DAY 2 - PAGI
Check out awal pagi kerana risau dengan kemungkinan ada jalan yang ditutup untuk acara marathon. Kat sini jam 6 pagi keadaan sudah terang benderang. Tak sempat pun nak breakfast. Train ke Bandung berlepas pada jam 8.20 pagi, tapi voucher tiket yang dah di booking perlu ditukar sekurang-kurang sejam sebelum perjalanan.
Keluar je ke jalan utama Mangga Besar, jalan sudah mulai macet. Kami cakap kat supir yang kami perlu sampai di stesyen Gambir sebelum jam 7 pagi. Jadi dengan kecekapannya mencari jalan pintas yang berbelit-belit, akhirnya kami sampai tepat pada masanya.
Check out awal pagi kerana risau dengan kemungkinan ada jalan yang ditutup untuk acara marathon. Kat sini jam 6 pagi keadaan sudah terang benderang. Tak sempat pun nak breakfast. Train ke Bandung berlepas pada jam 8.20 pagi, tapi voucher tiket yang dah di booking perlu ditukar sekurang-kurang sejam sebelum perjalanan.
Keluar je ke jalan utama Mangga Besar, jalan sudah mulai macet. Kami cakap kat supir yang kami perlu sampai di stesyen Gambir sebelum jam 7 pagi. Jadi dengan kecekapannya mencari jalan pintas yang berbelit-belit, akhirnya kami sampai tepat pada masanya.
Inilah rupa tiket yang ditukarkan dengan voucher yang di booking secara online.
Keadaan di dalam stesyen pagi itu agak lengang.
Kereta api Argo Parahyangan ke Bandung berlepas melalui laluan 1.
Bagasi yang terpaksa diangkut.
Bersarapan pagi di sini.
Koc kelas eksekutif
Majalah REL seperti dalam penerbangan AA. Tempahan makanan dan minuman juga boleh dibuat.
Perjalanan mengambil masa hampir tiga jam.
Dalam perjalanan kereta api ini akan berhenti di dua stesyen iaitu di Jatinegara dan Bekasi untuk mengambil penumpang. Selepas dari Bekasi barulah pemandangan nampak agak menarik kerana melalui kawasan kampung. Pemandangan sebelumnya memang amat tidak sesuai untuk menjamu mata kerana melalui kawasan perumahan padat dan keadaan yang tidak begitu teratur.
Grand Canyon?
Jakarta Bandung Highway.
Sampai di stesyen kereta api Bandung mengikut jangka waktu yang ditetapkan. Kereta api agak penuh pada hari itu tetapi tidak ramai pelancong luar yang menggunakan perkhidmatan ini. Secara keseluruhannya perjalanan agak selesa dan memuaskan.
Stesyen kereta api Bandung. Platform penumpangnya agak sempit.
Dari sini kami terus ambil teksi untuk ke hotel yang di booking untuk tempoh tiga malam. Hotel ini terletak di atas kompleks beli belah Festival City Link di Jalan Peta. Suka dengan kedudukan hotel ini kerana senang nak makan dan ada hypermarket di bahagian LGFnya.
Festival City Link Mall
Sampai di hotel masih belum boleh check in lagi. Jadi kami tinggalkan beg di hotel dan terus mencari medan selera di dalam kompleks untuk makan tengah hari. Medan seleranya agak luas dan terletak di aras tiga kompleks ini.
Ayam penyet, lunch kami tengah hari tu.
Selepas lunch dan meronda-ronda dalam kompleks barulah dapat check in. Melepak sekejap kat bilik sebelum meneruskan misi pada sebelah petangnya. Sangat best wifi kat hotel ini sebab boleh di akses dari bilik saja.
Warna ceria Pop hotel
Kemudahan di dalam bilik. Siap ada day bed lagi.
wah menarik nih...saya pun booking hotel POP ni juga...hjg bulan 12 nanti nak ke sana...tak sabarnya!
ReplyDeleteWah DJ nak ke Bandung lagi... Saya suka lokasi hotel ni w'pun bukan berbintang2 tapi dekat dengan banyak kemudahan...
Deletehaah..insyaAllah kali ni pi nak bawak parents plak...saje jalan2 carik makan dan shopping sikit...hehehe ye la, hotel ni saya baca review dlm mall kan?ke sebelah mall...so sgt mudah la...hehe
DeleteHaah hotel ni dalam kawasan mall... Barang2 kat hypermarket tu pulak murah2.. kat Watson pun camtu... memang berbaloi2...
DeleteTeringin juga melihat pemandangan ke Bekasi yang Mie katakan sesak padat itu. Bagaimana rupanya?
ReplyDeleteTeringin juga nak naik keretapi di Tanah Jawa suatu hari nanti.
Biasalah kalau di sepanjang jalan kereta api terutamanya di dalam kawasan bandar, banyak rumah setinggan dan keadaanya tidak teratur. Sampah sarap tak usah cakaplah, memang pemandangan biasa lebih2 lagi kalau duduk tepi tingkap...
DeleteBolehlah NA mencubanya satu hari nanti...
cantik pemandangannya :)
ReplyDeletex penah gi bandung.. boleh masuk dlm list ni
Pemandangan agak cantik selepas melepasi kawasan bandar je Irfa... OK pergi jangan tak pergi... macam best je, macam cantik je... hehe
Deletelama juga..3jam baru sampai tapi koc eksekutifnya nampak selesa..
ReplyDeleteHaah nohas, agak lama juga nak sampai tapi perjalanan smooth je... boleh cuba nanti...
Deletewahh cantik la sawah padi tu..sejuk mata memandang. Train tu bersih x mie??
ReplyDeleteScenery agak cantik di pertengahan perjalanan... Train tu bersih dan agak selesa...
Deletewah..cantik giler view..mcm jarang je org naik train g bandung..pasni leh la try, cm mudah je
ReplyDeleteHaah yayan, kalau guna kamera canggih tentu fotonya lebih cantik... bolehlah YR mencuba nanti... sbb mcm cantik je... mcm mudah je... hehe
Deletekalau pakai kamera henpon pun boleh jadi cantik klu sememangnya tempat dah cantik..hehe..editing tu penting..:)
DeleteEditing pun fail... hehe
Deletecam mnrik je hotel.. jauh x ngan tmpt2 shopping tu? hehehe..
ReplyDeleteTempat shopping? Hotel tu je dah dalam shopping complex. Kalau ke Jalan Cibaduyut memang dekat, boleh naik angkut je dari depan hotel. Tempat-tempat lain kena cari supir atau naik teksi... sbb tempat shopping kat Bandung ni bertaburan lokasinya...
DeleteNak supir, masuk je http://www.setiawantransport.com
Waa best best Mie...bila lah ada tiket murah lagi ni ye
ReplyDeleteOffer AA free seat tu masih ada lagi... apa lagi Nekcik sambarlah...
DeleteNaik keretapi ke bandung agak lama juga tapi pemandangannya cantik. Ikut highway lagi cepat. Sedapnya ayam penyet tu .
ReplyDeleteBolehlah en Din mencuba cara saya tu... memang lambat sikit tapi pemandangan memang cantik...
DeleteKami tersalah pilih time naik keratapi dr jakarta ke bandung... pukul 3... kami terlupa kat sana awal sejam... so tak dapat tgok full pemandangan... huhu
ReplyDeleteTapi kalau jam 3 kan masih terang walau beza sejam... mungkin cuaca kurang baik agaknya. Takpe ada alasan untuk mengulang lagi ke sana ... :)
Deletewah, recoment banget hotelnya
ReplyDeletetumpang tanya, macam mana nak book tiket tren online tu?
ReplyDeleteBoleh booking tiketnya di sini ----> https://www.tiket.com/kereta-api
Delete