Friday, May 18, 2012

Trip to Medan Pt 6

DAY 4 - Berastagi ke Medan dan pulang ke Malaysia

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di bumi Sumatera Utara. Untuk ke Medan, kami sudah pun bertanya petugas di kaunter hotel pada hari sebelumnya. Jika naik teksi tambangnya ialah Rp450K untuk perjalanan cuma 66 km yang mengambil masa kurang dari dua jam. Mahal gila. Masa di pasar buah pulak, kami pergi ke pusat penerangan pelancong di situ bertanyakan tentang teksi. Bayarannya Rp380K. Masih mahal juga.

Pilihan terakhir ialah menaiki bas awam. Mulanya agak risau juga, kerana nampak bas yang padat dan penuh barang-barang di bumbungnya. Rupanya situasi itu hanya pada cuti hujung minggu je, kalau hari biasa keadaannya sangat ok. Kebetulan kami ke Medan pada hari Isnin. Tambangnya pulak sangat-sangatlah murah, cuma Rp10K seorang. Jadi untuk tiga orang kosnya hanya lebih kurang RM10 berbanding dengan naik teksi yang mencecah RM150. Bas untuk ke Medan ini boleh diambil berhampiran tugu perjuangan iaitu di hadapan stesyen minyak Pertamina.

Kebanyakan bas awam di sini tidak menggunakan bas yang besar.

Keadaan di dalam bas juga agak selesa.

Perjalanan yang agak mencabar kerana melalui banyak jalan yang berliku.

Bas yang kami naiki berakhir di luar kota Medan. Dari sini kami ambil teksi dan terus menuju ke Pajak Ikan. Sebenarnya tak ada pun yang nak di beli, cuma nak melihat suasana di sana. Lagipun backpack yang kami bawa sudah padat. Sampai di sini sedang elok waktu lunch. Kami singgah makan di Restoran Garuda yang agak terkenal di sini. Di dalam restoran ini kami berjumpa dengan sekumpulan rombongan yang gagal untuk ke Berastagi. Dia orang cakap rugi betul tak ke sana.

Sedap makanan di restoran ini. Dan yang paling best tentulah air pelangi iaitu campuran buah markisa, buah kuini dan strawberi.

Sebahagian kedai di kawasan di Pajak Ikan


Sebelum ke airport, destinasi terakhir kami ialah ke kedai Zulaikha yang terletak di Jalan Mojopahit. Dari Pajak Ikan kami naik beca motor ke sini. Kedai ini adalah destinasi wajib jika ke Medan. Biasanya orang akan  ke sini pada hari terakhir sebelum penerbangan kerana dapat membeli barangan yang fresh untuk di bawa pulang. Ini kerana kueh seperti bika ambon tidak dapat bertahan lama.

Kedai Zulaikha lebih popular berbanding pesaingnya yang terletak berdekatan.

Kek Lapis Pandan dan Coklat, Bika Ambon, Bahulu Gulung serta Jus Terung Belanda dan Markisa.

Dari sini kami terus ke airport dengan beca motor yang setia menanti. Sebenarnya beca motor adalah di larang untuk ke airport. Jadi kami berhenti di hadapan stesyen minyak Petronas yang terletak berhadapan dengan airport.

Semasa melalui pemeriksaan kastam untuk masuk ke dewan berlepas, kotak kueh yang kami bawa dikesan mengandungi bahan cairan iaitu dua botol jus. Dia orang minta kotak dibuka, tapi kita orang buat-buat tak faham. Yang peliknya dia orang tak kesah pulak. Selamat, kalau tak, rugi hampir tujuh puluh ribu rupiah untuk dua botol tu. Tak tahulah apa rasionalnya melarang penumpang membawa bahan cairan ni, sedangkan di dalam kawasan berlepas biasanya banyak dijual minuman dan lain-lain yang boleh di bawa masuk ke kapalterbang.

13 comments:

  1. Saya belum berkesempatan nak datang ke Medan... tapi memang ada keinginan nak ke Medan dan sekitar Pulau Sumatera. Naik boat dari Penang... rasanya lagi best kan.....Pajak Ikan mcm kat Hatyai jer kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda seorang yg adventurous, mungkin boleh buat rentas Sumatra pulak. Boleh cuba naik bot, sbb Penang ke Pelabuhan Belawan, Medan pun taklah jauh sangat.

      Kat Pajak Ikan ni banyak kedai jualan secara borong, mcm di Jalan Kenanga, KL

      Delete
    2. Pajak Ikan mulanya ingat tempat jual ikan hehehe :)

      Delete
    3. sy nak tau kalo mau naik boat mcm mana ye?

      Delete
  2. jauh beza sungguh rege naik bas dgn teksi..

    air pelangi tu memang buat saya rasa teringin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas tu memang murah banget dan keadaannya pun selesa. Keseluruhannya kos utk ke sana tak sampai setengah dari kos jika ambil pakej...

      Air pelangi tu, air yang tersedap saya jumpa di sana...

      Delete
  3. Pajak Ikan tu nama Town ke? Ingatkan pasar orang jual ikan! hahaha.
    Air pelangi tu rasa apa eh? macam sedap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pajak ikan ni tempat orang shopping kain baju dll. Tak tau kenapa di panggil camtu sbb tak nampak sekor ikan pun kat situ. Mungkin ada sejarahnya...

      Delete
  4. Mie,
    Sejak Sept 11, cecair (yg banyak) memang tak boleh dibawa masuk kapalterbang, sebab dikatakan itulah cara terrorist hijack kapalterbang (kononnya). Kalau nak bawa, kena beli yang di dalam kawasan berlepas. Padahal, kalau orang tu berniat jahat, apa carapun boleh dilakukan, bukan.

    AndaQue, dulu saya ke Medan naik bot feri. Tapi tahun ni perkhidmatan feri ke Medan dari Penang tak ada :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA, peraturan tu macam tak praktikal kerana air yg di jual di balai berlepas boleh pulak di bawa masuk ke kapalterbang...

      Oh feri dah ditamatkan. Nampaknya AndaQue kena naik flight juga...

      Delete
    2. Feri yang diberhentikan perkhidmatan dari Penang ke Belawan tu, yang bermula tahun ini, sebenarnya tidak menyenangkan ramai orang seberang. Bagi sesetengah orang menaiki kapalterbang, mahal. Perkhidmatan itu mungkin akan disambung semula pada suatu hari nanti, tetapi tidak diketahui bila.

      Kalau AndaQue hendak naik feri, saya rasa AndaQue kena pergi ikut pelabuhan Kelang.

      Delete

  5. Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

    Brownies ETA ✈✈✈ on 2 dec 2014

    Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

    Bika Ambon Zulaikha, Medan also available

    Place order or grab our limited supply now.

    WhatsApp/sms dazlina +60192633431

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum…
    Nice entry!!!
    .Mohon izin tuan tanah untuk promote service kami..
    Kami menawarkan pelbagai pakej menarik ke Medan, Bandung,Bali,Lombok,Pekanbaru,Aceh,Padang Bukittinggi dan lain2 destinasi popular untuk anda.Semua urusan kami lakukan.Dari urusan tiket kapalterbang,hotel,transport,makan dan pemandu pelancong semua kami sediakan untuk anda.Untuk group yang besar di alu alukan.Harga menarik menanti anda.Harga ground arrangement yang paling minima dan service yang tip top!!
    Tak perlu bersusah payah menguruskan group anda.Berikan senarai nama peserta dan tarikh perjalanan dan semua kami uruskan.Urusan di lakukan di Malaysia.Mudah dan selamat.Temujanji untuk urusan group yang besar juga boleh diatur.Semua urusan di lakukan di Malaysia sahaja.Minima berdua sahaja pun boleh!! JAMINAN KEPUASAN UNTUK ANDA!!!
    Hubungi saya di talian 0126665436 atau lihat di blog saya untuk maklumat lanjut.Banyak maklumat berguna untuk panduan anda.
    http://freelancetour.blogspot.com

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...