Bertolak ke JB pada hari Jumaat 12/10 dan sesampainya di sana terus cari hotel untuk check in. Kebanyakan hotel di sekitar Skudai habis ditempah sempena majlis Konvokesyen UTM yang ke 49. Kami hanya dapat menempah hotel di kawasan Danga Bay. Ini kes lambat booking punya hal. Jaraknya ke UTM pun hampir 10 km. Majlis konvokesyennya akan diadakan pada hari Sabtu. Kami sekeluarga ke sini kerana meraikan salah seorang ahli keluarga yang telah berjaya menamatkan pengajiannya dan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.
Sebelumnya pada petang tu, sempat juga kami merayau sekejap ke Kota Iskandar, Nusajaya iaitu pusat pentadbiran baru bagi kerajaan negeri Johor yang menempatkan Dewan Undangan Negeri, Kompleks Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Kompleks ini dibina mengarah ke kiblat dan rekabentuknya berdasarkan senibina Melayu Johor dan Moor. Cuaca agak mendung petang itu. Hanya ada beberapa orang saja yang ada di situ kerana sudah menghampiri waktu tutup lawatan iaitu jam tujuh malam.
Bangunan Sulltan Ismail
Keluar dari kawasan Kota Iskandar tepat jam tujuh kerana sekuriti dah sibuk menyuruh kami beredar. Sebelum pulang ke hotel kami singgah dulu untuk makan di Mutiara Rini. Kami memilih untuk makan di Restoran Mutiara Village yang menyediakan makanan Grill dan Steamboat secara buffet. Pilih saja apa makanan yang kita hendak dan makanlah puas-puas. Ada juga berbagai jenis minuman yang disediakan. Caj yang dikenakan ialah RM25 seorang.
Antara makanan yang boleh dipilih. Ada juga terdapat sayuran dan bahan-bahan untuk yongtaufu.
Dua kuah yang disediakan iaitu tomyam dan sup.
Selesai makan kami balik ke hotel dan tak ke mana-mana kerana hujan. Lagipun pagi-pagi buta keesokan harinya terpaksa ke stesyen bas Larkin untuk mengambil salah seorang ahli keluarga yang sampai dari Kangar, Perlis. Nasib baik majlis konvokesyen yang akan dihadiri diadakan pada sesi petang. Tapi kami perlu datang awal juga ke sana kerana perlu membuat pendaftaran bagi penerima ijazah yang akan naik ke pentas. Lagipun tempat meletak kenderaan adalah terhad dan terpaksa menapak agak jauh kerana acara sesi pagi belum lagi selesai.
Umur baru 21+ dah dapat degree, agak cepat tu
Berfoto bersama rakan sefakulti pada hari berikutnya sebelum memulangkan jubah.
Salam Mie,
ReplyDeleteTAHNIAH kepada ahli keluarga Mie yang telah berjaya memperolehi segulung ijazah dlm bidang Kejuruteraan Elektrik.
Anak saudara saya juga pernah menuntut di sini, ambil kejuruteraan juga. Ada juga saudara saya yang menjadi pensyarah di sini, mereka selalu ajak saya ke rumah mereka tu. Tapi saya tak pernah sampai-sampai pun ke kampus ini. Belum ada rezeki lagi ke situ.
TQ NA, sebenarnya itu anak saya yang pertama.
DeleteBalik dari Beijing nanti bolehlah jalan-jalan ke JB...
Oh anak.."sejuk perut ibu mengandung" kan. Perut bapa pula macam mana ya?
DeleteHotel di area taman impian emas pon ada...klu nak ke utm dah tak jauh...danga bay ke utm agak jauh gak ler..tahniah utk family members yg grad..dah alang ke Nusajaya ada pergi ke Legoland tak? or Puteri harbour? tak jauh dah dari kota iskandar tu
ReplyDeleteDah survey hotel di sekitar kawasan Skudai tu, tapi semua full house.
DeleteTak berkesempatan lagi nak ke Legoland dan kawaan yg sewaktu dengannya...
Tahniah 10000000x...macam kukenal semua tempat tuh...hi3. Lebih2 lh area graduan bgambar tuh...:) Jauhnya sewa hotel...
ReplyDeleteTQ CT. Sudah tentulah CT familiar dg tempat2 tu sbb hari2 ke sana...
DeleteMakan kat restoran tu pun inspirasi dari blog CT... :D
Salam Mie..,
ReplyDeleteTahniah atas Kejayaan Anak kau dan utk Ayah Ibu nya sekali...alhamdulillah sekurang-kurangnya dia dah ada masa depan nya sendiri... wah sempat merayau jugak yer...lain kali aku kena try jugak kat steamboat tu...hehehehe... mudah-mudahan adalah pulak ahli keluarga ku yg berkonvo kat sana pula nanti..Insyaallah...aaminnn.
TQ dan syukur alhamdulillah...
DeleteInsyaAllah satu hari nanti sampailah kau ke sana...
Tahniah diatas kejayaan ahli keluarga!
ReplyDeleteSedap sungguh nampaknye steamboat tuh. Aku ni pantang betul jumpa sup2.. Btw n3 nye habis takat ni je ke? Cerita lah hotel nya sekali kalau tak keberatan. Ada hati nk ke jb jln2 ;)
TQ ~Beb~
DeleteSedap jugala makan kat situ. Hotel ada banyak kat kawasan Skudai dan sekitarnya. Tapi kalau nak tempat yg happening sikit bolehlah menginap di kawasan Bukit Indah...
Tahniah! Anak ya yg konvo? Mcm ramai je family yg turut meraikan.
ReplyDeleteAgak murah rm25 tu..
TQ Ujie. Haah, konvo anak saya tu. Kami ke sana sekeluarga saja...
Deletetahniah mie...hehe,aktiviti melambung mortar board tu tak sah kalau takde dalam gambar..
ReplyDeleteTQ Orga... aksi tu dah semacam tradisi pulak...
Deleteemmm sedapnya steambot tu... dah la tengah lapar ni...
ReplyDeleteby the way... tahniah pada yg terima ijazah tu... engineer la lps nii
Boleh tahan sedap dan boleh makan sampai ke leher...:D
DeleteAlhamdulilah, dia dah pun bekerja.
salam bro....?
ReplyDeletekonvo siapa eh anak ke?
apa2 pun tahniah la pada (tak tahu nak ucap pada siapa) yg berjaya menamatkan pengajian dan convo.
eh amacam JB syok tak melepak kat bandor JB tu?
Salam TP, konvo anak la tu. JB biasalah, kan bro baru balik dari sana...
DeleteTahniah....Johor ni tempat wa bertenet 13 tahun dulu...hahaha.....
ReplyDeleteSedapnya steamboat tu..:)
Wah menghimbau kenangan lalu lah ni...
DeleteMemang sodap...
Tahniah mie.
ReplyDeleteTQVM Mr Larry...
Delete