Pages

Sahabat

Thursday, May 3, 2012

Trip to Medan Pt 1

Percutian ke Medan biasanya akan meliputi Danau Toba serta Berastagi yang kesemuanya terletak di Wilayah Sumatera Utara. Medan merupakan pusat pentadbiran bagi wilayah ini.

Percutian saya sekeluarga kali ini memang cara bajet dan jimat terutama tentang pengangkutan. Lagipun tempat-tempat yang menarik terletak di luar kota Medan dan memerlukan kos yang agak tinggi jika kita tak tahu caranya. Cuma tentang hotel, kami memang nak yang bagus sikit. Tiket penerbangan untuk empat orang yang kami dapat tidak sampai dua ratus ringgit pergi balik. Tapi yang dapat pergi hanya tiga orang saja.

DAY 1

Berlepas dari LCCT pada jam 1.40 pm dan sampai di Polonia Airport, Medan juga pada jam 1.40 pm kerana perbezaan masa antara Malaysia dan wilayah Indonesia Barat ialah satu jam. Agak ramai penumpang pada hari tersebut. Terdapat lima trip perjalanan ke Medan dari LCCT sehari dan ini menunjukkan laluan ini adalah antara yang popular.

Oleh kerana kami masing-masing membawa backpack jadi urusan keluar agak cepat. Tetapi kepada sesiapa yang pernah ke Indonesia tentu tahu akan kewujudan ulat-ulat yang selalu menghimpit kita. Kadang-kadang borang yang simple pun dia orang sibuk nak isikan dan lepas tu mesti nak kena hulur. Dia orang siap boleh letak harga lagi. Tapi aku memang dah masak dengan benda-benda macam tu. Kalau ada beg atau apa-apa barang angkut je sendiri sebab semua tu bukannya gratis. Tentang borang pulak, kerap sangat Airasia ni kehabisan embarkation form. Kalau pergi dengan ahli keluarga yang ramai tentu buang banyak masa nak isi borang tu di airport.

Jarak dari airport ke hotel yang ditempah tak sampai lima kilometer tapi dia orang nak caj kami sebanyak RP60K dengan teksi. Aku kata tak apa, aku nak naik beca motor je lagi murah dan tambangnya tak sampai separuh pun. Beca motor ini boleh memuatkan seramai tiga orang. Kalau nak ambil beca motor pergi saja ke stesyen minyak Petronas  yang terletak di hadapan pintu keluar airport. Bangga sekejap di situ, kerana syarikat minyak negara kita dapat bertapak di tempat yang agak strategik.


Sampai di Hotel Madani lebih kurang jam 2.30 petang, tapi bilik hotel tak siap lagi. Ada pulak majlis perkahwinan kat hotel tu yang menyebabkan keadaan kurang selesa. Lokasi hotel ini agak strategik kerana berdekatan dengan Masjid Raya dan Istana Maimoon. Petang itu selepas menunaikan kewajipan kami keluar sekitar kota kerana kami hanya akan ke Parapat pada keesokan harinya. Sebelum keluar kami sempat bertanya petugas kaunter cara nak ke Parapat dengan teksi. Mengikut blog yang saya baca, ada mencadangkan supaya mengambil Bagus Taxi yang menggunakan kenderaan MPV sebagai teksi. Teksi boleh mengambil penumpang di hotel atau kita pergi ke stesyen teksi tersebut.

Hotel Madani
 
Masjid Raya merupakan tarikan utama di Kota Medan

Masjid Raya merupakan sebuah masjid yang terletak di Medan, Indonesia. Masjid ini dibangun pada tahun 1906 dan selesai pembinaannya pada tahun 1909. Pada awal pembinaannya, masjid ini menyatu dengan kompleks istana. Gaya akitekturnya mempunyai pengaruh Timur Tengah, India dan Spanyol. Masjid ini berbentuk segi lapan dan memiliki sayap di bahagian selatan, timur, utara dan barat.

Istana Maimoon

Istana Maimoon merupakan sebuah istana yang terletak di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Dibangun pada tahun 1886. Istana ini di rancang oleh seorang akitek Itali dan diselesaikan pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Al Rasyid. Dewasa ini istana tersebut masih didiami oleh keluarga–keluarga sultan. Ruangan pertemuan, foto–foto keluarga kerajaan Deli, perabot rumah tangga Belanda kuno dan berbagai senjata, terbuka bagi masyarakat yang ingin mengunjunginya.

Masuk ke Istana ini adalah percuma. Tapi ada penunggunya yang akan mencekup pengunjung terutamanya yang datang dari luar. Kenal aje dia orang ni, padahal aku dan tukar pakaian ikut cara orang tempatan. Pandai-pandailah untuk mengelak jika tak mahu terkena. Selepas dia mencekup kita, mulalah dia orang bercerita tentang benda-benda yang ada di situ, padahal semua info sudah disediakan. Hendak tak hendak ikutkan aje sampai habis. Bukan gratis ye. Katanya sebagai sumbangan untuk penjagaan istana itu. Aku hulur Rp50K, tapi nampak macam tak puas hati je muka dia. Sepatutnya kenakan tiket masuk, walaupun murah, kalau ramai yang datang banyak juga jadinya.

Dari sini kami bergerak pula ke Merdeka Walk yang terletak kira-kira satu kilometer jauhnya. Kami ambil beca motor untuk ke sana kerana hari yang agak panas.



Merdeka Walk merupakan antara lokasi yang sering disinggahi pengunjung jika ke Medan.  Terletak di Jalan Balai Kota bersebelahan dengan Lapangan Merdeka. Tema tempat ini lebih kepada makan, libur dan santai. Di sini ada banyak outlet yang menyajikan makanan Barat, Jepun, China dan juga makanan tempatan.

Kami sampai di sini sudah hampir jam empat petang. Baru teringat rupanya kami belum lunch lagi, jadi kami lepaklah kat salah satu restoran di situ sebelum bersiar-siar di kawasan sekitarnya. Harga makanan agak mahal di sini.
 

 
Antara bangunan zaman kolonial yang terdapat di kawasan Merdeka Walk
 
Menjelang malam kami bergerak pula ke Sun Plaza yang terletak tidak begitu jauh dari Merdeka Walk. Shopping complex ini boleh dikatakan yang terbaik di Medan dengan penyewa utamanya ialah Sogo. Tujuan ke sini adalah untuk menikmati es teler yang sedap dan terkenal di Indonesia.
 

Setelah membeli sedikit makanan, kami segera pulang ke hotel kerana perlu berkemas untuk perjalanan esok harinya ke Parapat. 

35 comments:

  1. wah..Mie sampai dulu ek..kitorang akan ke Medan jugak bulan 6 ni. Belum book apa2 lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya main redah je dalam hal pengangkutan. Tapi hotel nak yang baik sikit sbb perjalanan yang memenatkan. Wa kalau bawak anak kecik mungkin kena sewa kereta dengan supir...

      Delete
  2. baca ni..mcm risau pulak kalau saya nk pegi.
    takde pglmn, sah2 la mudah kena tipu.

    *tak sangka tu masjid lama, binaan nampak gah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu risau Ujie, saya pun banyak merujuk kpd blog orang lain kalau nak jalan2.

      Memang masjid tu nampak gah dan klasik... Binaan org dulu2 memang kukuh...

      Delete
  3. wah abang mie baru balek dari medan ke? ok common publish cepat skit sbb saye mmg ade plan nak ke medan.. sbb dekat, then boleh buat aktiviti weekend je.. mmh abg mie pergi sendiri je ke kt sane? x ambil tour? supir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shah_rule, memang saya tak ambil supir kerana kosnya amat berganda2. Cuma dari Parapat ke Brastagi kita kena menyewa sebuah kereta dg supir kerana perlu berhenti2 dibeberapa tempat menarik. Tapi taklah mahal sgt kerana dikira chartered utk seharian je... Kalau beramai lagi jimat...

      Delete
  4. Waaaaaa saya tak penah pg Medan. Entah bile la dapat pegi. Best nampak gayanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat ju tu Janggel. Boleh ajak geng Travelholicawesome ke sana pulak...

      Delete
  5. saya suka Medan!
    tapi nak sampai ke Lake Toba dari bandar Medan tu memang jauh giler... tapi bila sampai... pergh!!! KAGUM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang suka Medan, tapi Lake Toba dg Brastagi ok sbb nyaman...

      Memang betul, nak sampai ke sana agak mendera fizikal... tapi bila sampai... wah.. best..

      Delete
  6. Salam mie,

    wah petronas pun ada sana....tak lama lagi CIMB pulak...bangga pulak rasanya...tu semua yg diaorg tak puas hati dgn kita tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CIMB Niaga dah ada pun di sana. Mungkin perkara tu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang mereka...

      Nak buat camna, Malaysia lebih pandai ambil peluang...

      Delete
  7. Danau Toba menjadi kenangan.. I love lake. Pegi taun 2008.. mmg seronok. tapi tak larat perjalanannya tu.. Jauhh. penat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tempatnya cantik, tapi kemudahan perjalanan masih di tahap lama. Saya sudah ke sana dua kali, dg jarak tempoh antaranya agak lama, tapi mcm tiada perubahan...

      Delete
  8. Salam, Mie , dekat are hotel madani ni ada tak kedai makan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai makan ada. Terletak di antara hotel ini dan kompleks Yuki Simpang Raya di sebelahnya. Banyak pilihan di situ.

      Delete
  9. hye a.mie sy bru plan nk g medan bln 4 ni..1st time la ni..so tgh bw n travelog riki info2 fsl medan..n ur blog is superb i guess coz give me lots of info... so what do u think should i go o shouldn't? ttg environment mane lg better between medan n jakarta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam ChintaUOweyz,

      Saya cadangkan anda ke Medan berbanding ke Jakarta. Banyak tempat menarik boleh dilawati. Cuaca di Danau Toba dan Berastagi pun agak nyaman. Cuma perlu menempuh perjalanan yg agak jauh.

      Untuk kenderaan boleh di tempah di http://www.medanstarrentacar.com/ Agak murah harganya.

      Delete
  10. Penawaran tarif hotel murah di Medan visit: http://www.goldenelevenhotel.com

    ReplyDelete
  11. salam ada x no tel supir...cam nak pegi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pergi main redah je, tapi kalau nak yang proper cuba masuk website ini - http://www.medanstarrentacar.com

      Delete
    2. terima kasih, safe x kalau saya hanya pergi berdua suami isteri cam kat jakarta dulu nak keluar malam kena pow hampir 1 juta..hilang duit camtu je..pergi kali ni malas nak pakai pakej ke elok pakai pakej sebab pakai pakej hrga teruk n mesti bawak kita shopping tempat mahal..?

      Delete
    3. Selamat atau tidak bergantung pada situasi dan nasib. Di Medan ni banyak beca bermotor, kalau bergerak dua orang memang sesuai. Deal dulu harganya sebelum naik. Bawalah peta supaya diaorang tak tipu.

      Saya tak pernah pergi pakai pakej sbb boleh skip tempat yang kita tak mahu pergi. Lagipun jimat banyak. Tak payahlah shopping bagai, kerana barangan tempat kita lagi bagus. Sekadar cari barang utk cenderamata bolehlah.

      Kalau nak ke Danau Toba dan Brastagi guna cara yang saya buat, memang berbaloi, terutama perjalanan balik dari Brastagi ke Medan dengan bas awam. Murah sesangat...

      Delete
  12. Salam Bro.

    Insyaallah sy akan ke Medan bulan 6 ni.. tp yelah just tau tpt menarik di Danau Toba and Brastagi.. lain2 tpt menarik ada tak...
    Boleh suggest hotel yg selesa, best tetapi murah...?

    Plz reply this comment pada e-mel saya : afidafi@gmail.com

    TQSM...

    ReplyDelete
  13. a. mie..nk no fon blh x?sy nk melancng kt sne bln 6 t..klu ade pa pe hal yg sy x tw..blh sy tny..first time nk melancong ngn fmily... syarifahsyazwani1501@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Ayarifah Syazwani,

      Saya rasa puan boleh hubungi saya melalui email. Tekan button contact kat atas tu. Kumpulkan apa2 soalan yang dirasakan perlu then email saya. Beberapa kali pun takpe, saya akan cuba jawab apa yang termampu...

      Delete
  14. Slm..nk tylah..hotel kt medan yg dekat dgn restoran padang..hotel apa ye? N klau boleh biar dekat dgn medan mall.tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti, tapi boleh gunakan link ini sebagai panduan.

      http://www.agoda.com/ms-my/hotels-near-medan-mall/attractions/medan-id.html

      Delete
  15. saya n frens nk gi nextweek...ada fren suggest supir nih..5days tour parapat, berastagi, toba, medan utk 4org dia amik rm800...tak termasuk penginapan n makan lgi....korg rasa ok tak deal nih...since 1st time juga n semua gurl so nk gamble xberapa yakin nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Sdri Anon,

      Maknanya untuk tambang saja kena caj RM200 seorang. Agak mahal tu. Boleh je ikut cara saya, banyak jimat. Dari Medah ambil teksi ke Parapat (boleh tanya di kaunter hotel). Biasanya MPV dan InsyaAllah OK. Minta teksi terus hantar ke hotel. Kalau menginap di Tuktuk, Pulau Samosir kena pergi sendirilah. Dari Parapat ke Brastagi booking teksi, biasanya dari syarikat yang sama masa pergi. Ada kaunternya di Parapat (berhampiran jeti Tigaraja). Ambil teksi untuk 4 orang, sebab boleh berhenti di Simarjarunjung dan air terjun Sipiso-piso. Dari Brastagi ke Medan boleh naik bas awam yang boleh di ambil berhampiran Tugu Perjuangan 45. Sangat murah tambangnya, masa tu cuma RP10K (RM3) je untuk perjalanan selama dua jam. OK selamat mencuba...

      Delete
  16. Slm insyaallah saya dan family seramai 6org akn ke medan December 2013 ni, so nk minta opinion hotel terbaik dan murah dan mcmne cara terbaik nk ke lake toba atau brastagi?
    Harap jawab. thx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam en Anon,

      Kalau pergi bersama anak kecil lebih baik cari kereta sewa bersama supir. Kalau semua dewasa, cuba guna cara saya. Baca semua entry seterusnya, mungkin dapat membantu...

      Delete