Tuesday, June 26, 2012

KL - Hat Yai - Krabi Pt 2

DAY 2

Rancangan hari ini ialah ke Krabi. Van yang dah di booking akan mengambil kami di hotel pada jam sembilan pagi. Jadi sebelum itu kami perlu mengisi perut kenyang-kenyang kerana perjalanan yang akan kami tempuhi mengambil masa yang agak lama. Sebaris dengan hotel kami ada beberapa restoran muslim. Kami memilih untuk bersarapan di Restoran Maliam.

Selesai bersarapan kami balik ke hotel dan terus check out. Sementara menunggu van sampai kami lepak dulu di lobi. Kat lobi hotel ini ada disediakan beberapa buah komputer berinternet. Setiap pelanggan boleh mengakses selama 30 minit sahaja. Sempat saya dan beberapa rakan memohon cuti tambahan secara online kerana kami menjangkakan akan keletihan bila balik dari bercuti nanti. Alhamdulillah cepat saja diluluskan. Tepat jam 9.00 pagi van sampai di depan hotel. Van ini boleh memuatkan seramai 15 penumpang. Tapi hari itu cuma kami bertujuh dan seorang penumpang lain yang juga dari Malaysia. Van jenis Toyota Commuter yang kami naiki ini mungkin jarang terdapat di tempat kita dan boleh dikatakan agak selesa untuk perjalanan jarak jauh. 

Perjalanan adalah dijangkakan mengambil masa lima jam termasuk singgah di kawasan R & R di Trang. Kami diberikan masa 20 minit di sini. Majoriti peniaga di kawasan ini ialah orang Islam dan kebanyakannya boleh berbahasa Melayu. Selain gerai-gerai dan restoran, terdapat juga sebuah pasar raya yang banyak menjual produk makanan yang dihasilkan oleh pengusaha Muslim setempat.

Gerai-gerai di bahagian luar pasar raya.

Tempat bersolat juga disediakan.


Kami sampai di kawasan Ao Nang, Krabi pada jam hampir dua petang. Pada mulanya agak sukar bagi pemandu untuk mencari lokasi hotel yang kami tempah. Rupanya dekat saja dengan pantai. Hotel yang kami ambil ialah Hotel Guitar Residence yang dekat dengan banyak kemudahan.


Setelah selesai semua urusan, kami terus mencari pakej yang boleh diambil untuk petang itu kerana kami berada di sini hanya semalam saja. Untuk keselesaan sepatutnya kita berada di sini sekurang-kurangnya dua malam. Apa nak buat dah tersilap perancangan.  

Jarang ada pakej yang disediakan untuk sebelah petang kerana pada waktu itu kebanyakan bot baru pulang ke jeti. Nasib baiklah ada yang sanggup buat kerja overtime. Masa tu dah hampir jam tiga petang. Untuk pakej sebelah petang ini yang ada hanyalah menggunakan long boat. Kami dikenakan caj THB2500 untuk perjalanan pergi balik. Dari hotel kami naik tuk tuk yang disediakan untuk sampai di jeti long boat yang terletak di hujung pantai Nopparatthara.

Inilah rupa long boat yang kami naiki.

Destinasi yang kami tuju ialah Tup Island yang mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai. Angin agak kuat pada petang itu dan ombak juga agak tinggi. Agak menyeramkan walaupun kami semua pakai life jacket.  Lebih-lebih lagi keadaan botnya yang agak uzur. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat.


Waktu kami sampai dah tak ramai orang di sini. Pantainya cantik berbanding pantai di Ao Nang. Di sini terdapat pantai di mana dua ombak dari berlainan arah bertemu. Kami hanya singgah di pulau ini untuk mandi dan tak ambil pakej untuk snorkling sekali kerana kesuntukan masa. Kami berada di sini lebih kurang sejam lebih dan perlu pulang lebih awal untuk mengelakkan kegelapan.

Chicken Island yang boleh dilihat dalam perjalanan ke Tup Island.

Waktu kami sampai di jeti, hari sudah pun mulai gelap. Tuk-tuk yang sepatutnya mengambil kami pula tak muncul-muncul. Terpaksalah kami naik kederaan lain untuk pulang. Tapi kami tak bayar pun kerana semua dah masuk dalam pakej dan suruh dia orang tuntut kat agen.

Malam tu kami keluar untuk mencari sedikit barangan untuk dibawa pulang sambil mencari tempat makan yang sesuai. Leka kami meronda-ronda sehingga jam sudah hampir jam sepuluh malam. Sedangkan kedai makan yang kami nak pergi ditutup jam sepuluh malam. Jadi terpaksalah bungkus saja dan makan di hotel. Kat sini ada banyak restoran yang kononnya halal tapi agak meragukan jika kita melihat persekitarannya.

Restoran Chaba Thai Kitchen ini terletak di seberang jalan di penghujung pantai Ao Nang.

 Nak makan kat sini pun boleh, tapi tak mengenyangkan.

Antara deretan kedai cenderamata yang terletak di sepanjang pantai Ao Nang.

27 comments:

  1. Hotel kat Ao Nang cantik2 kan deko dalam dia. walaupun kat luar nampak biasa je

    ReplyDelete
  2. yeap...
    krabi..
    macam kena repeat pegi lagi sekali aje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Repeat banyak kali pun boleh Anash... :)
      Saya pun rasa macam nak bawa family pulak ke sana...

      Delete
  3. di trang tu yg ckp melayu tu orang trang ke peniaga dari patani? kat satun tak ramai yg boleh ckp melayu walaupaun majoriti islam..

    Hotel Guitar Residence tu satu malam berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan peniaga boleh berbahasa Melayu tapi tak pasti berasal dari mana...

      Hotel tu THB00 semalam, booking melalui Agoda. Lokasinya amat dekat dekat pantai dan shopping street...

      Delete
  4. Replies
    1. Watashi wa hajimete ikimasu...

      Delete
    2. watashitachi wa onaji desu ne.. hahar2 dah lama tak nihongo hanashimasu

      Delete
    3. So desu ne... watashimo nihongo o dandan wasuremashita...

      Delete
    4. Amboi depa speaking...:) Wakarimasen..Nehongo ga wakarimasen.

      Delete
    5. Hehe belasah je sebenarnya prof... Anatamo jozu desu yo...

      Delete
  5. nak g krabi lagi dan lagi.. cam tak jemu tmpat nie..walaupun tak happening cam phuket, tapi sini memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Krabi lebih tenang dan agak sesuai untuk percutian keluarga berbanding Phuket...

      Delete
  6. rindu plak krabi bace n3 nih..byk kali pg pon masih rse rindu. insyaAllah akan pergi lagi nnti(situ2 je yg mampu) huhuhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa pun macam tak complete trip saya ke Krabi tu... Mungkin akan mengulang juga bersama keluarga pulak nanti..

      Delete
  7. tulisan jawi pun ada ya..

    cantik amat pulau tu. menggamit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan peniaga Muslim kat sana boleh bercakap Melayu, mungkin berasal dari bhg selatan Thai...

      Kat sana pantai yang cantik banyak di pulau2nya. Kalau di Ao Nang cuma macam kat PD je...

      Delete
  8. Peniaga boleh berbahasa Melayu macam orang Perlis atau Kedah atau Kelantan?? Logatnya macam apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Mr Larry,
      Dialeknya mengikut dari mana meraka datang, jika dari bahagian pantai Timur seperti Yala dan Narathiwat dialek mereka seperti Kelantan. Jika dari sempadan Kedah dan Perlis dialeknya seperti BM utara Malaysia.

      Delete
  9. Kalau flight turun hat yai n nak booking penginapan kat sana berapa hari sesuai sbb lepastu ingat nak ke Krabi plak n balik naik flight dr Krabi kalau nak patah balik Hat Yai mcm jauhkan? perluke booking penginapan awal2 scra online klu nak ke krabi? banyak tak hotel yg berpatutan kat sana? Kalau 4H 3M sesuai tak masa perjalanan? terima kasih atas panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Anon (Kalau letak nama kat bawahnya lagi bagus),

      Lebih baik booking hotel lebih awal secara online. Jadi dari airport boleh terus je tuju ke hotel.

      4H3M sudah memadai, semalam di Hat Yai dan dua malam di Krabi. Kalau semalam mungkin tak sempat nak ke Phi Phi Island. Hat Yai ke Krabi ambil masa hampir lima jam, jadi elok balik ikut Krabi je.

      Ambil je hotel yang saya duduk dulu, Guitar Residence Hotel, dekat banget dengan pantai dan kemudahan. Boleh booking melalui Agoda atau booking.com

      Moga dapat membantu.

      Delete
    2. Fiza

      Abg Mie, tq info tu, Phi Phi Island tu dh dekat dgn Krabi? semalam habiskan masa dekat Hat Yai ok ke, sbb memang xkan patah balik ke sana klu dh smpai Krabi, klu boleh xnak lepaskan tempat yg boleh dilawati :-)

      Nak sewa kenderaan ke Krabi boleh terus sewa masa kt sana? agak susah tak?

      Delete
    3. Kalau nak jalan banyak tempat boleh juga stay dua hari di Hat Yai. Tapi Hat Yai tu yg menariknya rasanya cuma Klong Hae floating market dengan cable car je. Kalau sampai pagi di sana boleh cover dua2 tempat pada hari yg sama then esoknya terus ke Krabi. Floating market tu dibuka hanya pada hari Jumaat hingga Ahad saja.

      Boleh ke Phi Phi Island dari Krabi selain dari Phuket. Agak mengambil masa kerana trip tu cover banyak pulau. Sbb tu kena dua malam di sana.

      Ttg kenderaan, booking terus sebaik sampai di Hat Yai. Biasanya boleh dapat. Banyak tour agent di sana.

      Delete
    4. ok terima kasih banyak2, harap perjalanan kami nanti akan berbaloi2 & happy

      Delete
  10. nak tanya ada contact tak perkhdmatan van ke krabi dari perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Perlis saya kurang tahu, tapi kalau dari Hat Yai memang ada. Cari saja agen2 yang terletak sebaris dengan Tune Hotel...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...