Wednesday, May 16, 2012

Kem PLKN Segari, Bandar Lumut dan Marina Island

Minggu lepas ke Kem PLKN Segari lagi. Kali ini atas urusan untuk mengambil anak pulang kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke IPTA. Kemasukannya ialah pada awal bulan Jun nanti. Kalau tunggu sehingga akhir bulan baru nak keluar, iaitu tempoh kira-kira sebulan di sana, dia pun masih perlu untuk mengulang semula di PLKN dan cuma dapat penangguhan sahaja. Jadi lebih baik keluar awal kerana banyak urusan berkenaan kemasukannya yang perlu diselesaikan. Dia hanya sempat berada di kem PLKN selama dua belas hari sahaja.



Selesai semua urusan, kami semua singgah lagi di kedai makan berhampiran jeti di bandar Lumut. Ingat nak mengulang makan di gerai mee udang yang pernah kami pergi sebelumnya. Nasib kurang baik kerana semua tempat duduk penuh kerana memang waktu makan tengah hari. Jadi  kami mencuba makan mee udang di gerai yang lain pula. Harga mee udang di gerai ini agak mahal dan rasanya juga kurang memuaskan. Tapi kami makan licin jugak.


Jeti untuk ke Pulau Pangkor


Selesai makan kami singgah sebentar di Masjid Lumut sebelum meneruskan perjalanan ke Marina Island.  Di sini terdapat jeti alternatif untuk ke Pulau Pangkor. Tempat ini menjadi tempat bersantai blogger kira bila balik kampung.

Marina Island Pangkor is one of Malaysia's premier man-made islands, which are being built on the coast of Teluk Muruh, opposite Pangkor Island and Pangkor Laut, in the state of Perak, Malaysia. The project which is being developed by Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd, is reclaimed from the sea with total area of 316.9 acres, 400 meters from the mainland's shoreline.


Kewujudan tempat ini adalah semenjak 2009 lagi, tapi agak kurang publisiti yang menyebabkan keadaannya kurang meriah berbanding jeti Lumut.

Pulau Pangkor, dekat sangat...

Feri di sini agak berlainan dari yang ada di jeti Lumut.


Perjalanan dengan feri dari sini untuk ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit sahaja. Perjalanan dari sini, seawal jam 6.45 pagi dan berakhir jam 7.30 malam. Kadar bayaran letak kereta pula ialah percuma untuk dua jam pertama dan seringgit untuk jam-jam seterusnya.

15 comments:

  1. ABC + Mee Udang..macam sedap tuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. niL, memang sedap tapi tak mengenyangkan sbb mee nya sikit.
      Kena cari nasi juga lepas tu...

      Delete
  2. haha...nampak lengang je marina island ni. tempat ni meriah waktu petang nak ke malam terutama waktu musim cuti sekolah.
    lagi satu makanan kat lumut ni memang mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lengang sungguh, jika dibanding dgn jeti Lumut yg sesak pada hari tu. Makanan mahal sikit takpe janji sedap...

      Daerah Manjung ni bertuah kerana ada banyak pantai yg cantik...

      Delete
  3. lagi satu makanan yg popular kat sini ialah yong tau fu sup padang astaka dan rojak manjung...dua2 si sitiawan. mi udang ni selalunya pelancong je yg makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, yong tau fu ngan rojak memang favourite tu... boleh mencuba nanti kalau saya jadi pelancong lagi ke sana...:D

      Delete
  4. Anak dpt matrikulasi ya..tahniah!

    *baru ni tau ada jeti lain ke p.pangkor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dapat buat engineering kat Unimap, tak mau masuk matrikulasi...

      Saya pun baru tau jeti tu... lebih dekat dan tak crowded...

      Delete
  5. wahhh lama dah tak sampai ke Pangkor... semakin cantik sekitar area dijetty tu ya.... terasa nak kesana lah pulak ni....Awak tak singgah ke Pangkor ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kawasan jeti dan bandar Lumut semakin cantik, sesuai dengan fungsinya sebagai bandar transit utk ke Pangkor.

      Pernah ke Pangkor suatu ketika dulu. Belum berkesempatan utk mengulang ke sana lagi...

      Delete
  6. gambar awan di jambatan ke marina island lawa lah pula mengapa aku sendiri tak terpikir nak shoot kat area situ.


    ko memberi aku satu ilham mie

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP, kebetulan cuaca agak baik pada hari itu...

      Delete
    2. Mie : siyes aku cakap ujung minggu ni InsyaALLAH akan aku cuba shoot gambar di area marina island ni. (ada baiknya juga dari dok umah tanpaa berbuat aktiviti)

      Delete
    3. TP, aku nantikan untuk entry akan datang...

      Delete
    4. InsyaALLAH...kalau cuaca cantik dan tiada halangan

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...