Hampir jam tiga petang baru dapat check in bilik. Lepas buat apa yang patut gitu gini, kami keluar semula pada jam hampir 4.00 petang untuk ke Mount Seorak. Senang je hendak ke sana sebab tempat menunggu bas tidak jauh dari simpang masuk ke hostel. Kami ambil bas 7-1 dengan tambang 1100 won seorang. Tak perlu risau mana nak berhenti kerana bas tu berakhir kat kawasan parkir Mount Seorak.
On the way
Hotel-hotel berhampiran Mount Seorak
Hanya beberapa orang penumpang tempatan dan kami berempat yang tiba di sini.
Tiket masuk 3500 won seorang.
Maskot tempat ini.
Berkabus dan tak nampak langsung puncak Mount Seorak.
Setelah berbincang sesama sendiri, kami ambil keputusan tidak jadi untuk naik cable car untuk ke puncak. Rasanya tak berbaloi kalau naik pun dengan cuaca yang sebegitu. Lagipun macam dah tak ada orang sangat yang menunggu untuk naik. Pastu ternampak notis, kalau cuaca bertambah buruk, cable car tidak akan naik ke atas untuk mengambil penumpang dan terpaksa turun sendiri mengikut trek yang ada. Lagilah cuak dibuatnya.
Cable car Mount Seorak 9K won seorang.
Jadi aktiviti kami petang itu cuma meronda-ronda kawasan bawah saja. Memang agak bosan, lebih-lebih lagi orang pun dah tak ramai walaupun hari itu adalah hari Ahad. Mungkin musim panas adalah waktu yang kurang menarik untuk melawat ke sini.
Cafe ini terletak agak jauh ke dalam.
Sungai ni nampak dipenuhi batu tapi sebenarnya ada air mengalir di celah-celahnya.
Goodbye... Ada masa dan rezeki boleh jumpa lagi di musim yang lain.
Cantik tempat ni. Sangat mesra alam. Terasa kesejukan cuacanya. Hotel-hotel tu nampak macam di negara Barat.
ReplyDeleteA'a prof..mcm kat europe pun ada..
DeleteSaya pun terperasan yg hotel kat siti macam style western... Tempat ni memang cantik tapi tentu lebih cantik kalau musim lain kecuali musim panas...
Deletetime ni pun still berkabus lagi ye mie, padahal dah waktu petang dah kot ke sini...
ReplyDeleteTu lah Orga, sangat rugi ke sana di waktu dan musim yang salah. Tapi alhamdulillah sampai juga ke sana...
DeleteDi bawah pun cantik juga scenery...
ReplyDeleteMemang cantik sebab dijaga rapi. Begitulah kalau negara maju...
Deletehmmm..kalau mcm ni mmg tidak sesuai kalau nk ke mount sorak tu on Spring season (Late Mac - Late May) dan Summer (Last Jun - Early Sept)..so JM nk pilih best season Autumn (Last Sept - Nov) :-)
ReplyDeleteHaah JM, saya rasa masa yang paling baik untuk ke siana ialah autumn...
DeleteBest...best!....saya gi sini bulan april tahun ni...perghhh sejuk giler dalam 5 deg C jer hehehe...sisa2 snow pun masih ada lagi. Tak naik cable car sampai atas? lepas naik cable car saya jalan lagi sampai kat puncak ambik gambor2
ReplyDelete....kenangan manis!
Best kan dapat naik ke atas... Masa saya ke sana cuaca tidak begitu baik jadi rasa tak berbalui kalau naik ke atas... Tapi suhu masih agak nyaman lagi...
DeleteDulu saya ke sini musim sejuk....
ReplyDelete