Sengaja kami ambil penerbangan terakhir ke Jakarta supaya senang orang nak menghantar ke LCCT. Sampai di Lapangan Terbang Sukarno Hatta Terminal 3 sudah menghampiri jam 12.00 tengah malam waktu Indonesia Barat. Keluar dari airport terus ke perhentian teksi, tapi yang menunggu agak ramai. Jadi kami ambil kenderaan persendirian yang memang sedia menunggu. Selepas nego, caj yang dikenakan ialah Rp250K. OK lah tu, lagipun dah lewat malam.
Sampai di hotel Wow di kawasan Mangga Besar terus check in . Gitu gini kami tidur hampir jam 2.00 pagi. Di sini waktu subuh lebih kurang jam 4.15 pagi. Jadi selepas selesai solat kami sambung tidur hingga hampir pukul 9.00 pagi. Pasal hotel ni, memang saya tak rekomen untuk tinggal di sini. Hotelnya agak baru dan cantik tapi tidak ada tingkap. Lif pun tak ada. Pastu kena duduk tingkat lima. Ambik kau.
DAY 1
Sebelum meneruskan misi untuk hari ini kami singgah bersarapan dulu di warung berhampiran hotel. Hotel yang kononnya wow tu tidak menyediakan sarapan pagi. Kami order soto bersama nasi yang dikongsikan berdua, kerana bahagiannya agak besar. Soto di sini di campur santan tidak seperti di tempat kita.
Berbeza dengan soto kita, tapi sedap.
SEAWORLD DAN MONAS
Kami memang tak ada apa-apa perancangan tertentu masa di Jakarta. Jadi hari tu kami cuma ke SeaWorld yang terletak di Ancol dan juga ke Monas. Untuk masuk ke kawasan Ancol saja sudah dikenakan bayaran. Itu belum lagi bayaran tiket untuk masuk ke sesuatu tempat seperti SeaWorld ini iaitu sebanyak Rp70K seorang.
Kami memang tak ada apa-apa perancangan tertentu masa di Jakarta. Jadi hari tu kami cuma ke SeaWorld yang terletak di Ancol dan juga ke Monas. Untuk masuk ke kawasan Ancol saja sudah dikenakan bayaran. Itu belum lagi bayaran tiket untuk masuk ke sesuatu tempat seperti SeaWorld ini iaitu sebanyak Rp70K seorang.
Rasanya tak payahlah cerita pasal SeaWorld ni kerana keadaannya hampir serupa kalau pasal akuarium.
Lebih dua jam jugalah kami menghabiskan masa di dalam kawasan SeaWorld ni. Keluar dari SeaWorld kami lunch kat Restoran Hungry Town. Rasanya restoran fast food ni belum ada di tempat kita. Dari sini kami terus menuju ke Monas dengan teksi. Apa yang best kat Jakarta ni teksinya kebanyakannya berkeadaan baik kerana menurut pemandunya teksi diganti baru setiap lima tahun. Negara kita patut mencontohi polisi syarikat di Indonesia.
Inilah teksi yang kami ambil. Toyota Vios terbaru dijadikan teksi di sini.
Sampai di Monas orang agak ramai
masa tu terutama peniaga kerana keesokan
harinya di adakan marathon yang bermula dan
berakhir di sini. Mengikut kata pemandu teksi,
banyak jalan yang akan ditutup sempena marathon ini.
Risau juga rasanya kerana kami perlu sampai
di stesyen kereta api Gambir agak awal pagi. Lagipun stesyen Gambir tidak
begitu jauh jaraknya dari kawasan Monas.
Tugu Monas dari sisi yang berlainan.
Kalau nak membeli souvenir Jakarta, di sini tempat paling sesuai. Banyak pilihan dan harganya sangat murah. Lima helai T-Shirt boleh dapat Rp100K.
Pemandangan sekitar Monas
Pemandangan sekitar Monas
Warung - Pemandangan biasa di Jakarta.
Patung ni sebenarnya akan ada orang di dalamnya dan bergerak ke sana sini. Jika mahu mengambil foto dikenakan sedikit bayaran. Tapi masa tu dia orang berehat agaknya.
Tak tahu apa jenis makanan ini.
Malam tu kami keluar makan di Plaza Lokasari berhampiran hotel penginapan. Sampai di sini kami terus masuk ke Restoran Solaria. Rupanya makanan di sini lebih kepada western food dan tidak ada makanan tradisional. Tapi tak apalah kerana minuman kesukaan kami bila ke Indonesia ada di sini.
Jus alpukat @ avocado.
Itulah antara aktiviti hari pertama kami di Jakarta. Malam tu terpaksa pack balik beg untuk trip keesokan harinya ke Bandung.
berbaloi kalo travel ke indonesia skang sbb duit tgh murahkan.. 1juta boleh dpt less than RM300 je skang.
ReplyDeleteHaa HF memang berbaloi2 kalau pergi waktu ni...jutawan rupiah gitu...
DeleteSaya pernah ke Menara Monas tu... tapi tak masuk dalam pun, tapi tak jumpa pulak patung2 tu, mkin sekarang baru ada kot, saya ke Jakarta masa tahun 2007
ReplyDeleteDulu masa first tme sampai monas ada naik, tapi tidak kali ini.. Patung2 tu pun baru lagi rasanya...
Deleteasalam Mie..wah takut dengar bunyi nya..ketoprak..mcm tengkorak!!
ReplyDeleteWaa seronok dapat jadi billion air ni...
my peberet jugak tu..avokat!
Wsalam Nekcik,.. macam pelik je nama makanan tu tapi mana tau sedap rasanya...
DeleteKat negara orang merasalah jadi jutawan... hehe
Kenapa jus alpukat tu tak ada kat tempat kita???
1. Kalau mcm tu Hotel WOW perlu tukar ke nama lain...Wau Bulan ke...
ReplyDelete2. Aha...siapakan gerang gadis yang COMEI itueww
3.Keropok lekor ketoprak..eee..tak berani nk mkn...
4. Ala..sehari je kat Jakarta...tak membeli belah ke kat Mangga 3 tu..
1. Kita tukar nama hotel tu kpd hotel Hawow... amacam,,
Delete2. Anak buah... kira mcm model utk trip kali ini
3. Entahlah JM,tak tau pulok apa jenis makanan tu...
4. Haah sehari je...mmg tak nyoping kat sana...
He he he lawak le Jari Manis...WOW jadi Wau Bule...
DeleteHa ha ha Mie lagi lawak...terus jadi Hawow kau!
Saya cuma dengar Tugu Monas dalam lagu je...
Ketoprak tu sejenis persembahan tradisional Jawa, kalau tak silap saya.
Toyota memang banyak di jalanraya sana.
Assalam NA, hotel tu memang tak wow langsung... Kalau kat tempat kita dikategorikan hotel bajet, tapi di sana dipanggil kelas 'melati'...
DeleteKetoprak tu mungkin nama warung tu je...
Prof NA..JM pun tergelak BESOR bila baca komen ni hehehheee
Deletebelum pernah ke Jakarta..jus alpukat dan teh botol memang murah di Indonesia..minuman rasmi jika ke seberang..
ReplyDeleteArini AA ada offer, bolehlah menyambar... hehe. Haah jus alpukat tu... macam sedap je,,, macam best je... hehe
DeleteMy favorite drink...jus alpukat mesti minum kalau ke sana
DeleteWah ramai yg suka jus alpukat ni, kena buka satu cawangan kat sini nampaknya...
DeleteJom kita buka franchise :D
Deletememangnya tidak ada jus alpukat di malaysia? banyak teman saya dari malaysia suka sangat teh botal, sayapun orang indo, tak suka sebab agak kelak
DeleteJus alpukat ada tapi di restoran makanan Indonesia. Saya suka sekali minum teh botol lebih lagi kalau ada ais...nyaman sekali...
DeleteTeh botol sudah ada di Malaysia tapi sudah dikotakkan...
Macam best je kan hotel wow tu... nampak kad tu je dah eksaited.
ReplyDeleteJanggel, tang kunci je yang canggih... lelainnya macam hawau je.. kihkih..
Deletemasa sy pegi patung2 tuh xde pun...huaaaaaaa. Kalu x boleh gak bergambar...huhuhu
ReplyDeletewah ada chance nak mengulang lagi... JB - CGK flight pun dah ada, lagilah sonang... hehe
DeleteSy xpernah lagi ke jakarta....
ReplyDeleteLawak la en.mie bg nama hawow hotel...sure teruk gitewww..
Satu hari sampailah ke JKT tu Cik Ta... Kiranya sedang menghitung hari nak ke Australia lah ni...
DeleteHotel tu biliknya OK, bersih dan baru, tapi tu la takde tingkap dan lif je...
Wah PLM best jgk view jakarta. ingat nak repeat balik trip jakarta. dulu pergi tak pusing habis. stylo mylo jugak PLM ni. hehehe
ReplyDeleteSebenarnya banyak lagi tempat menarik kat Jakarta ni Farel, cuma kami lebih nak ke Bandung...tu yang jln2 lebih kurang je...
Deleterindunya jus alpukat! kat sini tak sama macam kat sana
ReplyDeleteketupat sayur ketoprak haiyoh dengar nama pun macam dah gerun...apa agaknya rupa makanan tu
Oo kat sini pun ada ke... tak pernah jumpa. Tu lah MS nama makanan tu nampak macam ngeri je.. macam pelik je... kihkh...
DeleteSdg membayangkan rasa jus avokado...camne ya.. :)
ReplyDeleteUjie, rasanya lemak manis dan ada di tambah perisa coklat.. sekali sedut sedapnya sampai ke otak terus... hehe
DeleteMie..
ReplyDelete1 ari leh cover semua tmpt menarik kat jakarta ye?? ritu mie tukar rupiah ratenya beapa ek??
Zila, mana boleh cover dlm sehari, banyak tempat lagi boleh pergi. Masa tu sejuta rupiah cuma RM290 je, berbsloi-baloi...
Deleteoooo...1 lg soklan..naik cab tu agak2 rate mcm kt mesia x? tq
ReplyDeleteRatenya ada yg naik je caj rp7K dan 9K - about rm2 dan rm3 je. Pastu naik sikit2. Tapi overall mcm kat tmpt kita juga. Takla mahal sgt. Ambil teksi bermeter saja ok.
Deletebest betul kalo ke Indon ni sebab makanannya la...sedap betul makanan Sunda nih...sy kurang gemar jus alpukat...tp kalo teh botol, memang enak banget! =D
ReplyDeleteSetuju dgn DJ, makanan kat Bandung sedap dan murah... tapi saya pulak tak suka teh botol tu... hehe
Deletethakyu...sudah ke indo, gua orang indonesia jadi ketoprak tu ada campuran lontong, campur tahu tauge kacang gitu deh, tapi rasanya enak dan sedap, ditambah kerupuk... itu makanan khas melayu betawi... jakartakan suku asli betawi, jdi banyak makanan orng2 betawi..patung tu namanya ondel ondel khas betawi
ReplyDeleteTQVM for the info... baru saya faham.
DeleteJakarta akan mjadi trip ulangan saya.... Pahitnya avocado tu
ReplyDeleteWah nak pergi lagi... bila tu? Jus avokado tu sedap sangat... tak pahit langsung en Din...
Delete