Friday, June 21, 2013

Annyeonghaseyo Korea pt 7 - Dongdaemun Grilled Fish dan Cheonggyecheon

Semasa balik dari Nami Island, kami singgah semula untuk mengambil beg di stesyen Wangsimni. Masalahnya terlupa pulak tempat menyimpan begnya. Stesyen ini agak besar kerana ada tiga interchange di sini tidak termasuk kereta api ITX. Setelah dua tiga kali masuk stesyen guna T Money yang membazir je akhirnya jumpa juga. Baru perasaan rupanya lokasi locker tu terletak dua tingkat dalam tanah.

Oleh kerana hari dah petang, jadi kami bercadang nak pekena makan malam dulu sebelum balik ke hostel. Destinasinya ialah kedai ikan bakar di Dongdaemun. Agak mudah mencari lokasi tempat ini.

Masa tu exit lapan masih ditutup lagi, jadi kami gunakan exit 7.

Sebelum sampai ke kedai ikan bakar, sempat snap foto Cheonggyecheon dari atas jambatan. Tak sempat nak turun ke bawah lagi sebab kelaparan. Perut minta di isi dulu. Sampai je di sini kami terus masuk ke kedai yang pertama. Tak ada survey dulu sebab rasanya ikan yang digunakan dan harga di sini sudah diseragamkan.

Lorong kedai ikan bakar Dongdaemun.

Sebaik pesanan dibuat, lauk sampingan beserta nasi terus disediakan. Servisnya agak cepat. Suka dengan nasinya yang melekit seperti pulut tu. Ikan bakarnya walaupun nampak macam simple je tapi memang sangatlah sedap. Tak pasti ikan apa yang digunakan. Caj untuk setiap orang ialah 7000 won.

 Setiap orang perlu memesan sekurang-kurangnya sekeping ikan. Lauk-lauk lain adalah standard. Ikan muncung tajam tu diberi percuma.

 Ikan saja yang dapat dihabiskan. Yang lain-lain tu sangat kurang sesuai dengan selera kami semua.

Waktu perjalanan ke stesyen, baru kami menuruni kawasan cheonggyecheon ini. Ramai orang menggunakan tebing sungai ini sebagai jalan pintas untuk ke sesuatu tempat.

Cheonggyecheon (청계천) is an 8.4 km (5.2 miles) long, modern public recreation space in downtown Seoul, South Korea. The massive urban renewal project is on the site of a stream that flowed before the rapid post-war economic development required it to be covered by transportation infrastructure. The $900 million project initially attracted much public criticism but, after opening in 2005, has become popular among city residents and tourists.

 Pemandangan Cheonggyecheon pada waktu siang

Sangat bersih sungainya, ikan dan itik pun boleh hidup dengan selesa.

  Waktu malam pemandangannya lebih cantik.

23 comments:

  1. masa duduk sana, ikan tenggiri panjang 2 jengkal harga rm90.. catu makan ikan.. asyik makan daging beku beli kat masjid Itaewon..

    ps: scandinavia & europe tak yah visa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalnya ikan tu, kalau hari-hari memang tak dapeklah...

      TQ for the info...

      Delete
  2. Stream tu sempat pergi waktu siang je. tu pun kebetulan baru lepas shopping kat Gwangjang Market. Haha. Memang cantik. Terbayang kalau longkang tepi LRT Pasar Seni pun mcm tu. Fuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stream tu kalau kat bahagian permulaannya lagi cantik, siap ada air terjun lagi... Yang kat KL tu sungai semulajadi, memang tak boleh nak dibuat cam yg kat Seoul tu... lagipun asyik banjir, kalau buat pun susah nak maintain...

      TQ for coming here...

      Delete
  3. Sedapnye ikan bakar tu... kitorang aritu takleh telan daun sesame yg kaler itam tu... rase pelik semacam...taugeh and kimchi tu siap mintak tambah lagik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan memang sangat sedap. Kira Azra ok lagi sebab boleh habiskan kimchi tu. Kami sayur tu memang tak jalan sangat... cam sayur basi...

      Delete
  4. Sedap nampak ikan bakar tu...ahhhh..sedih,time kitorang g,kdai ikan bkr tutup lak...ruibut taufan...sobb

    ReplyDelete
    Replies
    1. PBP kena mengulang ke sana nampaknya... sangat sodap ikan tu woo...

      Delete
  5. eh kene charge ke kalo keluar masuk wlpn dr station sama? sy aritu tersalah gak masuk platform, tp tag t-money xde deduct pape pun. papepn, ikan bakar tu dh naik harga la ye. tahun 2011 hanya 5k won saje. tp ikan tu mmg sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah HF, rasanya memang kena caj sbb nampak nilainya menurun... Wah ikan tu kira setahun naik 1K won tu... tapi memang sedap banget...

      Delete
  6. Side dishes tu memang tak lalu nak makan..cuma try kimchi saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita nampaknya nohas... taugeh je yang boleh masuk...

      Delete
  7. Replies
    1. Kenapalah tempat kita tak boleh jadi camtu. Tapi kehadiran ramai warga asing kat negara kita menyumbang kepada banyak pencemaran alam sekitar terutamanya sampah...

      Delete
    2. Kesedaran tentang penjagaan alam sektiar amat kurang di negara kita dan negara jiran. Jerebu yg tebal/kotor, sungai-sungai yang tercemar, pembaziran air dan elektrik kesemua ini memberi masalah kepada generasi sekarang dan akan datang.

      Saya tak pernah ke Korea tetapi saya dapat tahu melalui anak saya yang pernah ke Korea menyatakan sungai di sana terlalu jernih. Sama-samalah kita menyelamatkan alam sekitar kita demi kehidupan yang lebih sihat.

      Delete
    3. Setuju dengan NA, selagi tak ada kesedaran dan disiplin yang tinggi, memang susah nak mencapai tahap semacam tu.

      Lepas ni trip seterusnya bolehlah NA ke Korea pulak...

      Delete
  8. ini tidak adil, dapat ikan percuma, pastu cheonggyecheon pulak ada lampu-lampu, kitorang ritu tak dapat semua ni...teringin pulak nak pekena kimci, sedap je tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah Orga, tetiba je dia bagi ikan tu, alhamdulillah sedap gak. Agaknya lampu kat stream tu bukan dibuka hari-hari kot... Suka ngan kimchi, suruh je cik wife buat, nampak cam simple...

      Delete
  9. Side dishes yg lain tu rasa apa? X sedap sngt ke??he..he... harga ikan blh belik handbag tu... awat mahal sngt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Side dishes tu kami rasa sikit2 je, tapi memang tak kena langsung dengan selera kitaorang... Set ikan tu cuma 7K won (RM21) je seorang, mana boleh beli handbag...

      Delete
  10. Allahh..JM ketinggalan....baru nak baca entry nih.

    Ha'alah..rakan2 travel yg pegi koya mesti mkn ikan bakar kt sini eh..JM jek yg tk g mkn ikan bakar tu..tak ada tulang pulak tu lagi senang nk mkn..ikar bakar size mcm tu JM sorang jek boleh habiskan tak leh kongsi ngan org lain :-)

    View kat sungai tu mmg cantik waktu mlm dek kerana lampu..kiranya En Mie dtg sini 2 kali lah eh coz dpt tgk view siang dan mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rugi la JM kalau tak mencuba ikan bakar tu, sangat sodap okeh. Saya pun rasanya boleh habiskan beberapa keeping sorang, tapi harganya boleh tahan...

      Saya dating sekali je. Masa sampai masih terang, lepas makan tau2 dah gelap...

      Delete
  11. Saya akan berada di seoul selama 3 hari.. Byk tempat dah pergi. Tgh mencari tempat yg tak pergi.., blog mie dah macam rumah saya sendiri...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...