Friday, June 8, 2012

Ke Perlis Pt 2

Pendaftaran di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Jam 7.30 pagi kami check out selepas sarapan pagi. Hotel ini full house, jadi agak ramai orang semasa bersarapan. Waktu pendaftaran di UniMAP pagi ini akan bermula jam 8.30 pagi. Kampus induknya terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Kangar. Seronok memandu di sini kerana tak ada traffic jam, jadi kita boleh sampai dalam jangka waktu yang ditetapkan. Rasa macam awal sampai di sini, tapi kami silap kerana tempat letak kereta dah pun penuh dan terpaksa letak di tepi jalan. Bilangan pelajar bagi pengambilan kali ini tidak begitu ramai iaitu lebih kurang 500 orang sahaja. Pelajar datang dari seluruh negara dan ada yang sejauh dari Tawau, Sabah.

Kampus induk UniMAP Pauh Putra, Arau, Perlis


Sementara menunggu proses pendaftaran selesai, ibu bapa dan penjaga yang menghantar pelajar di hiburkan dengan persembahan di khemah menunggu yang diselangselikan dengan info mengenai UniMAP.

Selesai pendaftaran diadakan pula taklimat untuk waris pelajar di dewan bersebelahan khemah menunggu.

Ruang pameran juga disediakan untuk kursus-kursus yang dijalankan. Apa yang menariknya semua staf akademik dan amnya memakai uniform yang sama.

Setelah selesai semua proses pendaftaran dan taklimat, kami semua bergerak ke Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba yang terletak di Seberang Ramai, Kuala Perlis. Minggu suaikenal dan kuliah juga akan diadakan di sini. Setiap rumah boleh menempatkan seramai lapan orang pelajar.


Hampir jam tiga petang baru selesai semuanya dan kami mula bergerak meninggalkan negeri Perlis. Seperti dijangkakan kenderaan agak banyak di lebuhraya dan di beberapa tempat berlaku traffic jam. Untuk sampai ke Ipoh saja mengambil masa hampir lima jam. Kami ambil keputusan untuk menginap di rumah ipar di Batu Gajah. Jadi kami keluar di tol Jelapang dan mengambil laluan Ipoh Lumut untuk ke sana.

Rupanya di laluan itu ada komplek beli-belah Mydin Mall yang baru di buka di Meru Raya. Apa lagi kami pun singgahlah di sini untuk makan malam. Sedap makan nasi kandar kat sini.

Mydin Mall ini adalah yang terbesar di Malaysia.

21 comments:

  1. seronok jenjalan utara ni.. makan laksa utara lah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, sempat makan laksa utara masa kat Alor Setar...

      Delete
  2. Dok perlis mmg best part jln raya. sbb langsung tak sesak & kwsn pulak mmg kecik.
    ipar & biras masing2 nk g kerja amik masa 5-10minit je. jimat masa & duit minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... tapi kalau tak biasa boleh mati kutu dibuatnya...

      Delete
    2. kami rakyat perlis dah biasa.itulah negeri perlis.tanpa sebarang hiburan dan mall yang gah kami rakyat perlis tetap hidup jugak dengan kuasa allah.

      Delete
    3. kami rakyat perlis dah biasa.itulah negeri perlis.tanpa sebarang hiburan dan mall yang gah kami rakyat perlis tetap hidup jugak dengan kuasa allah.

      Delete
    4. Saya sebenarnya suka dengan keadaan di Perlis... tapi apa nak buat kami sudah ditakdirkan tinggal di Lembah Klang ysng hiruk pikuk... terima aje lah...

      Delete
  3. salam abg mie.. Perlis ni le negeri yg susah betul saya nak dapat ke sana klu outstation.. seingat saya dari tahun 2000, hanya sekali je saya pernah pergi.. Teringin nak ambik gambar kat Perlis hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali khairul... untung ye kerja banyak out station ni. Boleh jalan2 banyak tempat...

      Delete
  4. Tahniah sekali lagi kepada anak Mie. Semoga dapat keputusan cemerlang dan membawa pulang segulung ijazah!

    ReplyDelete
  5. nasi kandar kt Mydin mall Meru tu agak mahal sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal, padahal cuma satu lauk dgn kuah je... Nasib baik sedap...

      Delete
  6. Mydin Mall.... saya yang duk sini pun tak sampai2 lagi ke situ... dengo citer murah barang kat situ kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Lembah Klang, barangan di Mydin Mall boleh dikatakan antara yg termurah sekali... Tiap bulan berbelanja di situ...

      Delete
  7. canggihnya mydin kat sana..kenapa mydin kat kl ni x eksklusif mcm kat sana ek..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu Mydin Mall terbaru. Biasanya kalau terbaru tentu ada penambahbaikan. Lagipun tanah kat sana masih murah banding dg di Lembah Klang...

      Delete
  8. Tahniah En Mie anak dapat masuk U..
    Siap ada persembahan tarian..
    Good Luck to your son..tapi jauh di utara nun..mesti rindu ngan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ TK, haah memang jauh tapi apa nak buat, demi masa depannya...

      Delete
  9. Salam Mie,

    Lama tak dtg sini....Meru tu tempat teman tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali... suka tengok keluarga besar Fadzli tu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...