Tuesday, October 13, 2015

Panggilan Pulau Pt 1 - Perjalanan ke Pulau Redang

Ini adalah kali pertama kami nak ke Pulau Redang, Terengganu. Teruk betul kan...Trip pakej 3H2M ini kami ambil dari Raha Holiday di Shah Alam. Tiket penerbangan kami ambil masa ada tawaran AA cuma RM79 untuk tiket pergi balik.

Kalau ikut pakej yang disediakan sepatutnya kami kena sampai di KT waktu pagi dan naik feri perjalanan pertama ke Redang pada jam 11.00 pagi. Tapi flight kami agak lewat sikit jadi terpaksa ambil feri kedua pada jam 3.00 petang. Kami terlepas satu trip snorkeling pada petang itu.

Sebab cuti agak singkat jadi malas nak minta orang hantarkan ke airport. Jalan paling mudah guna saja cara 'park and ride' dari stesyen ERL di Putrajaya. Pertama kali menggunakan cara ini dan ternyata berbalui. Tambang ERL Transit dari Putrajaya Sentral cuma RM6.20. Caj tempat letak kereta berbumbung untuk 3H2M ialah RM10.00 saja.

 Stesyen ERL Putrajaya.

Menunggu pengangkutan ke 2 sampai.

 Baru dapat jejak 6 dari 10 negara. Tapi ramai orang dah dapat 10/10.

 Jerebu di Klia 2 masih tebal. Risau juga flight tertangguh.

 Pengangkutan ke 3 sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu 50 minit kemudian. Alhamdulillah agak kurang jerebunya.

 Banyak tempat menarik di negeri Terengganu Darul Iman ni.

Jeti Shahbandar. Sebelah kanan ialah tempat menunggu feri ke Redang. Nyaman sebab ada aircon.

Kami ambil dua teksi dari airport untuk ke Jeti Shahbandar yang terletak berhampiran Istana Maziah. Caj pengangkutan ke 4 ini ialah RM30/teksi. Sampai di sini pada jam 1.00 tengah hari. 

Pakej ini sebenarnya kita kena bertindak sendiri. Booking pakej pun secara online.  Itinerarinya pula kena cetak di website syarikat. Cuma pihak syarikat telah berurusan dengan pihak yang berkaitan untuk tiket feri dan penginapan. Sampai di jeti kami terus ke kaunter tiket untuk mengambil tiket pergi balik yang sudah di booking. Tiket perjalanan ialah RM55 untuk sehala.

Kaunter tiket feri di bahagian hujung dan di sebelahnya ialah kaunter tiket untuk memasuki kawasan taman laut. Cajnya RM5.00 saja. Yang ini kena bayar sendiri.

 Istana Maziah.

Oleh kerana perjalanan feri masih lambat lagi, kami pergi makan dulu di sebuah restoran berhampiran Masjid Abidin. Jauh jugalah kena berjalan. Berhampiran jeti memang tak ada tempat makan. Yang ada hanya peniaga yang menjual makanan bergoreng. Tak dapeklah benda macam tu nak buat makan tengah hari. Kenalah makan yang berat sikit.

 Masjid Abidin.

 Pengangkutan ke 5 sudah sampai. Agak besar feri dua tingkat ni. Perjalanan ke Redang mengambil masa hampir sejam setengah. Feri tiga perempat penuh masa tu.

 Feri dari jeti Shahbandar yang digunakan agak besar. Jadi memang tak boleh menghampiri pantai yang agak landai. Pengangkutan ke 6 iaitu feri pengantara digunakan.

 Pengangkutan ke 7 untuk ke tempat penginapan.

 Naik ikut destinasi hotel masing-masing.

 Dekat je tempat penginapan kami. Tapi ada yang agak jauh hampir satu kilometer dari tempat pendaratan feri.

 Sampai di Redang Lagoon Chalet hampir jam 5 petang.

 Join minum petang dulu sebelum masuk ke bilik. Ramai yang baru balik dari snorkeling.

 Redang Lagoon Chalet.

 Kami menginap di sini. Alhamdulillah biliknya agak selesa sebab ada aircon. Bekalan elektrik di Redang beroperasi 24 jam. Kalau di Pulau Perhentian katanya cuma 12 jam saja sehari.

 Pemandangan di hadapan Chalet. Jauh lebih cantik dari Krabi.

Petang itu kami cuma sempat bergedik di tepian saja.

40 comments:

  1. bila PLM ke sini dan berapa harga pakej yg d tawarkan oleh raha holiday tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip pada awal bulan ini. Harga pakej RM355 all in dari jeti. Kira murah tu JM...

      Delete
  2. Nah! 7 jenis pengangkutan baru sampai ke destinasi jauh perjalanan nya tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh mana pun... Jauh lagi perjalanan dari Surabaya ke Jogjakarta JM... hehe

      Delete
  3. ni redang island yg besar tu kan sbb JM pegi ri tu redang island yg kecik tempat penyu bertelur dan tak boleh menginap di sana perlu pegi balik hari itu pun entri belum up huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sekitar Pulau Redang memang banyak pulau kecil2... tapi rasanya ini yang paling besar, teguh dan menawan...hehe

      Delete
  4. ok...mudah citer dan perjalanan awak...senang nak faham..tak mampa cerita dia..so..tahun depan dapat lah pergi Redang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah drama bagai kan Afidah...hehe. Memang saya rekomen untuk ke sana...

      Delete
  5. kenderaan ke 7 tu menarik jugak.
    Saya pun blm pernah ke Redang, Perhentian pnh pergi masa zaman U, duduk dlm khemah je..sepanjang masa kerjanya main air. Terengganu mmg byk tempat pelancongan alam yg best! Hutan, jeram, pulau, pantai..semua ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kenderaan itu yang sesuai dan mampu tarik beban lalu jalan berpasir...kreatif dia orang ni...

      Best Redang ni Ujie... sila jak abam ke sana...

      Delete
  6. eh melancung malaya pakai pakej ye Mie..pergi obersee main redah sendiri..whatever lah kan ikut keseswaiaan diri...ha..ha
    nekcik pun kna carik pakej jugaklah camni..x pernah sampai lagi..sssyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... gitu kan Nekcik... nak bermanja di negara sendiri... Haah sesekali cuti-cuti Malaysialah pulak...Tokpokcu tentu setuju...

      Delete
  7. saya tak pernah sampai lg pulau2 kt sebelah pantai timur..huhu...teruk betul 2x...cantik Pulau Redang..

    saya baru 5/10...jom make it 10/10..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang teruk kita ni... padahal banyak tempat menarik kat dalam negara... tapi pandang sebelah mata je... Saya lambat lagilah nampaknya nak dapat markah penuh tu...

      Lambatlag

      Delete
  8. Saya pun baru jejak 6..
    Jerebu merentas masjid Abidin tu nampak ketara dalam gambar. Kalaulah jerebu terus-terusan melanda negara kita, mungkin Terengganu tak secantik ini pada masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lebih separuh... dah lulus dah tu...hehe

      Harap jerebu akan cepat berakhir... tapi sayangnya musim tengkujuh tak boleh ke pulau. Redang ditutup kepada pengunjung mulai pertengahan Oktober setiap tahun.

      Delete
  9. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Bolehlah merancang untuk tahun depan shin... cuti panjang sikit...3H2M memang tak cukup...

      Delete
  11. Bnyk btl jenis pengangkutan PLM nk ke redang... haha... redang mmg cntik org kta to masih x berkesempatan p... huhu... ingt nk ke perhentian dulu... masok bucket sumer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe banyak kan... tapi semuanya smooth je...

      Orang kata Redang lebih cantik dari Perhentian... lagipun bekalan elektrik ada 24 jam... so lebih baik pergi Redang je Fari...

      Delete
  12. Yezza sempena kejatuhan nilai ringgit, tahun dpnn sy jln dlm negara jer...redang/perhentian dah ada dlm list...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh percaya ke DJ ni... Tapi cuti-cuti Malaysia pun best juga... banyak lagi tempat belum jejak...

      Delete
  13. Ni first tine ke gi Terengganu Mie..hehhe..Wa yg duk Trg ni pun belum sampai lagi pulau ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali dah sampai Ganu tapi first time menyeberang ke Pulau Redang. Wa pun belum sampai lagi... pergh... lagi teruk dari saya... hehe

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Memang best Redang Lagoon ni kan ? Nampak tak tapak kaki kami kat sana ? Hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasinya memang terbaik sebab di tengah-tengah...dan suasananya tenang. Tapak kaki tu kami nampak...siap ada nama lagi tapi dalam mimpi je...hehe

      Delete
  16. Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  17. Saya hari tuh pun pergi ambil pakej dari Redang Lagoon. Time cuti sekolah mahal sikitlah pakejnya but serious sangat cantik Redang nih, puas hati dengan snorkeling trips & makan2 dia pun sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Sarah... puashati dengan pakej yang kita orang ambil...Resortnya pun muslim friendly banding dengan resort lain yang riuh rendah pada waktu malam...

      Delete
  18. ikutkan pendapat tuan blog, redang lg best dr perhentian la eh? patut la ramai orang huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak orang cakap Redang lagi best... so kira survey secara rambang ni boleh pakailah...

      Delete
  19. Unik angkutan di Pulau Redang itu Pak Mie. Seperti traktor buat kerja di sawah.
    Cantik Pulau Redang. Ke Pulau Redang ini harus pakai agen travel ya Pak Mie ? ngak bisa backpackeran sendiri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Traktor tu memang kenderan paling sesuai di sana sebab jalannya semua berpasir...

      Boleh saja kalau nak backpack tapi bagaimana jika biliknya sudah dibooking tapi bila sampai jeti tiket ferinya sudah sold out...tentu gawatkan... hehe. Jadi cara senang ambil saja pakej... lagipun agak murah...

      Delete
  20. sedih hati ni PLM.. sebelum arwah ayah pergi memang kami satu family rancang nak road trip ke pantai timur =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang tak sedih CT...kita hanya merancang tapi Allah perancang yang terbaik. Ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu.

      Delete
  21. slm semua..sy seorg runner pekej bercuti ke pulau redang(redanglagoon slh satunya)
    sesiapa yg brminat nk ke sana boleh la hubungi/wasap sekiranya ade pertanyaan/keterangan
    dan tempahan 0179799773

    ReplyDelete
  22. slm semua..sy seorg runner pekej bercuti ke pulau redang(redanglagoon slh satunya)
    sesiapa yg brminat nk ke sana boleh la hubungi/wasap sekiranya ade pertanyaan/keterangan
    dan tempahan 0179799773

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
    Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

    Wassalam

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...