Friday, June 28, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 9 - Banpo Bridge Fountain

Selepas selesai meronda di kawasan Namdaemun, kami balik semula ke hostel untuk berehat sekejap kerana pada petangnya kami nak ke Banpo Hangang Park yang terletak di tepi sungai Han. Kami ke sini untuk melihat air pancut antara yang terpanjang di dunia iaitu sejauh lebih satu kilometer yang di pasang di jambatan Banpo.

Untuk sampai ke sini, ambil subway line 3 ke stesyen Express Bus Terminal dan keluar melalui exit 8-1.

Dari exit 8-1 tadi terus jalan hingga berjumpa simpang dan signboard seperti di atas.

Lintas jalan dan ikut laluan pejalan kaki di bahagian bawah yang membawa terus ke Hangang Park.

Sampai di sini hampir jam 7.00 malam.

Info :  Floating Island

Sunset di Banpo Hangang park.

Jambatan Banpo di sungai Han.

Jurugambar memenuhi bahagian tebing. Kebanyakan penonton hanya duduk di tangga.

Selain berada di sini, cara lain untuk melihat fountain ini ialah dengan menaiki cruise berhampiran stesyen subway Yeouinaru di line 5. Boleh Nampak cruise tu dalam foto di atas. Harga tambangnya 11K won seorang. Cruise ini bertolak mengikut waktu yang ditetapkan. Jadi sesiapa yang mahu menggunakan cruise ini kenalah pastikan waktunya supaya tidak terlepas.

Pertunjukan dimulakan pada jam lapan malam.


Air pancut bergerak mengikut muzik yang dimainkan.

18 comments:

  1. Ohh luasnya coverage Mie..mmg bnyak tmpat nekcik tak sampai lagi nii....

    ReplyDelete
  2. Cantiknya..rainbow bridge..dah sampai stesen Express Bus Terminal ni dari Cheongdam, tapi tak langsung ke sini sebab tak tahu tempat ni (tak habis study)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak cover semua memang kena stay kurang2 dua minggu kat sana. Ada juga tempat yag nohas pergi, saya tak dapat pergi...

      Delete
  3. mcm mana rupanya air pancut bergerak ikut muzik ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie, dulu ada kat Mines Wonderland, Seri Kembangan. Tapi tempat ty dah tutup rasanya...

      Delete
  4. cantik..mmg kreatif lah dorang ni..kalau kat msia ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik JM, kalau ambil gambar dari sudut lain tentu lebih cantik. Kat Malaysia? Di KLCC tu berirama juga tapi tak ikut muzik rasanya...

      Delete
  5. Rindunya Korea...teringat masa muda,bila pulak nak bawak family pergi sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Muhammad pernah duduk Korea ke... Boleh je bawa keluarga nanti bila cuti sekolah. Tapi bila cuti ni kekadang tiket offer susah nak dapat...

      Delete
    2. Pernah sampai masa bujang dulu..lebih 13 tahun dah...rasa nak pergi lagi lepas baca blog u ni.

      Delete
    3. Wah, En Muhammad nak menghimbau kenangan lalu lah ni... hehe

      Delete
  6. Ohh ni fountain tu ye....? Lawa..cruise yg ni naik di dock mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami naik subway dan sambung dengan berjalan...

      Kalau naik cruise rasanya dari wharf yang sama untuk kesini iaitu di Yeouinaru, cuma ada masa yang tertentu...

      Delete
  7. study tak abis la ni, patutlah tatau pasal wujudnya banpo bridge fountain ni...cantik je tengok, ramai jugak orang dekat sini mie, tambah-tambah geng photographer. sunset pun cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah nak kata berbaloi atau tidak ke sini, sebab shownya kurang setengah jam, pastu habis. Tak tau lah kalau ada lagi selepas tu. Jalan pun boleh tahan agak jauh...

      Delete
  8. Yg ini kena pergi.., saya tak sampai lagi. Naik cruise je.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...