Saturday, May 12, 2012

Trip to Medan Pt 4

DAY 3 (1) - Parapat ke Berastagi

Hotel yang kami sewa tidak menyediakan sarapan pagi, jadi cara yang senang sekali ialah makan mee segera saja yang menjadi bekalan tetap bila ke mana-mana. Ada restoran di hotel ini, tapi kami kurang yakin dengan status kehalalannya. Dapat bersarapan dengan mee segera pun sudah cukup nikmat sambil menghadap tasik dengan udara pagi yang nyaman.


Hari ini kami akan bertolak ke Berastagi. Kereta telah pun ditempah sebelumnya dan supir akan mengambil kami di hotel. Untuk perjalanan kali ini, kami tak dapat mengelak untuk menggunakan supir kerana hendak singgah di beberapa lokasi di sepanjang jalan menuju ke Berastagi. Hanya kami bertiga sahaja dalam MPV yang boleh memuatkan tujuh orang. Bertolak dari hotel pada jam 9.00 pagi dan dijangka mengambil antara 3 hingga 4 jam termasuk berhenti di beberapa tempat. Kosnya ialah Rp450K. Antara tempat yang kami nak singgah ialah di Bukit Simarjarunjung dan Air Terjun Sipisopiso.

Pemandangan dari atas bukit sebaik teksi meninggalkan pekan Parapat.


Kita hanya mampu merancang tetapi, segalanya telah ditentukan Allah. Di pertengahan jalan supir kami menerima isyarat dari pemandu dari arah bertentangan, memberitahu ada lori terbalik melintang di tengah jalan. Untuk mengalihkannya mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Jadi, terpaksalah supir berpatah balik dan mengambil jalan Permatang Siantar yang akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke Berastagi dan tidak melalui tempat yang kami nak singgah. Kecewa yang amat sangat, tapi apa nak buat. Yang penting kami kena juga ke Berastagi kerana hotel telahpun ditempah. Ada satu kumpulan rombongan dari Malaysia yang kami jumpa keesokan harinya di Pajak Ikan, Medan langsung tak dapat ke sana kerana supir tak mahu menghantar di sebabkan keadaan jalan yang terlalu teruk di antara Permatang Siantar ke Berastagi.

Bas ini juga terpaksa berpatah balik.

Tempat yang kami tak dapat singgahi. Pemandangan dari kawasan rehat atas bukit di Simarjarunjung.

Juga gagal disinggahi, Air Terjun Sipisopiso. Gambar ehsan uncle Google.

Keadaan jalan yang agak teruk. Bagi mereka yang tak pandai berdangdut, secara automatik akan berdangdut apabila melalui jalan ini... hehe

 Banyak tanaman pokok kopi yang tumbuh subur di sepanjang jalan ini. Mengikut kata supir pokok ini ialah pokok 'bayar hutang' kerana hanya mengambil masa dua setengah tahun sahaja untuk mengeluarkan hasil.

Setelah menempuh perjalanan hampir lima jam, kami selamat sampai pada jam dua petang di Sibayak International Hotel, Berastagi dalam cuaca yang agak mendung.


Lokasi hotel ini terletak di Jalan Merdeka. Sangat strategik kerana berdekatan dengan Pasar Buah dan Bukit Gundaling. Pemandangan sekelilingnya juga sangat cantik. Udara di sini juga lebih sejuk berbanding di Danau Toba.

Kami berehat sebentar sebelum keluar untuk ke Pasar Buah dan Bukit Gundaling.

21 comments:

  1. Cantik sungguh pemandangan di sana ye..
    Maggi Indonesia jenama Pop Mi saya suka banget..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik cuma perjalanan agak memenatkan...

      Delete
  2. nampaknya kena pegi lagi la ya..demi air terjun yg sgt cantik tu. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie, ini kali kedua saya ke sana dan pernah ke air terjun tu. Mungkin ambil masa untuk ke sana lagi...

      Minggu ni AA ada offer, apa lagi Ujie, sambarlah...

      Delete
    2. Oo..takle kecewa sgt..dh penah sampai rupanya.

      *yelah..nk try. kot ada rezeki dpt betul2 murah.

      Delete
  3. maaf bertanya..saya nak ke medan minggu depan. tapi ingin ke danau toba sahaja.. tapi rasa rugi pula tidak ke berastagi.. air terjun sipiso piso dan bukit simarjunjung tu dekat mana..dekat dgn danau toba ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit Simarjarunjung dan air terjun Sipisopiso terletak dlam perjalanan dari Danau Toba ke Berastagi. Agak jauh juga dari Parapat. Biasanya orang ke sana dan terus ke Berastagi.

      Kenapa tak ke Berastagi? Tak cukup masa ke...

      Delete
  4. saya hanya berada di sana 4 hari 3 malam.. takut tak sempat.. flight pukul 8.30pg sampai di medan.. ingat terus ke parapat..rasa mcm tak cukup masa je kalau nak explore danau toba..kalau satu hari.. so 2 malam la di danau toba.apa yang ada di berastagi?seronok ke?maknanye kalau tak ke berastagi tak dapat la tengok air terjun sipiso piso tu yer?kalau dari parapat ke berastagi sekali lalu je terus ke kota medan agak2 penat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga ke sana 4H3M. Rasanya kalau ke Danau Toba, cukuplah semalam je. Kalau nak dua malam juga di Danau Toba, semalam lagi biarlah di Berastagi. Udara lebih sejuk di sini. Di Medan tak payah bermalam jika flight balik ke Malaysia pd sebelah petang.

      Kalau tak ke Berastagi mmg tak dapat nak ke Sipisopiso tu. Boleh juga terus ke Medan melalui Berastagi, tapi kena berbincang dengan supir yang di sewa dan kosnya mungkin lebih tinggi...

      Delete
  5. flight balik pulak pukul 11.30am.. teringin juga nak shopping di kota medan.. pajak ikan tu di kota medan kan?supir mmg tak kisah..ikut aje..berapa jam dari danau toba ke berastagi?n dari berastagi ke kota medan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa hari pertama bermalam di Medan. Siangnya shopping apa yg patut. Pagi esoknya terus ke Danau Toba dan bermalam di sana. Hari seterusnya ke Berastagi dan bermalam di sana. Dari Berastagi cuma dua jam shj. Jadi sempat kalau nak singgah ke kedai bika ambon dan kek lapis di Jln Mojopahit sebelum ke airport.

      Delete
    2. Danau Toba Ke Berastagi ambil masa lebih kurang 3 jam. Mungkin lebih kalau nak menyinggah di air terjun dan bukit tu..

      Delete
  6. salam..macm mn nak tempah teksi dgn hotel kat barastagi tu sis.?agoda jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Adin Ohsem,

      Sis????

      Teksi boleh ditempah di Tigaraja semasa sampai dari Medan iaitu syarikat yang sama yang membawa kami ke situ. Hotel pulak tempah secara online dari Agoda. Booking.com pun boleh juga...

      Delete
  7. Melayani jasa rental mobil di medan.
    klik http://www.medanstarrentacar.com/

    ReplyDelete
  8. Assalam,. Boleh sy thu mcmmne nk dptkn booking mobil dr lake toba ke barastagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu naik teksi je, takde boooking bagai. Tapi agak leceh sikit kerana tunggu penumpang penuh baru bergerak. Kalau nak sewa bolehlah guna link yang diberi di atas tu... http://www.medanstarrentacar.com

      Delete
    2. Dari Lake Toba ke Brastagi, booking boleh di buat di pangkalan feri di Tigaraja. Di situ terdapat beberapa pejabat kereta sewa untuk ke Brastagi atau Medan...

      Delete
  9. Info medan...email adry_516li@yahoo.com
    Saya menyediakan segala jenis transport+hotel...package tour....tks

    ReplyDelete
  10. Info medan..emaìl..adry_516li@yahoo.com

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...