Tuesday, September 11, 2012

Malindo Airways pesaing baru Airasia

Ini merupakan berita yang boleh dianggap baik bagi orang suka travel. PM Najib telah mengumumkan akan pelancaran satu lagi perkhidmatan penerbangan tambang murah yang diberi nama Malindo Airways. Operasinya hanya akan bermula pada Mei tahun 2013.

Apa yang menarik, ianya akan berpangkalan di KLIA2 walaupun syarikat penerbangan ini adalah usahasama di antara syarikat Malaysia dan Indonesia. Syarikat Malaysia, NADI menguasai 51% dan selebihnya dipegang oleh PT Lion Group dari Indonesia. Kuala Lumpur akan dijadikan pusat bagi penerbangan ke negara ASEAN dan Asia.


Kalau tambangnya dapat menyaingi Airasia, apa salahnya kita bertukar angin. Lagipun aku kadang-kadang bengang dengan sikap Tony yang semakin angkuh. Syarikat penerbangan baru ini aku rasa boleh berdaya maju kerana Lion Group memang sudah lama berada dalam industri penerbangan dan NADI pula berpengalaman dalam perkhidmatan MRO (maintenance, repair, overhaul) kapalterbang.

25 comments:

  1. kita pilih apa yg dapat menguntungkan kita

    ReplyDelete
  2. wah...ini berita baik!apsal lambat sangat nak operasi,setahun lagi nak tunggu tu...

    ReplyDelete
  3. semoga benda baru mcm ni agak menguntungkan rakyat marhaen mcm kita semua. insyaALLAH..

    ReplyDelete
  4. kita mesti menjadi pengguna yang bijak

    ReplyDelete
  5. betul tu...eloklah support asalkan murah dan efektif. lion group tu mmg byk pengalaman

    ReplyDelete
  6. I hope it is better than AirAsia and will help the bottom billions to travel :)

    ReplyDelete
  7. statement 'aku kadang-kadang bengang dengan sikap Tony yang semakin angkuh' memang terbaik!!! :)

    ReplyDelete
  8. terbaek....
    keme harap tak yah la menapak jauh2 nak naik flight macam kat LCCT tu...jenuh...
    harap service dan harganya lebih baguih dari AirAsia...kita tengok nanti..

    ReplyDelete
  9. yup, saya pon ada dengr pasal nih kat berita radio pagi tadik... mmg berita baik untuk pengembara2 mcm kite...:) bila ada competition, harga pn competitive...

    ReplyDelete
  10. ada tengok berita mlm tadi..

    bagus sbb takle airasia monopoli industri penerbangan tmbang murah.

    ReplyDelete
  11. kalau benar pucuk di cita, mmg baguslah. eloklah tu ada pesaing. alah dulu time Scoot nak launch pun Tony dok kutuk2 ckp dorg tiru route...mmg dia dah belagak pun skrg...biasalah, sindrom org di atas.

    kalau ada berita lagi sila update ya Pak Mie..makasih!

    ReplyDelete
  12. Untuk berita tentang Malindo Airways boleh dibaca di sini:

    http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=1545691

    ReplyDelete
  13. lagi byk pilihan, lagi byk pengguna mcm kite yg untung! yabedabeduuuuu

    ReplyDelete
  14. Salam mie,

    satu perkembangan yg baik.... sekurang-kurangnya dengan adanya pesaing, yg sediada menjadi lebih-lebih baik lagi....

    ReplyDelete
  15. Salam semua,

    Nampaknya semua memberi respon yang positif tentang penerbangan tambang murah baru ni. Semoga ada perang harga diantara mereka. Jadi kita semua boleh ambil kesempatan... :D

    ReplyDelete
  16. harap2 ada flight dari klia gi Pontianakk tuu.. ahakks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tertunggu2 flight KLIA <> Pontianak. Juga ke Banjarmasin.

      Delete
  17. makin banyak pilihan..banyak persaingan..makin bagus..sbb masing2 akan berlumba memberi yg terbaik..

    ReplyDelete
  18. AA dah ada pesaing dan bagus kpd kita pengguna.
    Maka bertambah ramailah nanti yg suka melancong....yes!!!

    ReplyDelete
  19. entah bila nak naik :(

    dtg kajang makan sate,sila roger :p

    ReplyDelete
  20. Semoga kita mempunyai pilihan yang lebih baik... maka, ayohhhh ramai ramai kita gi melancong ...

    ReplyDelete
  21. Semoga Industri pelancongan... terutamanya kat Malaysia berkembang pesat.

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...