Thursday, November 28, 2013

Jakarta Bandung Pt 4 - Trip sehari

DAY 3

Hari ini kami keluar agak awal kerana banyak tempat yang akan dilawati. Untuk trip hari ini kami telah menyewa sebuah Toyota Avanza bersama supir bernama Pak Aceng. Kenderaan ini kami sewa dari setiawantransport.  Sebelum tu sempat bersarapan dulu di dewan makan bersebelahan lobi. Makanan yang disediakan agak ringkas, tapi cukuplah sekadar untuk mendapatkan sedikit tenaga. Menu untuk pagi itu ialah nasi ijo.

Destinasi kami pagi ini ialah kawasan Lembang. Antara tempat-tempat menarik di kawasan Lembang ialah Gunung Tangkuban Parahu di mana terdapat kawah gunung berapi yang masih aktif, Sari Ater Hotspring Park, ladang strawberi dan Floating Market Lembang.

 Nasi ijo, seakan-akan nasi lemak.


Orang Malaysia lebih ramai dari orang tempatan. 

Cuaca hari itu agak baik

GUNUNG TANGKUBAN PARAHU

Sampai di destinasi pertama iaitu Gunung Tangkuban Parahu hampir sejam kemudian. Syukur sebab tidak menempuh banyak jalan yang macet. Sampai di pintu gerbang, Pak Aceng terus berhenti di hadapan deretan kedai di situ. Memang kami tahu kawasan wisata Gunung Tangkuban Parahu ditutup kepada pelawat kira-kira sebulan yang lalu melalui akhbar. Tapi hari yang kami sampai merupakan hari pertama ianya dibuka semula. Menurut kata Pak Aceng dia tak mahu merisikokan kami sebab masih ada lagi gas beracun yang keluar dari kawah. Kami pun tak mahu mendesak supaya dibawa juga ke atas. Wah nampaknya ini kali kedua kami gagal untuk sampai ke situ. Trip yang dulu kami cuma ada dua hari di Bandung dan masa itu adalah musim hujan hingga menyebabkan ada kawasan yang dilanda banjir.
Jadi cukupah sekadar dapat berfoto di kawasan pintu gerbang  sebagai bukti kami sudah sampai di kawasan itu.... huhu.



Jalan tunduk tanda kecewa.
Singgah sebentar di ladang teh yang terletak berhampiran.

SARI ATER HOTSPRING PARK

Destinasi kami seterusnya ialah Sari Ater Hotspring Park. Tiket masuk untuk setiap orang ialah Rp22K. Bagi memasuki kolam khas untuk berendam akan dikenakan caj lain mengikut tema-tema kolam yang berlainan dan ianya lebih privasi. Jika berendam di kolam terbuka tidak dikenakan sebarang bayaran. Sayangnya kami terlupa untuk membawa pakaian basahan.  


Pintu masuk utama.

Bahagian atas airnya lebih panas.

Kolam di bahagian bawah.

Antara kolam terbuka di sini.

Penunjuk arah kemudahan yang disediakan di sini.


Pokok bunga loceng seperti yang terdapat di Cameron Highlands.

Tempat yang sesuai untuk mandi.

Boleh duduk sambil merendam kaki di sini.

Ada juga air terjun buatan.

Kedai cenderamata berhampiran pintu keluar.

LADANG STROBERI

Di kawasan Lembang ini juga terdapat ladang stroberi walaupun cuacanya tidaklah begitu sejuk seperti di Cameron Highlands. Kami sempat singgah disalah satu ladang di situ. Caj masuk untuk memetik strawberi ialah Rp10K seorang. Untuk buah yang dipetik pula cajnya Rp30K sekilogram.


LEMBANG FLOATING MARKET

Selesai misi di ladang stroberi,  seterusnya kami bergerak ke satu kawasan tarikan terbaru di sini iaitu Lembang Floating Market.  Lokasinya bukan di sungai seperti di Thailand, tapi di tasik. Bayaran masuknya cuma Rp10K saja.


Tiket masuk boleh ditukarkan untuk mendapat minuman panas.

Floating Market yang terletak di tengah-tengah Danau Situ Umar.

Lanskap yang menarik di sepanjang jalan menuju ke tengah tasik.




Cuma replika.

Kawasan pasar terapung ini terletak di sebelah sisi satu daratan memanjang di tengah-tengah tasik. Kebanyakan barangan yang dijual ialah makanan.

Belian ialah dengan cara tukaran koin.

Kawasan bertentangannya ialah tempat untuk menjamu selera.

Kami cuma membeli sedikit dim-sum dan lumpia untuk mengalas perut, kerana hendak ke Kampung Daun untuk late lunch. Setiap satunya berharga Rp10K. Lumpia tu sangat sedap kerana intinya ialah ayam tidak seperti popia yang berinti sayur.

RESTORAN KAMPUNG DAUN

Destinasi terakhir kami di Lembang ialah restoran Kampung Daun. Sampai di sini sudah hampir jam tiga petang. Pak Aceng membawa kami ke salah satu pondok tempat makan cara duduk atau lesehan.



Kawasan kedai selepas pintu utama.

 Jalan menuju ke pondok-pondok makan.

 Servisnya agak lambat sebabnya kedudukan agak jauh dari pintu utama. Sebelum hidangan sampai boleh juga kalau nak baring dan bersantai di sini.

 Nasi timbel dan nasi ayam kalasan untuk hidangan tengah hari kami.

 Banyak pilihan minuman yang disediakan.

GEDUNG TOKO TIGA

Selesai melawat di kawasan Lembang, kami bertolak semula ke Bandung. Kami cuma minta Pak Aceng singgahkan kami di Gedung Toko Tiga saja. Malas nak pergi ke FO yang lain-lain kerana semua sudah keletihan. Kedai ini terkenal dengan seluar jeannya. Agak lama kami di sini dan tak sedar hari sudah beransur malam.


Gedung Toko Tiga di Jalan Ahmad Yani.

Dapatlah juga beberapa helai jean dan seluar dari Gedung Toko Tiga. Kasut German tu dapat dari kedai lain di mall di bawah hotel.

KEDAI KEK KARTIKA SARI

Tempat terakhir yang kami singgahi hari ini ialah kedai kek Kartika Sari. Tujuannya ialah untuk membeli kek brownies yang agak terkenal di Bandung untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Kepingan pisang berkeju bersalut coklat juga sangat sedap. Dua kotak pelbagai kueh dan makanan ringan berjaya dituai dari kedai ini.

Sampai di sini agak lewat dan hujan mulai turun.

Kek di belakang tu berharga Rp30K ke atas.

 Antara jajan lain yang ada di sini.

44 comments:

  1. Seronok jugak meredah Bandung ni..lama dah tak datang..tiket murah dah terlopeh hari tu.insyaallah akan di terjah 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jugalah Nekcik sbb boleh jadi jutaan untuk beberapa hari... hehe

      Delete
  2. pi dgn budak2 ni pantang nampak air.. terpaksa beli baju murah sbb nak main air kt sari ater.. last2 apak budak pon masuk air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah rasa rugi pulak tak bawa pakaian untuk mandi masa ke situ. Kalau tak, mahu berjam juga berendam kat situ...

      Delete
  3. wah En Mie, saya pun ada planning nak pergi ke Lembang Floating Market tu...dulu-dulu pergi takde lagi tempat ni...hehehe yang di Thai tak pernah sampai lagi, so tak sabar nakpi yang di Bandung nanti!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah DJ, floating market tu agak baru. Tapi saya lebih suka yang di Hat Yai sbb nampak lebih rea dan bebas. Yang di Lembang nampak macam diurus oleh syarikat dan bayar pun kena guna koin khas.

      Delete
  4. tengok gmbr makanan memang terasa sgt rindu nk datang Indonesia. Sedapnye mknn kat sana kan, rindu kt sambal hijau ngan ayam pop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samabl hijau dan ayam poptu rasanya masakan Padang. Kat Bandung ni pulak kebanyakannya masakan Sunda...

      Delete
    2. oh yeke..mknn sunda aritu cm tak bpe nk minat sgt..lg prefer nasi padang n masakan jawa..

      Delete
    3. Saya pun lebih suka masakan Padang... heaven gitu pilihan lauknya...

      Delete
  5. Wah agak menarik temapt yg di lawati pada hari ini..dulu JM ke Bandung jugak book melalui setiawantransport ni..senang termasuk hotel..kiranya all in lah..

    Biasalah..kalau restoran cam gin hanya pelancong je yg mampu mkn kat sana ye dok..utkar duit msia ke rupiah leh jadi jutawan

    Jurug Jodo..apo kobonda nya hah..JM kalau part2 rendam kaki dalam air suam ni yg best..leh rehatkan kaki

    Manis tak stobeli Indon?..alah..mak masuk ke kawasan Floating tu pun kena bayar ke..adusss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma sewa transport je, hotel cari sendiri.. jimat sikit..hehe

      Haah JM makan kat Kampung Daun tu takde lah sedap sangat tapi harganya jauh lebih mahal berbanding makan di food court.

      Tu bahasa Sunda kot.. kalau mandi kat situ sepat dapat jodoh.... hehe.. memandai je...

      Stroberi Indon masam yak amat, tapi cicah gula sodap gak. Haah JM, tapi murah, cuma Rp10K..

      Delete
  6. Wah terliur lagi!!!!Terliur! Mengancam betul nasi ijo, nasi timbel, nasi kalasan...ya ampun enak banget kelihatannya..ngapain gue nggak dapat nasi itu ketika gue ke sono....:P

    Waduh tertipu gue sama replika itu!

    Orang Malaisia terlebih ramei dari orang lokal....he he he...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan Sunda tu mungkin tak banyak kat tempat lain berbanding makanan Padang...Wah nampaknya NA kena mengulang ke sana...

      Replika tu nampak cantik, tapi yang dijual kebanyakannya cuma makanan bukan buah-buahan dan sayuran...

      Haah, kebetulan masa tu ada beberapa rombongan kak Kiah dan Kak Bedah dari Malaya...

      Delete
  7. wahh..byk jugak tempat yang boleh cover dalam 1 hari ye. Floating market tu bg mie menarik tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila dah pergi yang di Hat Yai kan... yang ni memang agak berbeza sbb kat tasik dan landskapnya agak menarik. Kena singgah kalau ke sana...

      Delete
  8. hamboi kemain lagi rendam kaki dalam kolam tu sambil mengalas henbeg kiri kanan hehehe
    memang best makan kat kg daun tu lepas penat berjalan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah untungnya bawak bodyguard, semua pun boleh... Makanan kat kg daun tu biasa je, cuma keadaannya lebih santai...

      Delete
  9. Ermm..... memang sangat best layan gambo PLM di bandung itu. best jugak kalau dapat berendam dalam air panas masa tengah letih2 kan. makanan yg dimakan tu mcm sedap sgt je nampak. toko tiga tu dulu pernah saya singgah jugak borong seluar jeans. sama jugak ke kartika sari. kalau ke bandung, wajib beli kek pisang keju di kartika sari. enak bangat sih! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul mas farel, kalau ke Bandung bukan saja boleh membeli-belah tapi boleh juga melawat kawasan alam semulajadi yang menarik. Rasa macam mahu mengulang lagi... Makanannya pun agak sedap dan apa lagi... kita kan jutawan kat sana... hehe

      Delete
    2. ya dong kamu benar banget sih mas Mie.... hehehe

      Delete
  10. Wow ramai jugak org malaysia kat sini..ya ampun dh macam kat malaysia je....setiap org pegi bandung sure pegi tengkuban perahu kan..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai dan susah nak dapat tiket murah ke Bandung ni, sbb tu saya turun Jakarta... Haah memang tempat wajib giTangkuban Perahu tu kalau ke Bandung..

      Salute U gi Korankei Valley tu sensorang...

      Delete
  11. tak dapat ke tangkubang perahu.... tengok gambar, tempat2 tu nampak cantik dan bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah SJ, dua kali gagal nak ke Tangkuban Parahu tu...nampaknya kena mengulang lagi ni...

      Pemandangan di kawasan Lembang memang agak menarik... udara pun nyaman...

      Delete
  12. betul ke kat bandung ni mie? cantik semacam jer, landskap pun lawa...macam kat tempat lain pulak rasa, ahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat2 tu di luar kota Bandung, iaitu di kawasan Lembang... memang banyak tempat2 yang cantik... Bolehlah nanti Orga terjah ke sana pulak...

      Delete
  13. Tak pernah lagi sampai ke Bandung... mungkin satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sampai punya satu hari nanti... Janggel boleh... hehe

      Delete
  14. Floating market tu tempat baru kann ?? Kami gi ke Tangkuban Parahu tu...tapi rimas ngan penjual yang asyik pujuk kita beli jualan diaorang. Nampak sedap makanan kat kg. daun tu...menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah agak baru tempatnya,, agak menarik juga. Tangkuban Perahu dua kali gagal untuk sampai ke atas. Makanan kat kg Daun tu tak berapa sedap,,, saya lebih suka yang di medan selera di atas mall tempat penginapan saya, Lagipun agak pricey...Tapi satu pengalaman yang menarik.

      Delete
  15. Di Bandung menginap kat mana yer? Biliknya ok tak? Plan nak ke Bandung Feb 2014, tapi mmg nak guna setiawantransport.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menginap di POP Hotel yg terletak dalam Festival City Link Mall. Nak shopping ada Lotte Mart. Nak makan ada medan selera di tingkat tiga... Kira senanglah...
      Biliknya OK, siap ada day bed lagi...

      Delete
  16. Replies
    1. Tak sempat en Din... Jalan dengan anak remaja... diaorang lebih suka nak ke Trans Studio...

      Delete
  17. ASSALAMUALAIKUM WR WB
    TUAN / PUAN FYI

    1 CAR TOYOTA AVANZA 2013 FOR 2-5 PAX
    PAKET MURAH PROMO "1" : RP 400.000 / 115RM
    INCLUDE:

    > 12 HOURS CAR USAGE ( TOYOTA Avanza)
    > PLUS DRIVER
    > PLUS BBM / MINYAK
    > PICK UP & RETURN TRANSFER FROM HOTEL OR BANDUNG
    AIRPORT ( SAME DAY TOUR PACKAGE)
    > PLUS PARKING TAX
    > TIDAK TERMASUK TIKET LAWATAN TEMPAT PELANCONGAN
    > DALAM KOTA ( PASAR BARU, FO DAGO STREET + RIAU STREET + TRANS STUDIO THEMES PARK + SAUNG ANGKLUNG UDJO +TOKO TIGA + RUMAH MODE)


    PAKET MURAH PROMO "2" LEMBANG AREA - TANGKUBAN PERAHU TOUR : RP 425.000 / 125RM
    INCLUDE:
    > 12 HOURS CAR USAGE ( TOYOTA Avanza)
    > PLUS DRIVER
    > PLUS BBM / MINYAK
    > PICK UP & RETURN TRANSFER FROM HOTEL OR BANDUNG
    AIRPORT ( SAME DAY TOUR)
    > PLUS PARKING TAX
    > DALAM KOTA + LEMBANG AREA ( FLOATING MARKET, SARI
    ATER, TANGKUBAN PERAHU, TEA PARK, STRAWBERRY FARM)
    > TIDAK TERMASUK TIKET LAWATAN TEMPAT PELANCONGAN

    PAKET MURAH "3" CIWIDEY : RP 450.000 / 135 RM
    INCLUDE:
    > 12HOURS CAR USAGE ( TOYOTA Avanza)
    > PLUS DRIVER
    > PLUS BBM/ MINYAK
    > PICK UP & RETURN TRANSFER FROM HOTEL OR BANDUNG
    AIRPORT ( SAME DAY TOUR)
    > PLUS PARKING TAX
    > PLUS TOL / HIGHWAY TAX
    > DALAM KOTA + CIWIDEY ( KEBUN STRAWBERRY, KAWAH
    PUTIH , JALAN CIBADUYUT,FACTORY OUTLET BANDUNG)




    PAKET MURAH "4" JAKARTA - BANDUNG : RP 775.000 / 230RM
    INCLUDE:
    > 16 HOURS CAR USAGE ( TOYOTA Avanza)
    > PLUS DRIVER
    > PLUS BBM/ MINYAK
    > PICK UP & RETURN TRANSFER FROM HOTEL OR AIRPORT
    ( SAME DAY TOUR)
    > PLUS PARKING TAX
    > PLUS TOL / HIGHWAY TAX
    > TIDAK TERMASUK TIKET MASUK WISATA


    NEED HOTEL BUJET DENGAN HARGA BERPATUTAN?
    raffleshome hotel, mine home hotel, amirah hotel, ardelia hotel, hyperinn hotel, patradisa hotel, asoka hotel, emia hotel etc : RATE 90rm/room/day all included free buffet breakfast and rate includedbtax and services

    WE PROVIDE KERETA FOR 2 PAX, 7 PAX, 10 PAX, 14 PAX , 17 PAX , 22 PAX,27 PAX, 33, 44 PAX, 59 PAX.

    CALL OR TEXT : MOHD RAFHI
    whatsapp : +62 8788 0444 031

    ReplyDelete
  18. Salam,,blog nya cantik sangat (y) .. nak izin share pakej ke Bandung kami ni..

    Bandung Trip 3D2N RM200/pax .. ehh x percaya? baca dulu hingga finish,, lepas tu whatsApp kami :)

    Bandung Trip | Bandung tour 3 hari 2 malam atau (3D2N) 4 orang hanya RM200/pax dan ada pakej lain nya

    Bandung trip Itinerary tour 3 hari 2 malam:

    est tiba pagi pulang petang.

    Day 1 - Welcome to Bandung kat Bandung airport (cadang tiba 8.00 am) terus shopping kat Pasar Baru Trade Center, lunch at local restaurant, shopping jeans kat Toko TIGA, terus bandung utara kawasan shopping area Riau, Dago dan setiabudi macam The Summit, Heritage, Stamp FO, Grande, Episode, Blossom dan factory outlet lain yang masih satu kawasan, dinner kat local restaurant, dan check in Hotel.

    Day 2 - After breakfast at hotel (8.00 am) go to tangkuban parahu, terus De'Ranch, terus Rumah Mode dan factory outlet lainya, get lunch at Rumah Makan Mang Engking (One of the best sundanese food), shopping kat Cihampelas, get dinner at local restaurant, back to hotel.

    Day 3 - After breakfast (8.30 am) terus kartika sari untuk beli oleh-oleh kek khas Bandung, jika masih sempat boleh pegi Pasar Baru lagi, lunch at local restaurant dan terus airport Huseinsastra negara Bandung tok check in Flight. terima kasih.

    masih ada banya factory Outlet yang belum kami masukan dalam itinerary.. jom Shopping till drop

    Jika akak dan abang berminat atau ada pertanyaan sila contact kami :)


    - WhatsApp +6281322731636
    - Email : emirtourtravel@gmail.com

    tqsm :)

    ReplyDelete

  19. Assalamualaikum Wr Wb. Tuan / Puan. Abang/ Akak

    Minta maaf apabila mengganggu blog anda

    kami dari Mekar Wangi Bandoeng Tour Syariah menyediakan pilihan dan harga terbaik untuk keselamatan familly anda semasa bercuti kat Bandung or Jakarta

    Sebuah syarikat muslim kat Bandung dan Jakarta yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati. Driver & tour guide profesional kami inshaAlloh akan selalu bawa anda ke semua tempat menarik kat Bandung, Bogor and Jakarta.

    special offer at 2015 jomm tempah murah jer *Include: minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta

    Rate per Kereta per Day

    Suzuki APV / toyota avanza rate nye 400.000rupiah / RM 115 ---6seat

    Toyota Innova / Kia Pregio rate nye 550.000rupiah / RM 160 ---8seat

    Coaster Isuzu Elf rate nye 650.000rupiah / RM 185 ---12seat

    Coaster Isuzu Elf Long rate nye 850.000rupiah / RM 245 ---17seat

    Toyota Hiace commuter rate nye 850.000rupiah / RM 245 ---12seat

    *company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture plight and tempahan kereta by whatapps or email

    WhatsApp +62 877 1519 6061 (mas Bimo)
    email mekarwangibandungtour@gmail.com
    facebook page mekarwangi bandoeng tour

    king regards,
    Bimo
    mekar wangi bandung syariah tour

    ReplyDelete
  20. Wahhhhh.... selalu rindu dengan Bandung. Cerita yang bagus, banyak cerita-cerita di blog yang sudah menjadi referensi perjalanan saya. Terimakasih. Kalau sempat mampir ke blog saya juga ya, http://pengenliburlagi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. Salam nak tanya..masih ada simpankah nombor telefon pak aceng di bandung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat respon... saya tak ada no hp Pak Acheng tu sbb dia dihantar terus oleh setiawantransport bukan ambil dia secara pribadi..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...