Balik semula ke Redang Lagoon untuk makan tengah hari.


Watashi... hehe

Sambung snorkeling di hadapan chalet. Di ini pun banyak ikan.
 
Petangnya sambung lagi aktiviti snorkeling. Kali ini di kawasan laut yang lebih dalam. Agak ramai yang ikut kerana disertai sekali dengan kumpulan yang baru sampai pada pagi itu. Air di sini agak dalam walaupun di tepi. Ada yang tak berani turun walaupun dah pakai life jacket.
 
Sambung aktiviti snorkeling.


Macam biasalah, layan ikan juga di sini.
 

Muka yang sama juga.
 
Antara batu karang di sini.
 
Tapi taklah secantik mana.
 
Agak kurang variasinya.
 
Tak nampak pun si nemo tu.
 
Obor-obor pun ada, tapi tak aktif sangat... jadi silalah jauhkan diri.
 
Penyu pun tak jumpa.
 
Muka tak puas hati...
 
Kalau mengikut kata orang yang join trip pada sebelah petang semalamnya, pemandangannya lebih cantik. Tapi kami terlepas trip tu sebab terlambat sampai. Sepatutnya pakej ini ada tiga trip snorkeling. Nak kena mengulang lagi ke...
 
 
Petang itu selepas minum petang kita orang sambung lagi skodeng ikan di tepi pantai. Untunglah berjerebu, matahari tak keluar sangat. Walaupun asyik bersidai kat pantai tak ada pulak sunburn. Memang best...
 

32 comments:

  1. Replies
    1. Mungkin nak cuba ke Pulau Perhentian dulu... pun masih belum sampai lagi...haish...

      Delete
  2. Memang kena ulang sebab macam tak puas hati je..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tulah rasanya... tapi orang Ganu macam Wa mungkin dah banyak kali ke sana kot...hehe.

      Delete
  3. Replies
    1. Haah... ikan tu pun dah tak takut orang sebab dah terbiasa...

      Delete
  4. Replies
    1. Ingatkan dapat tengok penyu tapi hampeh... ikan memanjang...

      Delete
  5. jauhnyaaaa taman laut smpai ke pulau pinang.....hehehehe bestnya banyak btol ikang tuh...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh DJ...kalau berenang sehari baru sampai... Ikang memang banyak tapi ikang tak boleh dimakang...

      Delete
  6. Replies
    1. Seminggu duduk sana baru puas hati kot... hehe

      Delete
  7. Underwater camera jenis apa tu? GoPro?
    Geram tengok ikan-ikan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna hp dan camera yang di sewa dari dari salah satu kedai di situ... RM50 sehari dan pulangkan sebelum jam enam petang. Bateri boleh tahan sehingga 200 snap... Ikan memang sangat meriah di sana...

      Delete
  8. En Mie saya berminat nak ke redang lagoon.Boleh en mie beritahu advantage pergi dengan travel agen atau better direct dengan resort. Boleh snap gambar bilik dan review pasal bilik sebab dari ulasan tripadvisor bilik agak menyedihkan
    thanks . kak Zainab Kuala Lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zainab...saya rasa lebih baik pergi dengan agen sebab dia orang boleh uruskan semua. Tapi kalau nak berjimat boleh je berurusan terus dengan pihak resort. Memanglah bilik kurang selesa...tapi kita bukannya nak memerap dalam bilik pun... Kalau bajet besar banyak pilihan resort mewah di sana...

      Delete
  9. Mie klau x pandai berenang boleh snorkeling ke..he..he
    gayat jugak dah tua tua ni tapi nampak cam best jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Nekcik... ada life jacket... so memang no hal punya... OR pun steady jer...

      Delete
  10. Kalau sudah snorkling tak ingat waktu. saya berjam-jam pun sanggup. Keindahan taman bawah laut memang tak bisa dibandingkan dengan keindahan taman di daratan. Indahnya terumbu karang di Pulau Redang. Semoga terumbu karang di Pulau Redang selalu terjaga Pak Mie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan mas Gunadi... tapi cuaca tidak begitu cerah sebab asap Sumatra sampai juga di sini. Kalau tidak tentu lebih terang lagi kawasan bawah laut tu dan pemandangan juga lebih cantik...

      Delete
  11. Replies
    1. Tapi saya nak sangat jumpa penyu kat bawah laut tu...

      Delete
  12. Lamanya tak masuk laut... Seronok tgk ramai ke pulau2 baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pulau2 kat Pantai Timur dah ditutup Mulan...buka semula awal Mac selepas habis musim tengkujuh...

      Delete
  13. bestnya dapat snorkeling..ikan muka sama je..hihi...ada hikmah jg jerebu ni ya, takde sunburn..itu yg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah snorkeling sebelum ini di tempat lain tapi Redang paling best rasanya... nohas boleh mencuba nanti...

      Delete
  14. mandi celup badan je takleh ke PLM ? den lomah sket bab bab snorkeling ni..
    mcm ada adrenaline rush kalo tngk ikan banyak2.. yg dalam tu seriau gak.. nak yang cetek2 je senang nak lari
    pi tepi pantai ngeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh celup badan je sebab kat tepi2 pantai yang cetek pun ada banyak ikan. Ikannya pun friendly... so tak perlu risau. Snorkeling ni kena ikut cara yang betul masa mengambil nafas... bila dah mahir memang rasa macam tak mahu naik ke darat...

      Delete
  15. rugilah dah pakai life jacket tak berani turun...byr sewa RM10 tu...

    satu jenis je kan ikan tu..ikan belang2

    patutlah muka x puas hati rupanya ada trip terlepas..x de rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak jenis ikan ada kata situ JM, tapi paling meriah ikan hitam belang kuning tu la... Memang rugi terlepas satu trip tu...

      Delete
  16. Slm..sy runner pekej bercuti ke pulau redang
    Sesiape yg berminat bleh call/wasap di ni ini..
    0179799773 atau lawat fb page sy..
    Blackyellowholiday

    ReplyDelete
  17. Slm..sy runner pekej bercuti ke pulau redang
    Sesiape yg berminat bleh call/wasap di ni ini..
    0179799773 atau lawat fb page sy..
    Blackyellowholiday

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...