Monday, June 10, 2013

Annyeonghaseyo Korea Pt 4 - Abai Village, Sokcho

Pagi ini masih lagi hujan yang tak berhenti sejak semalam. Hari ini kami checkout dari KCB untuk satu hari dan akan balik semula keesokan harinya. Sebahagian beg ditinggalkan di bilik yang sama kerana tiada sesiapa yang menyewa untuk tempoh tersebut. Destinasi kami ialah untuk ke Sokcho dan ke Mount Seorak kononnya. Pada mulanya rasa macam tak best je nak ke sana, sebab dah akhir musim bunga dan keadaan cuaca yang tidak berapa menentu. Tapi kena pergi juga sebab dah booking tempat penginapan di sana sebelum pergi.


Untuk ke Sokcho kami akan menaiki bas ekspres dari stesyen bas Dongseoul yang terletak berhampiran stesyen subway Gangbyeon di line 2. Jarak perjalanan ialah 201 km dan mengambil masa selama hampir 2 jam setengah.

Dongseoul bus station di hadapan exit 3 stesyen subway Gangbyeon.

Tempat menjual tiket bas terletak di bahagian bawah bangunan ini dan tempat menunggu bas pula di bahagian luarnya. Mula-mula sampai di kauter tiket agak blur juga sebab tak nampak kaunter khusus untuk ke Sokcho. Setelah bertanya dengan ahjussi yang menjaga jadual perjalanan bas kat situ, barulah tahu, rupanya kita boleh beli tiket di mana-mana kaunter.

Dapat tiket untuk perjalanan jam 7.45 pagi dengan tambang 17,300 won seorang.

Bukan tempat tengok wayang tapi kawasan R&R di pertengahan perjalanan.

 Lokasi The House Hostel, Sokcho

Tempat penginapan kami di Sokcho ialah di The House Hostel. Kami tertarik untuk menginap di sini kerana liputan yang menarik oleh bro Orga yang ke sini dua bulan sebelumnya. Thanks bro, memang terbaiklah hostel ni. Tak macam hostel langsung. Peta laluan dapat dari website hostel. Kami ikut laluan di simpang pertama, jadi memang sangat dekat dengan stesyen bas Sokcho.

 The House Hostel

Kami sampai di hostel agak awal iaitu sebelum jam 11.00 pagi. Waktu untuk check in ialah pada jam tiga petang. Agak panjang lagi masanya. Masa tu memang rasanya nak terus ke Mount Seorak tapi masih lagi hujan. Jadi dengan peta yang ada, kami terus bergerak ke Abai Village yang terletak hampir 1 km dari hostel. Kat hostel ini ada banyak disediakan payung jadi kami bawa seorang satu.

 Bandar Sokcho yang bersih dan cantik.

 Gaetbae boat untuk ke Abai Village

Untuk pergi ke Abai Village kita perlu naik boat tanpa injin yang bentuknya seakan feri. Sepatutnya boat ini boleh dioperasikan sendiri oleh penumpang tapi ada seorang ahjussi yang bertugas menariknya. Bayaran sehala ialah 200 won (lebihkurang 60 sen).

Sedikit Info mengenai Gaetbae Boat:
This boat is operated not by any powers but by the hands of passengers aboard by using the tight rope tied on each side of the river. So its departure depends on how many people come aboard with no fixed departure time. While it takes as long as 30  minutes by way of a road, Gaetbae boat can carry the passengers  in just about five minutes from Cheongho-dong to Jungang-dong.

  Gaetbae boat ini digerakkan dengan cara menarik tali yang ditambat pada kedua-dua tebing.

 Penumpang berdiri di bahagian kiri dan kanan.

Info mengenai Abai Village:
This village is formed by the refugees of Korean war who had left their hometown in North Korea and followed the troop of South Korea to the south on January 1951.  After decades, people came from other regions to settle there but still 60% of the villagers are from Hamgyeong-do in North Korea. Its administrative name has been changed to Cheongho-dong , but it also called Abai Village, which means a grandfather. Well known as the filming location of the extremely popular drama Autumn in My Heart.

 Antara lokasi penggambaran drama Autumn in My Heart. Ada pelakon tambahan di situ.


Kawasan Abai Village ini popular dengan makanan lautnya. Banyak terdapat gerai dan restoran makanan laut di sini. Antara makanan gerai yang popular di sini ialah Ojingo-sundae (stuffed squid) dan tempura.

Tukang masak Ojingo-sundae dan tempura udang.

 Tempura udang Abai Village, seekor 1000 won (RM3)
   
 Antara deretan restoran makanan laut di sini.

 Ada juga pantai di sini tapi tak begitu bersih dan cantik.

 Lagi lokasi penggambaran drama Autumn in My Heart.

 Sebahagian bandar Sokhco dilihat dari Abai Village.

Dari Abai Village kami bergerak pula ke Jungang Market yang terletak tidak jauh dari sini.  Pasar ini adalah pasar basah yang terbesar di Sokcho.

 Bahagian luar dan dalam pasar.

Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di sini.

 Sotong hidup pun ada

 Stroberi dan ceri segar yang sodap.

Selesai meronda kami balik semula ke hostel. Sementara belum boleh check in kami makan dulu bekalan yang di bawa dari Seoul serta buah-buahan di atas yang mengecurkan air liur.

Hujan sudah mulai reda dan selepas check in, agenda seterusnya pada petang itu  ialah ke Mount Seorak...

34 comments:

  1. dashyat gak pelakun tambahan tu ek..

    wish one day i boleh pegi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... pelakun tempelan je...

      Yan tentu boleh, tapi kalau ke sana cari musim yang nyaman, tentu anak-anak lebih gumbira nanti...

      Delete
  2. Sedapnya tgok cherry dengan stoberi tu..heehe. Mie pergi ni time summer ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap buah-buah tu. Saya ke sana dua minggu selepas zila pergi...

      Delete
  3. tak puas datang sini dulu plus hari hujan dan cuaca x menentu. kalo ade rezeki mmg nak dtg time peak autumn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, saya pun camtu. Rasa memang nak kena mengulang sebab banyak tempat yang tak dapat cover...

      Delete
  4. Kelakar entri ni. Nama tempatnya pun kelakar, Soerak (Sorak), Sokhcho (????), Wayang-gangland (geng wayang), Abai (jangan abaikan kampung ni)...he he he. Pelakon drama Korea yg baru memegang payung pun kelakar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama-nama tempat tu secara kebetulan macam nak sama dengan BM...Pelakun tambahan tu sebenarnya kena paksa beraksi... hehe

      Delete
  5. wowwwww... bestnya... kitorang tak g pun sini.. sekitar seoul je dah tak larat nak jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ke sini masa nak masuk musim panas takde lah menarik sangat. Hujan pulak tu...

      Delete
  6. waktu g korea tak sempat nk g sini sbb cuti singkat sgt..tp korea adalah tempat wajib repeat..btw, ceri tu mmg nmpk sgt menggiurkan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena mengulang ke Korea ni dan sebaiknya musim yang berlainan...

      Buah-buahan tu memang sodap, masih terasa sampai skrang ni... heheh

      Delete
    2. Saya pun suka banget. Rasanya kalau sekilo boleh habiskan sorang... hehe

      Delete
  7. Gaetbae boat yg unik..lama ke naik boat ni ke Abai Village? Seafood disini mesti best..fresh from the sea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bentuknya lebih mirip kepada feri. Lima minit dah sampai ke seberang... Makanan laut kat situ memang fresh tapi mahal wooo...

      Delete
  8. En mie tak join tarik boat tu ke? Pengalaman tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada disediakan alat penarik ekstra, tapi ahjussi yang handle boat tu macam tak bagi je, mungkin sebab sudah berbayar.

      Delete
  9. jeles la baca entry ni mie, kitorang tak sempat singgah ke abai village semua ni...setuju tu mie, hostel tak macam hostel langsung, best je kan, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Orga mengulang ke sana suatu hari nanti. Saya ke hostel tu pun disebabkan review Orga yang kaw-kaw pasal hostel tu...

      Delete
  10. Tak boleh jd ni dulu JM x sempat pegi sini, nak repeat ke korea x kira nk pegi lagi. Eh pegi je lah ada sape yg larang ahahahahaa berbicara sendiri

    Kiranya x bestbkan en mie klau travel time hujan2 ni nk ambik gambar pun x cantik kan. Kiranya mei hingga bulan brapa eh hujan mcm ni coz jm plan nk g autumn season nk tgk daun maple kekuningan gitewww :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut repeat tapi kenalah musim yang berlainan.

      Memang kalau hujan pergerakan agak terhad, tapi nak buat macam mana. Hujan mungkin dari Mei hingga ke musim panas kot..

      Delete
  11. Kami tak sempat ke kawasan ni masa gi korea last year. Jeles masa baca blog orga dan bertambah tambah jeles baca blog en. mie ni... Betul tu...kena repeat musim yg berbezakan barulah semangat kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Cik Ta, nampaknya kena mengulang ke sana lagilah nampaknya... spring, autumn tentu lebih cantik...

      Delete
  12. en.mie, ada singgah di sokcho lighthouse tak?agak2nya kalau stay di house hotel ne jauh tak nak ke lighthouse tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sempat nak ke sana. Lighthouse tu tak jauh sangat dari House hostel, sebab bro Orga ke sana naik basikal je. Waktu malam lagi...

      Delete
  13. owhh ok en.mie..terima kasih utk info nya..nanti saya terjah blog orga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak ke Sokcho sekurang-kurangnya dua malam di sana, baru dapat cover banyak tempat...

      Delete
    2. plannya mmg macam tu, en.mie..saya p time winter..jadinya, harap semuanya baik2 belaka nanti :)

      Delete
  14. Abg mie, thanks for this wonderful entry.. Tight plan nak g somewhere tapi Malays nak stay kat big city, template in just nice!! Ni tempat filem autumn in my heart ke,?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Doc, nak pergi Korea ke...

      Haah, Abai Village menjadi sebahagian lokasi pengambaran drama popular tu...

      Delete
    2. Tengah stress mencari rash tujuan untuk hilangksn stress.. Tp in dah nak Masuk autumn

      Delete
    3. Masa autumn lah yang paling cantik kalau nak ke Mount Seorak tu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...