DAY 1
Semasa ada tawaran tiket AA dulu, kawan-kawan sepejabat mencadangkan saya buat tempahan. Tak tau ke mana nak pergi sebab katanya tak payahlah jauh-jauh. Saya cadangkan pergi ke Bangkok. Tapi tak dapatlah pulak. Akhirnya yang dapat cuma ke Hat Yai... hehe. Tapi kalau ke Hat Yai sampai empat hari, rasanya terlalu lama. Jadi kami semua setuju untuk melanjutkan sekali perjalanan hingga ke Krabi.
Penerbangan dari LCCT pada Sabtu 16 Jun lalu, cuma mengambil masa kurang dari sejam untuk sampai di Hat Yai. Sampai di sana masih belum boleh check in di hotel lagi. Kami tinggalkan beg di hotel dan terus mencari tempat makan sebab dah hampir jam satu tengah hari. Tak susah mencari restoran makanan halal di Hat Yai sebab agak ramai komuniti Muslim di sini.
Restoran Nest Home berhampiran hotel. Sedap makanannya.
Selesai makan, kami ke agen pelancongan yang terletak sebaris dengan hotel penginapan kami untuk menempah tiket perjalanan ke Krabi pada keesokan harinya. Kami memilih untuk menaiki van kerana lebih cepat berbanding dengan bas. Caj yang dikenakan ialah THB350 seorang untuk sehala. Untuk memudahkan, kami booking tiket pergi balik untuk rombongan kami seramai tujuh orang.
Selesai semua urusan, kami balik ke hotel untuk check in. Masuk je ke bilik... fullamak besar bilik Tune Hotel Hat Yai ni rupanya. Hotel Tune Hat Yai bukan bangunan baru yang di bina oleh pihak hotel tapi mengambilalih hotel sedia ada dan diubahsuai. Sebab tu biliknya tidak seperti hotel Tune di tempat lain. Siap dengan arah kiblat sekali.
Setelah berehat sebentar dan menunaikan kewajipan petang tu kami keluar untuk ke Klonghae floating market. Kami naik tuk tuk yang memang sedia menanti di depan hotel. Cukup-cukup muat untuk jemaah kami. Tambang yang dikenakan ialah THB300 pergi balik. Jika ke sana pastikan kita buat janji dengan pemandu tuk tuk untuk menunggu kita sepanjang berada di sana. Tempoh sehingga dua jam adalah mencukupi. Agak susah untuk mendapatkan pengangkutan awam untuk pulang dari sana.
Kawasan lama yang agak uzur dan kawasan baru yang masih belum dibuka di kiri kanan jambatan.
Perjalanan mengambil masa setengah jam untuk sampai di sini. Petang tu orang tidak begitu ramai. Sebahagian besar pengunjung adalah ahli rombongan dari Malaysia selain penduduk tempatan dan pelancong asing lainnya.
Antara makanan eksotik yang dijual di laluan sebelum sampai ke floating market. Ada berani?
Peniaga di sini kebanyakannya orang Islam Thai, jadi tak perlu bimbang untuk makan makanan yang dijual di sini. Makanan yang dijual juga pelik-pelik tapi kebanyakannya memang sedap. Cara mengambil pesanan dan membayar wang juga menarik iaitu dengan menggunakan bekas yang dilekatkan di hujung kayu pemegang. Jika membeli minuman, bekas tembikar yang digunakan boleh terus diambil. Ada pelbagai bentuk disediakan, pilih saja mana yang berkenan. Harga kebanyakanan makanan di sini bermula dari THB20 saja.
Selain jualan makanan terdapat juga kedai-kedai menjual baju dan barangan cenderamata berhampiran tebing sungai. Harga T shirt di sini tidak banyak bezanya dengan di bandar Hat Yai. Yang penting kena pandai menawar. Kami berada di sini hampir dua jam dan seterusnya pulang ke hotel semula kerana malamnya nak meronda pula ke pasar malam di sekitar Lee Garden Plaza.
Jalan ini ditutup pada malam hari Sabtu dan Ahad untuk memudahkan orang ramai membeli-belah
Keadaan di sekitar Lee Garden Plaza kembali meriah walaupun baru beberapa bulan lalu terjadinya kejadian letupan di sini yang menyebabkan beberapa orang terkorban..
Udang goreng berharga sehingga THB300 seekor begantung pada saiz.
Kami mengisi perut malam tu di kawasan ini. Ada beberapa gerai yang menjual makanan halal besebelahan Lee Garden Plaza.
nasi lemak & teh tarik pun ada kat sana ya..hehe..tak sangka.
ReplyDeleteHaah Ujie, senang cari makanan halal kat sana dan ramai yang boleh bercakap Melayu...
DeleteHua bestnya dapat pegi floating market tu! Kami dulu tak sempat pi..
ReplyDeletehaah tune hotel kat Hatnya memang besar. puas duduk situ.. recommended kan.
Janggel bolehla repeat ke sana, takla jauh sangat. Ahli jemaah yg ada tentu setuju...
Deletetu la
ReplyDeletefloating market tak sempat
next trip...huhu
Haah Anash, next trip mungkin tempat yang baru sudah dibuka. Keadaannya nampak lebih selesa dan bersih...
Deletemontel2 udang tuh.. tp harga boleh tahan plak kn? maheeey gak rm30. cpat2 next n3.. nunggu nih..
ReplyDeleteMemang mahal gila udang tu, boleh beli dua ekor ayam tu... :)
DeleteIngt depa lagi mrh dr sni. Tetgk lagi mahei!
DeleteMemang mahal sangat. Nampak macam tak luak2 udang tu padahal hari dah jauh malam. Ada kemungkinan udang tu di recycle utk malam esoknya... hehe
DeleteKat Hatyai pling best adalah floating market!!!!
ReplyDeleteheheheh..
Zila dah sampai sini kan... tempat yg baru nanti mungkin lebih best...
DeleteA'a dah pernah sampai...asalnya pada malam tu nk gi pasar malam..malangnya kekenyangan mkn kt floating market, xlarat nak jalan2 lagi..heehehe. Cepat2 entry pasal krabi pulak..hehe
DeleteHi Mie! Meriah jugak pasar2 di Hatyai ya.. saya x pernah terpikir plak nak naik flight ke hatyai dan kemudian lajak ke Krabi...bagos idea ni...;)
ReplyDeletePasar malam kat Hat Yai takla best sangat...
DeleteBolehlah nanti dicuba terus ke Krabi, tapi perlu masa yg lebih panjang untuk mengelakkan kepenatan...
Makanan eksotik tu nampak crunchy & high protein je... Apakah itu???? ...eee tak sanggup utk disebut :(
ReplyDeleteNA, kat Cina tentu lebih bermacam lagi makanan eksotiknya...
Deleteprof...kat china byk mkanan camtu..beli wat masak lemak cili padi :)
Deletehehehe
Belum jumpa lagi makanan eksotik tu di China...kalau jumpa pun buat-buat tak nampak he he he
DeleteZila pandai masak...boleh tolong masakkan???
salam ziarah mie..macam nak try jer exotic food tu, high protein kan, hehe..anyway,aku akan ke phuket nanti, patut ke hat yai masuk sekali dalam itinerary? huhu~
ReplyDeleteSalam Orga.. Kalau nak ke Hat Yai melalui Phuket better naik flight sbb Krabi ke Hat Yai dg van saja sudah ambil masa lima jam... fuh kematu...
Deleteteringin nya nak ke sini.... yang pasti sampan2 tu menarik hati..
ReplyDeleteTentu Yan boleh sampai satu hari nanti. Banyak pilihan kalau nak ke sini... bas ekspres, KTM, flight atau pandu sendiri...
Deletei think i prefer flight.senang esp nak bawak barang2..
DeleteWah ! bestnya ... ada juga cadangan nak ke sini. Tapi nak travel overland ... naik keretapi jea. Nanti boleh la share info apa yang patut ...
ReplyDeleteBagus juga naik kereta api ni, booking terus boleh pergi dan ramai yg boleh join sekali...
DeleteHa ah berpuluh kali saya pernah ke Hat Yai tetapi tak pernah bermalam dan tak pernah melawat sekitar Hat Yai. floating market pun tak tau wujudnya, apa pun bagus banyak yang saya tak tahu sudah pun tahu sikit sebanyak melalui emtry ini berkenaan Hat Yai. Geram tengok udang goreng tu...
ReplyDeleteSelama ni kalau ke sana balik hari ke? Selain Floating market tu, Hat Yai pun sudah ada cable car, cuma saya tak sempat nak pergi...
Deletemakanan kat nest home tu mmg sedap..dulu pegi floating market tutup pulak
ReplyDeleteHarganya pun boleh tahan sbb restoran tu agak eksklusif...
Deletesalam..macam mane keadaan kat hat yai eh? sorry la tetibe tanye sbb saye plan nak pegi tapi asben tak konfiden plak pasal kes bom aritu..
ReplyDeleteSorry terlepas pandang pertanyaan ini. Kat sana OK je masa saya pergi. Makan pun senang nak dapat...
Deletesalam, bang mcm mana nak contact? saya nak tanya pasal van yg abang sewa pegi krabi tu. mmg kira per head eh? 350baht sorang? saya akan ke hatya berempat. rate dia sama gak ker? dan van tu akan ikut masa kita atau kita kena ikut masa dia?
ReplyDeleteAssalam APP,
DeleteTambang kira per pax macam tambang bas ekspres. Kita kena ikut masa van tu. Rasanya perjalanan sebelah pagi antara 8 ke 9 pagi bergantung kepada habis dia ambil orang. Boleh tempah sehari sebelumnya. Banyak agennya di sepanjang jalan yang sama dengan Tune Hotel Hat Yai. Tunggu saja di hotel, van akan datang ambil kita.
Email saya kan ada kat button contact di atas....
oh maknanya, kita akan gerak sekali dengan orang lain dalam van yg sama? van tu available sepanjang masa ker? i mean x perlu early booking? possible tak kalau ke krabi dari hatyai balik hari?
DeleteMemang kena join dg org lain mcm bas ekspres. Tak direkomen balik hari sbb perjalanan sehala saja sudah 4 jam. Van kebanyakannya bertolak sebelah pagi, tapi ada banyak syarikat yg menyediakan perkhidmatan itu. Tiket boleh ditempah awal sehari jika mahu tapi di kaunter agen. Kalau nasib baik boleh beli on the spot kalau weekdays...
DeleteAha dh sampai hat yai repernye leh jdkan entry ni sbg panduan ke sana nanti :-)
ReplyDeleteHaah, second time ke sana.
DeleteTengoklah apa2 yg boleh dijadikan panduan, moga dapat membantu serba sedikit perjalanan JM nanti...
berapa tambang kesana utk satu hari yer?
ReplyDeleteberapa tambang kesana utk satu hari yer?
ReplyDeletespesific le...nak tambang apa? air asia? konsortium? ktm?
Deletedari airport ke bandar hatnyai brapa jauh & dan brapa tambangnya..
ReplyDeleteTakde jauh sangat.. Masa tu gi tujuh orang jadi kami sewa van taklah mahal tapi dah terlupa pulak tambangnya...
Delete