Thursday, November 21, 2013

Jakarta Bandung Pt 3 - Jalan Cibaduyut

DAY 2 - PETANG

Petang tu kami cuma bercadang untuk ke Jalan Cibaduyut saja kerana kedudukannya agak hampir dengan hotel.  Jalan Cibaduyut merupakan pusat  jualan barangan dari kulit di kota Bandung ini.


Untuk ke Jalan Cibaduyut dari sini, boleh je ambil teksi atau angkut. Kebetulan masa kami menunggu teksi ada sebuah angkut yang kosong menawarkan kami trip terus ke Cibaduyut. Caj yang dikenakan cuma Rp5K seorang. Sangat murah tu.


 Grutty, antara kedai yang terbesar di sini. Kami tidak membeli di sini tapi pergi ke kedai yang lebih kecil kerana lebih mudah untuk tawar menawar.

Suasana di Jalan Cibaduyut.

Dapat apa yang di hajatkan sebelum sampai ke sini, jaket kulit.

Lokasi pertama kami di sini ialah kedai jaket kulit. Untuk jaket kulit ni, bagi yang berbadan besar memang susah nak dapat saiznya. Tapi boleh buat tempahan yang dapat disiapkan dalam tempoh sehari, cuma bayarannya lebih tinggi sikit. Ada beberapa jenis kulit yang digunakan. Jika mahu kulit yang lembut pilih saja yang dibuat dari kulit biri-biri. Jika kulit lembu ianya agak keras sikit.

Selesai di kedai jaket, masuk pula ke kedai kasut. Kat sinilah paling lama kami menghabiskan masa. Walaupun kasut kat sini bukanlah branded tapi kalau pandai memilih boleh je dapat kasut yang bagus. Akhirnya lima pasang kasut berjaya dirembat. Sempat juga membeli beberapa dompet kulit buat mereka yang tidak dapat menyertai trip kali ini.

Sebahagian hasil rampasan pada petang tu.

Punyalah asyik kat kedai kasut tu, sedar-sedar hari dah gelap. Waktu balik ke hotel, kami naik angkut juga. Walaupun laluannya tidak sama seperti waktu pergi tapi angkut tu tetap lalu di hadapan hotel penginapan kami. Cuma ambil masa lebih sedikit. Untuk berhenti, jerit saja 'kiri.. kiri'.

Ada dua hotel yang terletak di dalam kompleks Festival City Link Mall ini, Pop Hotel dan Harris Hotel.


Sampai di Festival City Mall orang agak ramai masa tu. Rupanya penyanyi popular Rossa sedang membuat persembahan. Sempatlah juga kami menyibuk sekejap kat situ.


Sebelum naik ke hotel kami singgah makan dulu di food court di tingkat tiga. Malas nak ulang turun bila dah sampai ke bilik. Kali  ini kami makan di Bay Leave Corner, sebuah stall makanan khas Sunda. Kami pesan nasi liwet. Apa yang dapat diperhatikan tentang makanan Sunda ni ialah lauknya lebih kurang sama saja, cuma nasinya yang agak berlainan. Tahu dengan tempe mesti ada.

Set nasi liwet (sila sebut betul-betul)


Selesai makan, sempat singgah di Lotte Mart yang terletak di LGF. Minuman pocari sweat tu, memang minuman wajib untuk dibawa berjalan kalau di Indonesia. Sedap dan tidak bergas macam minuman tenaga yang lain. Kopi kopiko tu pulak memang sangat sedap... merangsang otak gitu. Pop mie buat alas perut bila malam-malam nanti. Kebanyakan barang-barang kat sini memang agak murah dan berbaloi-baloi untuk dibeli. Bukan barangan makanan saja, barangan lain pun murah juga. 

Ok... end of day 2. Esok kami nak ke Lembang... tapi ada sesuatu yang mengecewakan...

28 comments:

  1. Memang seronok shopping kat Bandung..makanan Sunda lagi sedap dari nasi padang..

    Air mineral tu nasib baik Ron88, bukan Ron95..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... Untuk makanan saya lebih suka nasi padang, lebih variety...

      Sebab Ron95 lebih mahal, tu yang hotel cuma bagi Ron88 je...

      Delete
  2. Mesti murah kan jeket kulit tu? Macam best je. Heheh
    Nasik liwet tu terbaik lah! Teringin pulak nak makan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang murah Janggel kalau nak dibandingkan dengan di tempat kita... kurang setengah harga tu...

      Nasi kat sana cuama nasinya yang berbeza, lauk lebih kurang je... nasi ayam penyet ke... nasi timbel ke... lauk hamper sama...

      Delete
  3. Entry di mulai dengan gambar yg comei hikss
    Cantik jaket tapi TOPI KOBOI tu sekadar utk berposing tau si HERO tu beli sekali
    Byk betul borong nya..kenapa perlu jerit kiri2...kalau kita jerit kanan2..apa reaksi driver tu heee

    Ada sesuatu yang mengecewakan di Lembang..harus di tggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Model trip kali ini... uhuk.. berbayar tau..
      Cuma sambar jaket je JM...
      Beli sekadar termampu je.. kat sana barang2 tak semahal macam kat Ostolia tu...
      Kalau jerit kanan.. kanan, mungkin diaorang terus bawak balik ke rumah... kihkih

      Haah... kecewa kali kedua ni...

      Delete
  4. wah nie dah dikira untung dalam holiday sempat gak terserempak artis fofular indo buat persembahan!
    MS suker dengan masakan sunda compare dengan masakan padang...
    manis sungguh orangnya dalam gambar 1st tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan je kami menginap kat hotel dalam mall tu... kalau tempat lain, memang tak jumpa...
      Saya lebih suka nasi padang
      Tu model berbayar trip kami kali ini...

      Delete
  5. wah jumpa Rossa...saya selalu berangan nak jumpa artis Indon yang femes kalo ke sana...tp smpai sekarang tak jumpa...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ akan menginap tempat yang sama kan Disember ni... Kalau nasib baik mungkin boleh jumpa yg lebih gempak... Alah, kebetulan je tu sebenarnya...

      Delete
  6. lawa nampak jaket tu. lebih baik kalo dapat sharekan harga untuk sehelai jaket kulit mcm tu. mana tau mampu nak beli nanti kalo pegi bandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah HF, buatannya agak kemas.. Harga ikut saiz dan design tapi dalam lingkungan Rp700K keatas je(RM200). Murah kan, kalau compare kat tempat kita...

      Delete
    2. murah sangat tu. kalo customade pulak harga brape?

      Delete
    3. Ikut tempoh juga, kalau nak cepat lagi mahal, tapi memang sejuta rupiah lebih la...

      Delete
  7. Wah bestnya dapat tengok Rossa buat show. Dia nyanyi lagu apa malam tu?

    Banyaknya hasil rampasan :)

    Oh macam tu rupanya Nasi Liwet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je shownya NA...lupa pulak lagu apa, tapi lagu duet... dan lagu PUDAR yang fofular tu...

      Tu cuma sebahagian hasil rampasan, ada banyak lagi... ceh ceh..

      Haah lauk seakan sama dengan ayam penyet, nasi timbel.. cuma ada ikan masin je..

      Delete
  8. amboihhh... mcm koboi dah tgk yg pakai baju kulit tu. sakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koboi jadian je... Jari Masam ni sedara dengan Jari Manis ke.. ehem...ehem...

      Delete
  9. Tengok org lain p cibaduyut macam menarik..tapi slalu bila plan nak p ja mst cancel sbb nak repeat kt Pasar Baru...eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah BE, ini boleh dijadikan alasan untuk ke Bandung lagi... hehe. Rugi wo kalau tak ke sana, sebab barangan kulit memang murah kat situ..

      Delete
  10. Wah nampak elegans je jaket kulit tu. dulu pergi tak beli pun. rasa menyesal lak bile dah balik. cibaduyut tu mmg best kalau nak shopping barangan kulit. rase nak pergi lagi la bile baca post PLM ni. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jangan tak pergi Farel... Esok AA ada offer tu, apa lagi sambarlah mana-mana yang patut... Jaket kulit kat sana memang murah banget...

      Delete
    2. dah sambar pun satu. pagi tadi. ni duk menunggu lagi satu. tgh malam ni. pitammmm hehehe

      Delete
    3. Mana cukup dua je, sekurang2nya mesti ada empat baru best... tapi pengsan nak menabung tu... hehe

      Delete
  11. mak aiii.... sedap nampak nasik liwet... terliur aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah SJ merasa bila ke sana nanti... kat sini pun ada rasanya, tapi kena cari kat restoran Indonesia...

      Delete
  12. Waduh waduh pak.nyopink sakkan...iyolah jutaan katakn..he..he
    Gatal kaki dah ni bca entri Mie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merasalah jadi jutawan kat negara orang...

      Kita serupa..selagi sihat ni memang rasa nak berjalan je kan Nekcik...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...