Sahabat

Wednesday, June 6, 2012

Ke Perlis Pt 1

Sekitar Negeri Perlis

Sebelum ke Kangar kami menginap semalam di Alor Setar. Keesokan harinya terus ke Kangar dan sampai agak awal di sana. Oleh kerana belum boleh lagi check in di hotel, kami ambil keputusan untuk terus ke Padang Besar. Kalau nak ke sini datang awal kerana senang untuk mencari tempat letak kenderaan. Lebih-lebih lagi masa cuti sekolah. Banyak sungguh bas-bas rombongan kat sini.

Orang dah mulai ramai walaupun baru jam sepuluh pagi.

Beli sehelai baju Padang Besar yang ditambah sedikit lukisan.

Hampir dua jam kami berada di sini. Setelah masing-masing mendapat bahagiannya, kami beredar balik ke Kangar kerana cuaca yang amat membahang di sini. Dalam perjalanan ke Kangar kami singgah untuk makan tengah hari di Dataran Terinai di tepian Tasik Timah Tasoh.

Makanan di sini agak murah dan tempatnya juga selesa. Banyak ruang kedai di sini tapi hanya beberapa buah sahaja yang beroperasi.


Selesai makan kami terus menuju ke hotel untuk check in. Kami memilih Hotel Putra Palace yang terletak di tengah pusat bandar. Kebanyakan hotel di sekitar Kangar dan Kuala Perlis telah habis ditempah sempena cuti sekolah. Nasib kami dah booking lebih awal. 


Biliknya agak luas.

Sebahagian bandar Kangar dari hotel penginapan.

Pada sebelah petangnya, kami meronda sekitar pekan Arau dan Kuala Perlis untuk meninjau jalan. Ini kerana tempat pendaftaran keesokan harinya ialah di Kampus induk UniMAP di Pauh Putra Arau, sementara tempat penginapannya pula terletak di Seberang Ramai, Kuala Perlis. Jarak yang agak jauh antara kedua-dua tempat tersebut.

Di Arau kami singgah sebentar di hadapan Istana Arau. Selain merupakan Bandar Diraja, Arau juga menempatkan beberapa institusi pengajian seperti Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknologi MARA , Kolej Matrikulasi dan Politeknik.




Masjid negeri yang terletak di hadapan Istana Arau.

Sebenarnya banyak tempat menarik yang terdapat di negeri Perlis seperti tempat berbelanja di Wang Kelian, Sungai Batu Pahat, Gua Kelam dan lain-lain, tapi kami reserve untuk trip yang akan datang.

20 comments:

  1. Replies
    1. Makanan memang agak murah, tapi buah mangga harum manisnya mahal banget sampai RM25 sekilo...

      Delete
  2. Gua kelam..saya pun blm pegi.

    biras saya staff unimap, katanya kampus induk tgh dibina. skrg ni mmg bersepah2 la fakulti & jbtn/unit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ujie, UniMAP ni ada di serata pelusuk negeri Perlis sampai ke Padang Besar sana. Sampai ada orang kata Perlis ni terletak dalam UniMAP... Kampus induknya belum siap sepenuhnya....

      Delete
  3. teringat pulak kat kangar. dulu sy belajar kat mrsm beseri, perlis. so, bila outing yg paling best pn pegi kangar je pun. tu pun ade kayangan square yakni the store! hahaha. tu jela hiburan kami. selain dari kfc, pizza hut dan cyber cafe. hahah

    owh ya, naik bus balik kampung pn kat situ gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Danny, kat Kangar belum ada Mall yang happening. Tapi MRSM Beseri tu tak jauh dah kalau nak ke Padang Besar.

      Tapi keseluruhan negeri Perlis nampak sangat membangun dan target mereka Perlis maju 2015!

      Delete
  4. Tasik Timah Tasoh di hadapan Dataran Terinai tu nampak menarik...Perlis... dah lama dah saya tak jejak...maybe bayak berubah skrg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kalau berehat kat situ. Nampak macam ada chalet juga...

      Saya rasa Perlis ni membangun dengan agak cepat. Banyak bangunan baru di seluruh negeri Perlis...

      Delete
  5. Salam,


    Nak tanye approximate dari Arau ke Kuala Perlis bape min..? sbb bercadang nak ke Langkawi naik KTM Intercity (1st time nak travel gune public transport), stop di Arau, n ke Kuala Perlis naik teksi.. TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik teksi tak sampai setengah jam rasanya, jika ikut lebuhraya Changlun-Kuala Perlis...

      Delete
  6. lame betoi tak kesini.. nk kne letak dlm wishlist nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jgn tak pergi, 3H2M dah boleh cover semua tempat...

      Delete
  7. Tk jarang2 ke sbelah utara malaysia..
    Jalan2 belah utara melalui blog en mie je la gamoknya..
    Bilik hotel tu mmg lumayan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TK, memang agak jauh kalau nak ke utara dari pantai timur tu. Tapi kalau ada cuti panjang bolehlah ke sana nanti...

      Delete
  8. Tasek tuh cantiklah...tasek takungan air ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tasik semulajadi. Tasik ni terhasil dari empangan sungai Timah dan sungai Tasoh... Tapi memang cantik...

      Delete
  9. Banyak jugak tempat2 menarik kat Perlis kan. Saya paling suka kawasan Felda Cuping yang ada banyak pokok tebu tu...lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak menyinggah kat Chuping tu, tapi dah nampak simpangnya... next trip kena pergi ni...

      Delete
  10. kunjungan gan .,.
    Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    ReplyDelete