Monday, May 14, 2012

Trip to Medan Pt 5

DAY 3 (2) - Pasar Buah dan Bukit Gundaling

Petang itu kami berjalan kaki ke Pasar Buah yang terletak cuma setengah kilometer dari hotel. Jalan agak menurun bukit, jadi tak terasa penatnya. Lagipun udara di sini agak dingin dan nyaman. Kepada sesiapa yang tak mahu jalan kaki, boleh naik perkhidmatan angkut yang melalui depan hotel ini dengan tambang cuma Rp2K.

 Mercu tanda Brastagi, Tugu Perjuangan 45

Kereta kuda untuk bersiar-siar di sekitar kawasan pasar buah.

Antara buah-buahan yang terdapat di sini tapi jarang ada di negara kita ialah buah terung belanda, avokado, buah salak, pisang kaki dan markisa. 

Di pasar buah ni, bukan hanya menjual buah-buahan dan sayuran, tapi ada juga kedai menjual pakaian dan segala macam barang cenderahati. Tapi pilihannya tidaklah sebanyak seperti di Tomok, Pulau Samosir. Jika berjalan di sini, kena berhati-hati sikit kerana banyak bahan buangan daripada kuda yang bersepah-sepah. Sayang sekali kerana di mana-mana tempat tarikan di sini, saya perhatikan tahap kebersihan persekitarannya kurang diberi perhatian.

Kami tidak membeli apa-apa kecuali sedikit buah-buahan untuk di makan di hotel. Dari sini kami terus ambil angkut untuk ke Bukit Gundaling yang melalui depan hotel penginapan kami. Caj yang dikenakan ialah Rp3K seorang. Tempat mengambil angkut Bintang Karo ini ialah berhampiran tugu perjuangan. Perkhidmatan angkut ini akan berakhir di puncak Bukit Gundaling setelah melalui kawasan perumahan. Jadi tak perlu risau nak berhenti di mana.


Gundaling adalah sebuah bukit di Berastagi, Kabupaten Karo, Sumatra Utara. Gundaling merupakan objek wisata di Berastagi. Gundaling terletak di ketinggian 1575 meter dari permukaan laut. Dari  Gundaling dapat terlihat Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung.


Masa kami sampai di sini keadaan agak berkabus dan cuaca mendung. Tak nampak pun kedua-dua gunung tu. Bandar Berastagi yang terletak di bawah pun cuma nampak kelam-kelam. Nampaknya cuaca tak menyebelahi kami. Suhu di sini lebih sejuk kerana tempatnya agak berangin.

Seperti biasa kedai cenderahati juga ada di sini.

Turun dari Bukit Gundaling kami terus menuju ke Restoran Hj Ramli yang terletak betul-betul di hadapan hotel penginapan kami. Restorannya cantik dan bersih. Agak ramai pelanggannya. Masakannya pun sedap.


Rasa sangat puashati makan di sini. Lauk yang paling sedap sekali ialah ikan nila masak cikala. Pertama kali makan masakan cara ini. Rasanya unik kerana ada campuran bunga kantan. Tahu gorengnya jenis lembut dan dicicah dengan sambal kicap pun mabeles. Air yang kami minum ialah air martebe iaitu campuran antara buah markisa dan terung belanda.

Lepas makan kami balik ke hotel dan tak ke mana-mana malam tu kerana hujan.

15 comments:

  1. sy suka pegi psr buah kat brastagi tu sbbnya byk giler buah2 dia. plus manis2 pulak tu...dan tak mahal. teringat pulak beli strawberry kat situ. okla x mahal sgt.

    hehehe..makan pulak jagung rebus panas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Danny, setuju dgn kau... tapi tak tertarik pulak dgn jagung tu... :)

      Delete
  2. buah hijau yg besar tu..avokado ya?
    menarik gak walau sekadar menengok-nengok buah2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ujie, itulan buah Avokado, Kat sana dia orang panggil alpukat dan biasanya dijadikan jus dicampur coklat. Memang sedap dan mengenyangkan...

      Delete
  3. we missed this place, pasar buah lepas sorang anak buah i jatuh kuda di bukit gundaling tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang agak berisiko naik kuda tu, lebih2 lagi kalau budak2.

      Delete
  4. Replies
    1. Saya dah balik pun... hehe

      CT bolehlah ke sini dgn family untuk next trip...

      Delete
  5. antara medan, bukittinggi dan palembang mana yg paling best? plan nak ke sumatera lagi hujung thn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira, mestilah gi Medan, Danau Toba dan Berastagi yg best sekali. Kedua Bukittinggi. Palembang pulak bukan kota pelancungan...

      Delete
    2. trimasih...selalu teringin nak tau macam mana rupa Palembang dan apa yg ada kt sini sebab sukan sea dulu buat kat sini

      Delete
    3. Palembang agak ketinggalan jika dibandingkan debgan bandar2 lain di Indoneia. Tujuan buat sukan SEA kat situ sebagai sokongan untuk memajukan bandar tu agaknya...

      Delete
  6. Hi.. saya tetjumpa blog ni dalam pencarian untuk mengetahui mengenai Medan kerana telah membeli tix ke sana mac depan. dan saya rasa blog ini amat membantu.. heheh.. keep up bro!!! 1st time nak pergi ke Medan. sebelum ini ke kota bandung juga melalui tips2 blogger lain.. tanpa mengunakan pakej perlancongan. murah dan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ianya dapat membantu. Lagipun memang itu tujuan blog ini dibuat... untuk sharing...

      Delete
  7. Hai.. just info, ikutan blog competition, seputar traveling di Indonesia, hadiah total 12 juta ;) Travel, nulis, skalian dapet hadiah.. Minat? info lengkapnya disini ya http://bit.ly/11IwgXv

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...