Tuesday, June 25, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 8 - Gwanghwamun dan Insadong

Hari ini hari Selasa dan sudah maklum yang Gyungbokgung memang ditutup pada hari tersebut. Tapi kami saja-saja jalan ke sini untuk mengambil foto sebab kalau nak ke sini pada hari terakhir esoknya kami di Seoul memang tak sempat. 

Gwanghwamun gate of Gyeongbokgung palace.

Pintu masuk Gyeongbokgung di bahagian sisi.


Gwanghwamun gate ini sebenarnya telah mengalami banyak kerosakan akibat perang dan binaan asalnya ialah daripada kayu. Ia dibuka semula sepenuhnya untuk lawatan orang ramai pada tahun 2010 setelah mengalami banyak kerja baikpulih dan penambaikan. Maknanya pintu gerbang ini bukanlah yang asal sebab tu nampak macam baru.

Bangunan berhampiran kawasan ini.
Dataran Gwanghwamun di bahagian belakang.

Jalan menuju ke Insadong.

Dari sini kami menapak menuju ke Insadong yang terletak berhampiran stesyen subway Anguk. Jarak tak begitu jauh cuma lebih kurang  1km saja. Cuaca pun agak berangin dan memang selesa kalau berjalan. Sampai di sini waktu tengah hari dan orang pun tidak begitu ramai.
Insadong landmark, paintbrush sculpture.

Entahlah mungkin sampai di sini pada waktu yang kurang sesuai, jadi rasa macam tak happening langsung. Kawasan ini lebih merupakan tempat jualan barang-barang antik dan hasil seni selain ada juga kedai cenderamata. Barangan cenderamata rasanya lebih murah harganya di sini berbanding di Namdaemun cuma kedainya tidak banyak. Tawar lebihkurang sudah boleh dapat harga yang dikehendaki terutamanya T-shirt.

Suasana di sekitar Insadong.

Antara kedai souvenir di sini.

Pusat informasi bergerak.

Jalan ini agak panjang dan kami tidak sampai hingga penghujungnya. Di sini ada juga pembantu pelancong yang merupakan pusat informasi bergerak. Senang di kenali dengan uniform yang dipakainya. Kami dapatkan peta dari mereka dan bertanya arah untuk ke Bukchon Hanok Village. Sakan dia menerangkan, tapi selepas tu semuanya malas nak ke sana. Ajak naik teksi pun tak mahu. Alasannya rumah-rumah tu sama je lebih kurang macam binaan kat gate tu. Akhirnya kami menuju ke Namdaemun lagi untuk sesi menghabiskan won di situ.

19 comments:

  1. Bagusnya...ada pusat info bergerak tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang bagus. Kat mana-mana tumpuan pelancong di sana, ada je mereka ni...

      Delete
  2. Replies
    1. Sarah bila-bila pun boleh pergi ke sana. Tapi carilah yang bukan musim panas, baru nyaman dan selesa...

      Delete
  3. memang tak alert langsung yang ari selasa gyeongbukgong ni tutup, main buat je itinerary ritu, nasib baik perginya time bukak, pasni kena check betul-betul kalau nak ke sesuatu tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Orga, dapat info pun last minute, jadi kenalah pergi juga sebab tempat ni antara main attraction kat Seoul ni...

      Delete
  4. cantik ciri bangunan pic atas tuh..klasik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik CT sebab ianya dibina semula dengan mengekalkan bentuk asalnya...

      Delete
  5. Souvenirs kat Insadong lebih murah..rugi tak pergi, asyik pergi Namdaemun saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nohas memang lebih murah terutamanya T shirt. Tapi tu la, Insadong ni agak kurang happening sbb tu orang malas nak ke sana...

      Delete
  6. bestnya

    aduh aktiviti melancong saya semakin pudar kerana sukan. ini yg nk melancong kembali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP, sesekali kenalah pergi bercuti, terapi jiwa katanya...

      Aktiviti sukan pun bagus juga...

      Delete
  7. Pusat infomasi bergerak tu mmg banyak terdapat di negara2 maju... kat sini je jarang nak ada kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak bergerak pun tak banyak, apa lagi yang bergerak... memang susah nak jumpa.

      Delete
  8. Lengang jek jln kat insadong time En Mie dtg..tak beli apa2 sobiner ke..mana tahu ada satu tuk JM heeee...verangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak lengang, mungkin sebab bukan hujung minggu. Sobiner tu ada baki, tapi mungkin sama dengan yg JM beli jugak masa ke sana...

      Delete
  9. Bagus betul ada pusat informasi bergerak tu. Mudah utk tourist...Agaknya semua negara maju memang ada macam tu !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menyenangkan dan amat membantu... Tempat kita pun patut ada terutama di kawasan tumpuan pelancong spt Bukit Bintang...

      Delete
  10. Best pergi ke bukchon hanok village.., mie kena ulang sekali lagi.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...