Monday, August 1, 2011

Percutian ke Chiang Mai Pt 2

Perjalanan ke Chiang Rai dan seterusnya ke Golden Triangle mengambil masa lebih kurang empat jam. Ini telah diberitahu lebih awal oleh En Ahmad supaya kami memikirkan sama ada hendak pergi atau tidak. Kami ambil keputusan untuk pergi juga. Kami keluar agak awal pagi untuk mengejar masa. Nasib baik sarapan yang disediakan oleh pihak hotel bermula pada jam 6.30 pagi. Di sini jam 6.30 pagi keadaan sekeliling sudah pun terang.


Apa yang bagusnya di Chiang Mai ini ialah tiada traffic jam dan motorsikal pun tak sebanyak seperti di HCM City. Perjalanan kami agak lancar dan destinasi pertama persinggahan kami ialah di Hot Spring Chiang Rai yang terletak di tepi jalan utama. Sebenarnya banyak kolam air panas yang terdapat wilayah Chiang Rai, tetapi tempat ini yang paling mudah untuk dilawati.


Belum ramai pelawat yang sampai ke sini pada hari tersebut. Kebanyakan pelancong yang pergi ke Chiang Rai dan Golden Traingle akan bermalam di sana jadi tak perlulah terkejar-kejar seperti kami. Kolam air panas di sini memang cukup panas. Kita boleh merebus telur burung puyuh dalam tiga minit dan telur ayam pula lima minit sahaja.  Kami mencuba untuk merebus telur puyuh  dengan harga THB20 untuk sepuluh biji. Kami berada di sini lebih kurang setengah jam.


Perjalanan diteruskan dalam cuaca yang amat baik. Kami singgah di satu komplek wat Siam yang dipanggil White Temple atau wat Rong Khun. Kalau melihat bentuk bangunannya dan warna yang digunakannya, ia adalah lebih kepada untuk tarikan pelancong semata-mata, kerana ianya baru dibina pada tahun 1997. Bangunan berwarna keemasan di tengah-tengah komplek tersebut ialah tandas awam.   Wat ini terletak kira-kira sepuluh minit perjalanan ke bandar Chiang Rai. Kami tak lama di sini kerana pada waktu itu jam sudah menunjukkan jam 12.00 tengahari, sedangkan perjalanan masih jauh lagi. Rasa macam tak berbaloi ke sini. Sepatutnya kami pilih untuk ke perkampungan masyarakat orang asli berleher panjang ataupun Karen long neck hilltribes village. Untuk ke sini masa lebih panjang diperlukan tapi memikirkan yang destinasi kami ialah Golden Triangle, kami skip tempat tersebut.


Perjalanan diteruskan dan saya meminta En Ahmad berhenti di restoran makanan Islam untuk makan tengah hari. Restoran ini terletak di pinggir bandar Chiang Rai. En Ahmad yang membuat pesanan makanan untuk kami kerana susahnya semasa saya cuba berkomunikasi dengan mereka. Pilihan lauk tidak banyak dan kami telah memilih untuk makan berlaukkan sup ekor, sup sayur dan ayam paprik. Tomyam tidak popular di Utara Thailand.


Selesai makan kami   meneruskan perjalanan ke Golden Triangle yang mengambil masa sejam setengah. Golden Triangle adalah merupakan satu kawasan sempadan tiga buah negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos yang dipisahkan oleh sungai. Suatu ketika dulu di sini adalah merupakan satu pusat pengedaran dadah dari bunga poppy yang utama.


Di bahagian utara Thailand belum terdapat lebuhraya yang menghubungkan bandar-bandar utamanya. Kami sampai di sini pada jam dua petang. Kami berhenti berhampiran batu tanda Golden Triangle di tepi Sungai Mekong. Di sini juga terdapat jeti di mana kita boleh membuat river cruise dan seterusnya menyeberang ke negara Laos tanpa perlu pasport. 


Arus sungai pada hari tersebut memang agak deras dengan lebarnya lebih dari seratus meter. Bot kosong yang bergerak menentang arus pun nampak macam semput, apa lagi kalau berpenumpang. Kami buat keputusan tak mahu ambil risiko walaupun bayarannya cuma THB1000 sekeluarga untuk tempoh hampir dua jam perjalanan dan berhenti sebentar di Laos. Lagipun dalam masa kami di situ tak ada pun pelancong yang mencubanya. Sebenarnya tak banyak bezanya pekan-pekan di sempadan yang biasanya wujud untuk menarik pelancong sebab saya dah tengok keadaannya di blog mereka yang pernah ke sana.

Diantara ketiga-tiga negara, Thailand dianggap lebih maju dan kaya berbanding Myanmar dan Laos. Untuk menarik pelancong dari Thailand, pemerintah Myanmar dan Laos telah membina kasino berhampiran sungai di sempadan negara masing-masing. Tapi yang datang ke kasino di sini, bukan saja rakyat Thailand. Menurut En Ahmad dia pernah terpaksa bermalam di tebing selama dua hari kerana menunggu pelanggannya dari Malaysia berjudi di sana.

Foto diatas ialah kasino di Laos dan di bawah pula ialah di Myanmar

Destinasi terakhir kami di sini ialah melawat muzium dadah yang di panggi Hall of Opium. Bayaran masuk THB200 seorang untuk warga asing. Penggunaan kamera adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan muzium. Sebelum sampai ke bangunan pameran kita terpaksa melalui satu terowong yang agak panjang dengan cahaya suram.


Kami beredar keluar dari kawasan Golden Triangle pada jam 3.30 petang menuju ke bandar Chiang Rai untuk mencari masjid.

Bersambung...

18 comments:

  1. Salam mie..

    Tempat bestttt...makan pun best......tapi yg pastinya kena pergi sana baru tau best ker tidak....hehehehe.

    Ada rezeki boleh laa kesana pulak nanti, kalau boleh dpt contact "tourist guards" kau tu...hehehe.

    ReplyDelete
  2. Boleh je kalau nak kesana...

    Pak Supir aku masa kat sana:

    Mr Jumrat Bainana @ En Ahmad
    Tel 089-7569090 - kenalah tambah kod negara Thailand

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dptkan alamat email dan no tel penuh En Ahmad.

      Saya plan nak pegi chiang mai akhir bulan ni...

      Harap dpt bantu saya.

      email kat saya hazman.cimb@yahoo.com

      TQ

      Delete
  3. Salam....bagus...ke chiang mai pulak....hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam Fadzli.. lama tak muncul. Tempat2 tu saja yg kami mampu, negara2 jiran jer..

    ReplyDelete
  5. Wah! Bestnya gi Chiang Mai..kita lom pnh smpi sana lg...

    ReplyDelete
  6. Boleh saja CT pergi... agak menarik juga tempatnya..

    ReplyDelete
  7. pakej ke ni? agak2 brapa kos dtg sini? macam best je =)

    ReplyDelete
  8. Kira, saya ke sini tak pakai pakej pun. Booking AA masa offer, pastu gi redah je. Kat sana senang join tour group yg biasa ada kat hotel. Macam saya, nasib baik kerana dijumpakan dengan pemandu muslim yg sedia membawa kami ke destinasi yg dihajati... Kira pun boleh, bila lagi nak mula tu..

    ReplyDelete
  9. Salam~en.mie nak tanye kat sane tmpt shpg die bes tak?bnyk pilihan tak?
    lg 1 tempat makanan halal senang ke dpt kat sane?tq~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat shopping tu biasala, pasar malam je. Pelancong Eropah pun suka shopping kat situ.

      Ada beberapa restoran makanan halal di Anusarn Market dan berhampiran Masjid Ban Haw...

      Mungkin entry2 Chiang Mai yang lain dapat membantu...

      Delete
  10. assalam..tumpang tanya ye..encik ahmad tu boleh berbahasa melayu x..atau english ke..ingat nak contact dia..jumaat ni sy akan ke chiang mai..sbb dia muslim, senangla sikit kot kan..huhu.berapa dia charge sorang?

    ReplyDelete
  11. Wsalam Dayana,

    Dia boleh cakap simple English tapi kita boleh faham.

    Untuk ke bengkel membuat payung dia caj extra RM30 sahaja untuk satu teksi dari airport.

    Untuk ke Golden Triangle RM300 satu teksi Innova bagi tempoh seharian hingga ke malam.

    Contact number ada pada post ke 4...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih. info ni amat berguna utk kami sekeluarga

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...