Wednesday, June 5, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 3 - Itaewon dan N Seoul Tower

Kami keluar semula selepas berehat dan tunaikan kewajipan. Walaupun di luar masih lagi hujan, terpaksa keluar juga kerana tak mahu ada jadual yang sudah di rancang tergendala. Destinasinya ialah Itaewon di mana terletaknya Seoul Central Mosque. Untuk ke sini perlu mengambil line subway No 6 dan keluar di pintu 3. Itaewon juga merupakan destinasi popular kepada pelancong kerana disini terdapat banyak restoran antarabangsa. Di sepanjang jalan menuju ke Masjid juga terdapat banyak kedai yang diusahakan oleh masyarakat Islam luar negara.

Kedudukan Seoul Central Mosque di Itaewon.

Pasar raya barangan halal.

Kedai kain

Kedai buku dan agensi pelancongan.

Restoran makanan Indonesia.

Masjid Seoul ini terletak di atas bukit dan jaraknya kira-kira setengah kilometer dari stesyen subway Itaewon dan jalannya sentiasa mendaki. Kenalah jalan secara relaks dan perlahan baru tak terasa penatnya.

 Di hadapan pintu gerbang

Seoul Central Mosque.

Semasa kami sampai di sini, orang agak ramai kerana ada majlis ijtima' untuk kariah masjid dari seluruh Korea. Majoritinya adalah dari keturunan Pakistan, India dan Arab. Ada juga masyarakat Malaysia dan Indonesia selain dari orang Islam Korea sendiri. Di sini jugalah bodyguard saya terjumpa dengan kawan sekolahnya yang sedang melanjutkan pelajaran di Korea. Dia baru berada di sini selama dua bulan.

Dalam perjalanan turun, hujan semakin lebat. Jadi kami ambil keputusan untuk singgah di Murree Korean Muslim Restaurant. Bolehlah makan malam sekali. Lagipun sudah menghampiri jam enam petang.

Restoran Murree, Korea Muslim Food.

Kosong je restoran ni masa kami sampai.

Banyak pilihan makanannya tapi tak tahu apa yang hendak dipesan. Jadi jalan terbaik ialah pilih saja makanan yang agak popular dan pernah didengar. Antaranya ialah bibimbap, bulgogi dan kimci egg roll. 

Macam mana nak makan bibimbap tu. Mula-mula kami makan macam makan nasi lemak, ambil lauk sikit-sikit campur nasi. Lepas tu pelayan cakap kena gaul dulu semuanya baru dimakan.  Hehe... teruknya.

Bibimbap, 8000 won semangkuk.

Bulgogi dan lauk sampingan yang standard (tak perlu pesan) kimci, taugeh dan seaweed.

Kimci egg roll

Sedap ke makanan di sini? Bolehlah hampir licin juga jadinya. Total cost hampir 80K won.

Selesai mengisi perut kami singgah di pasar raya barangan halal untuk membeli apa-apa yang patut di buat stok makanan seperti biskut, kacang, mee segera, butter, roti dan lain-lain. Nampak sangat takut kebulur, padahal banyak makanan yang boleh dimakan kat Seoul ni, asal tahu memilih.

Dari Itaewon kami menuju ke Myeongdong. Tujuannya ialah untuk ke N Seoul Tower. Walaupun hujan makin lebat dan hari mulai gelap, kami kena ikut itinerari yang telah disusun untuk ke sana. Keluar dari stesyen subway Myeongdong melalui pintu 2 dan bas mini untuk ke stesyen cable car berwarna kuning sudah sedia menunggu. Warna bas seakan warna bas sekolah dan ada logo cable car. Tak sempat ambil gambar sebab hujan dan terus masuk ke dalam bas. Perkhidmatannya adalah percuma.

Walaupun hujan, orang tetap ramai pada malam tu, mungkin disebabkan malam minggu. Akhirnya di sini payung terpaksa dibeli. Tak boleh tahan sebab hujan semakin lebat dan masing-masing kesejukan.

Berselisih dengan cable car yang turun. Round trip ticket 8000 won.

Fountain yang cantik. Kalau siang hari mungkin tak nampak secantik ini.

Gazebo, berteduh dari hujan.

 The N Seoul Tower

Bunga-bunga cinta

Pokok mangga besi. Orang yang kemaruk je buat kerja macam ni.

Lift untuk turun dari kawasan cable car.

Kami berada di atas sana lebih kurang sejam lebih saja. Pemandangan pun tak berapa jelas disebabkan hujan. Sampai di bawah cuba mencari bas yang bawa kami naik ke atas tadi. Rupanya perkhidmatan bas tamat lebih awal. Jadi kami tanya kepada ahjumma di tempat kami beli payung tadi. Dia kata gunakan lift yang terletak di sebelah kiri stesyen cable car. Kali pertama naik lift seperti ini yang operasinya seakan-akan tram dan boleh memuatkan sehingga 20 orang. Lift ini turun sampai ke jalan utama menuju ke stesyen Myeongdong. Tak adalah jauh sangat untuk sampai ke stesyen. Tapi yang penting kami tak sesat barat. Hehe...

23 comments:

  1. wah wah Mie..bikin gue rindu sama towkay Muree tu!!siap ada bulgogi lagi..waktu kami makan dulu ada briyani

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai dia pun dah lagi cantik..baik towkay dia siap bagi diskaun lagi!! Insyaallah ..satu hari nanti nak gi makan kimchi roll kat muree!! ha..ha

      Delete
    2. Hehe Nekcik, jalan jauh2 ke sana wat apa nak makan briyani. Kenalah makan korean food...

      Haah restorannya nampak macam baru diubahsuai, sbb tu nampak cantik. Nak gi lagi ke sana dg group POP pulak ke... hehe

      Delete
  2. Namsam Tower sangat cantik bila ambil gambar waktu malam..kimchi egg roll tu uummphh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foto tu cuma pakai kamera cap ayam je, kalau tak tentu lebih cantik. Kimchi egg roll tu memang sodap... umph

      Delete
  3. Salam.. ada shuttle bus dan lift mcm tram rupanya ke Namsan Tower..good info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali... Haah nohas, shuttle bus tu free je. Lift tu pulak bolehlah guna masa turunnya. Tak jauh pun dari stesyen subway Myeongdong...

      Delete
  4. Salam Mie,
    Wah nampaknya Mie pun tak ketinggalan ke Korea dan melawat tempat orang letak mangga kunci tu :). Makanan Korea tu sedap ke? Bila ke Korea ni? Lepas balik Shanghai ke? Maaf ya saya terlepas banyak entri. Saya menyepi selama 2 minggu dari dunia internet sebab saya ke tanah suci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam NA,
      Alhamdulillah baru balik dari Tanah Suci. Saya pun teringin nak ke sana lagi.

      Saya ke Korea pd pertengahan bulan Mei lalu dengan keluarga. Makanan Korea ni kena pilih, yang saya order semuanya sedap. Memang kena mencuba bila bercuti ke sana. NA bila lagi...

      Delete
  5. Suka kat Itaewon ni sebab banyak kedai makanan Halal hehe'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu... Lain kali kalau ke Korea rasanya nak stay kat kawasan ni...

      Delete
  6. Wah! bestnya....kita x pnh pegi obersea...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi CT dah sampai Paris dan London kan...

      Delete
  7. ada lift ke untuk turun mie? last operation hour tau tak? adoi...kalau tau ada lift, takdelah susah payah jalan turun tangga sesat bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Orga, di bahagian kiri stesyen cable car tu. Rasanya lift tu dibuka 24 jam...

      Delete
  8. Replies
    1. Haah, nampak fresh tapi saya tak boleh masuk... Bila Ann nak jalan jauh sikit...

      Delete
  9. Teringat kenangan silam masa muda dulu.Dah lebih 13 tahun dulu pergi,bila la pulak nak gi bawak family ni...rindu jugak bila tengok gambar-gambar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tu En Muhammad. Mungkin dah banyak perubahannya berbanding dulu. Nami Island masa tu pun belum popular lagi rasanya. Nampaknya satu hari nanti kenalah En Muhammad mengulang ke sana bersama family pulak...

      Delete
  10. Dulu JM pun mkn kt murree restoran ni :-) mmg femes d kalangan tourist from msia :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang kalau ke sana sekurang-kurangnya sekali mesti kena makan makanan Korea...

      Delete
  11. Replies
    1. Mestilah di Itaewon... Sokcho tu dua jam lebih perjalanan dari Seoul. Cukuplah semalam je di sana...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...