Monday, July 2, 2012

KL - Hat Yai - Krabi Pt 3

DAY 3

Hari ini kami semua akan bertolak semula ke Hat Yai. Penat pun belum hilang lagi. Van akan datang pada jam sepuluh pagi. Sebelum tu kami keluar mencari tempat untuk bersarapan pagi. Kali ini kami menyusur jalan arah ke Krabi. Memang rezeki kami pagi tu kerana berjumpa dengan warung seorang pak cik yang menjual nasi beriani. Dia boleh berbahasa Melayu dengan agak baik. Harga sepinggan nasi ialah THB50 sahaja.

Warung ini terletak di hadapan Bangkok Bank.

Sarapan berat kami pagi itu.

Meronda-ronda selepas kenyang.

Banyak cawangan CIMB di Thailand

Tuktuk di sini lebih cantik berbanding di HatYai.

Motorsikal untuk disewa, cuma THB250 untuk sehari.

Sempat mengepos poskad untuk sahabat

Awas! Kawasan ini juga terdedah kepada tsunami.

Selepas makan kami berpatah balik semula ke arah pantai kerana waktu untuk bertolak ke Hat Yai masih lama lagi. Cuaca hari itu sangat baik. Ombak datang berlapis-lapis menandakan angin yang agak kuat. Kami lepak sebentar di sini.

Pantai Ao Nang berhampiran hotel. Orang lebih memilih untuk ke pulau-pulau berbanding mandi di sini.

Kapal Star Cruises pun singgah di sini

Van sampai pada jam sepuluh pagi. Kali ini muatannya adalah maksimum iaitu seramai 16 orang termasuk pemandu. Tiada ruang langsung kerana semua tempat dipenuhi dengan beg. Dalam perjalanan kami ternampak masjid ini yang belum siap sepenuhnya walaupun nampak macam sudah beberapa tahun dibina. Saiz masjid menunjukkan agak ramai masyarakat Islam di sini.


Kami sampai di Hat Yai pada jam empat petang dan terus check in di hotel yang sama. Petang itu kami hanya sempat ke Kim Yong Market untuk mencari apa yang patut. Tempat ini ditutup agak awal iaitu pada jam enam petang. Keadaannya di dalam agak kurang selesa. Di bahagian atasnya terdapat kedai-kedai makan makanan halal.

Lebih selesa membeli-belah di kawasan ini yang terletak berhampiran Lee Garden Plaza.

Malam tu masing-masing sibuk menghabiskan wang hingga baht yang terakhir bagi membeli buah tangan untuk keluarga kerana esoknya kami akan balik. Cashew nut juga agak murah di sini.

26 comments:

  1. Wow! Bestnya ke Hat Yai..makanan halal mudah ya nak cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan halal senang banget nak dapat, ada saja kat mana2 bhg bandar...

      Delete
  2. yelah..cantik ombak tu sbb berlapis2.

    kalau g area sempadan thai (kelantan/perlis), saya mesti beli kcg tu..sbb mmg murah dan sedap di makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krabi terutaman kat pulau-pulaunya memang cantik. Apa lagi...

      Biji gajus memang sodap, tapi kalau nak beli kena cari yg saiz besar sbb lebih mabeles...

      Delete
  3. Assalamualaikum abg Mie,
    Cantik sungguh pemandangan2 di Thailands ...
    Berada dikawasan Tsunami tu tak seram2 sikit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam cikgu,

      Bhg Pantai Barat Thailand memang banyak pantai dan pulau yg cantik, kalau di Malaysia kat sebelah Timur...

      Takde la seram sangat pasal tsunami tu, tapi kenalah alert. Lagipun tempat ni agak berbukit...

      Delete
  4. rindu nak gi thailand lagi! i did the same route! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut cara ini agak meletihkan, sbb banyak masa terbuang utk perjalanan...

      Delete
  5. Haaaa kedai poskad tu la kami beli poskad dulu..hehehe
    Thailand mmg menjaga tourism sector diorang dengan baik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak pilihan poskad kat kedai tu dan poskadnya lebih murah dari harga stem.

      Setuju, kawasan kedai jualannya juga tesusun dan bersih..

      Delete
  6. teringat kenangan kat Haytai. hehehe tp mcm ralat sbb tak dapat pegi floating market. kene terjah lagi nih! thsirts kat sana pn murah2 plus kualiti eok. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah memecut ke sana lagi...

      Kalau gi lagi ke sana mungkin floating market tu dah lebih cantik. Proses naiktaraf pun macam dah selesai di sebelah bahagian...

      Delete
  7. Wah MIE seronok nye jalan2 ke Thailand pulak...saya belum sampai lagi sana...nanti bolih buat rujukan ni bila nak gi sana!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak best juga, cuma lain kali kena pergi dengan family pulak...

      Kalau dari JB boleh naik bas ekdpres terus ke sana kalau malas nak memandu...

      Delete
  8. Ni la tempat yang I nak pergi tak sampai-sampai lagi..haish!
    Nice info..mesti food best kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat je tempat ni, satu hari sampailah tu...
      Makanan sedap dan senang nak dapat makanan halal.

      Delete
  9. Salam Mie..
    Diorang pun ada buat nasik beriyani, ingat tomyam je...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadzli, penjual tu keturunan Melayu Pattani. Jadi pengaruh Malaysia tentu ada serba sedikit...

      Delete
  10. erk...pink lady pun ada masuk? hehehehe....

    hanya "mereka" yg pernah masuk sahaja yg tahu apa yg ada di Pink Lady tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Pink Lady yang saya nampak cuma deretan kedai menjual pakaian dan di hujungnya ada hotel. Tak tau lah kalau ada orang 'jumpa' benda lain... :D

      Delete
    2. yup.... plaza pink lady. didalamnya ada club, ada rumah urut, ada gym, ada karaoke dan bilik2 hotel. siapa yang pernah menginap di hotel plaza pink lady ni pasti tahu kerana mereka terpaksa menempuh level2 ni sebelum untuk keluar bersiar ataupun sebaliknya...

      tapi...bergantung pada iman masing2.terserah!

      Delete
  11. usha-usha pasal krabi.. terjumpa blog nie.. nanti nak gerak.. akan jadikan salah satu panduan blog ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga sedikit info di sini dapat membantu percutian jeri nanti...

      Delete

  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...