Kami sekeluarga selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai mengikut jadual. Penerbangan agak penuh pada hari tersebut di mana sebahagian besar penumpangnya adalah pelancong asing. Saya rasa LCCT ni semakin popular menjadi tempat transit kerana kekerapan penerbangan yang disediakan dan banyak destinasi yang ditawarkan.
Lapangan terbang Chiang Mai, boleh dikatakan lapangan terbang yang agak lama. Ruang ketibaan antarabangsanya juga tidaklah begitu besar. Satu ketibaan saja sudah memenuhi ruang tempat proses imigresen. Proses pemeriksaan pasport agak cepat dan tidak perlu merekod gambar seperti yang lazim dilakukan walaupun terdapat kamera di depan meja pemeriksaan.
Selesai urusan imigresen, kami ke ruang legar untuk mencari apa-apa info yang sesuai buat kami sekeluarga. Dalam pada kami sibuk melihat-lihat brosur dan lain-lain info, kami didekati oleh seorang kakitangan syarikat telekomunikasi yang membuat promosi berkenaan dengan sim card prepaid. Memang agak murah caj bagi setiap panggilan yang dikenakan. Untuk panggilan ke Malaysia cajnya ialah THB1.5 seminit (15 sen) jika ke telefon tetap dan THB3 (30 sen) ke telefon mudah alih. Ada dua pilihan sama ada mahu sim card yang kosong atau yang sudah di top up kan sebanyak THB100 dengan tempoh panggilan sehingga 70 minit. Jadi kami sambarlah satu walaupun kami di sana sekejap saja.
Oleh kerana sampai agak awal, kami merancang untuk ke tempat lain dulu sebelum ke hotel. Airport Chiang Mai ni kedudukannya agak dekat dengan bandar. Tambang teksi yang dikenakan cuma THB120 (RM12). Mulanya saya agak sudah tentu kena ambil dua teksi sebab ahli keluarga kami seramai lima orang, tapi alhamdulillah kerana teksinya ialah Toyota Innova yang memang cukup besar untuk memuatkan kami semua.
Selesai membayar tambang di kaunter, kami di bawa ke teksi oleh seorang pemandu yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad. Dia seorang muslim tempatan yang berketurunan campur (China, Pakistan, Arab dan Siam). Dia boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, jadi ianya menyenangkan urusan. Syukur dapat jumpa dengannya, kerana kami memang tiada jadual khusus untuk trip kali ini, sebab kebiasaannya pakej-pakej untuk trip yang mengambil masa setengah hari memang mudah didapati. Sudah terlanjur berjumpa En Ahmad, saya minta dia mencadangkan tempat-tempat yang kami dapat capai dalam tempoh 3H2M di sana.
En Ahmad mencadangkan kami pergi melawat kawasan industri kraftangan di Borsang Village, Jalan San Kamphaeng sebelum ke hotel kerana waktu untuk check in lambat lagi. Di sini industri utamanya ialah pembuatan payung dan kipas hiasan dalam berbagai saiz dari yang kecil kepada yang sebesar payung warung. Di sini pelawat ditunjukkan cara membuat payung-payung dari proses meraut buluh sehingga payung siap. Boleh dikatakan semua pekerjanya adalah orang yang berumur. Berhampiran dengan bengkel, terdapat kedai yang menjual hasil-hasil keluaran dari bengkel tersebut. Lama juga kami di situ kerana asyik melihat kerja-kerja yang dilakukan. Tambahan THB300 untuk pergi ke sini. Jika pergi secara berasingan cajnya ialah THB100 seorang.
Selain tempat ini kami juga singgah di beberapa lagi tempat lain seperti pusat pembuatan barang perhiasan dari batu permata, yang dikatakan sebagai yang terbesar di dunia. Kami kurang berminat untuk ke sini, tapi dah termasuk dalam laluan, jadi singgah jugalah. Sebenarnya kami sudah pun masuk tempat yang hampir serupa di Bangkok suatu ketika dulu. Mula-mula kita akan di bawa di bahagian pemprosesan. Di penghujung tempat pemprosesan ialah ruang pameran yang terpaksa dilalui oleh semua pelawat sebelum melalui pintu keluar. Bahagian inilah yang paling bosan. Kita bukan nak beli pun, tapi ditunjukkan dengan itu ini yang buat kita rasa kurang selesa. Dah tu jangan haraplah nak ambil gambar.
Oleh kerana hari dah agak lewat dan semuanya dah lapar, kami skip beberapa lagi tempat yang patut dilawati. Dalam perjalanan menuju ke hotel, saya ternampak ada menara masjid disalah sebuah kampung di situ. Saya meminta En Ahmad singgah sebentar di situ.
Masjid yang sempat disinggahi di Jalan San Kamphaeng (atas). Pokok kurma yang disebelah kanan sedang berbuah. Kariah masjid ini kebanyakkannya ialah komuniti China muslim yang berasal dari negara China yang telah bergenerasi tinggal di Chiang Mai.
Hotel Royal Lanna yang terletak di Jalan Loykroh.
Selesai check in kami keluar semula untuk mencari tempat makan. Kali ini kami menapak saja kerana kedai makannya tidak begitu jauh dari tempat penginapan. Destinasinya ialah Restoran Sofia berhampiran Masjid Hidayatul Islam Ban Haw. Masjid ini agak besar dan mempunyai bangunan tambahan untuk kegunaan pelbagai kegiatan keagamaan.
Selesai makan kami berjalan-jalan sekitar Jalan Loykroh sehingga jambatan di Sungai Ping. Cuaca amat-amatlah panas walaupun jam sudah menunjukkan pukul empat petang, dan masing-masing malas nak menyambung rondaan. Kami balik ke hotel untuk melelapkan mata sebentar kerana pada hari tersebut kami telah bangun seawal jam tiga pagi bersiap-siap untuk ke airport. Lagipun pada malamnya kami nak pergi meronda night bazar yang terletak berhampiran dengan hotel. Sebelumnya kami telah berbincang dengan En Ahmad ke mana tempat yang patut kami pergi keesokan harinya. Dia cadangkan kami pergi ke Chiang Rai dan Golden Triangle.
Bersambung...
Assalamualaikum mie..,
ReplyDeletememang happening...ada rezeki boleh buat trip kesana pula...
Kurma tu dah dekat nak masak ker..
Cuti aku tu singkat sangat, tak dapek gi tempat gajah dan night safari.. lain kali kot.
ReplyDeleteKurma tu ada yang dah masak dan gugur...
jauh bejalan luas pandangan kanns.. ehehe
ReplyDeleteBetul tu... duit pun habis kann.. hehe
ReplyDeletebestnye jenjalan..rasanya ada bace blogger lain buat entry pasal Chiang Mai ni..pergi sama2 ke?hehe..kebtulan je kot..
ReplyDeleteSalam iM, mungkin kebetulan tu.. saya pergi dengan keluarga seramai lima orang...
ReplyDeleteAbang Mie,
ReplyDeleteTak ada ke peluang2 bisnes yang boleh dipasarkan di Malaysia? Manalah tau terjumpa produk2 unik di sana tu
Matsom, mungkin ada tapi saya tak terlintas langsung pulak pasal tu..
ReplyDeleteWahh, smpt jgk mengembara sblm ramadhan ni ye..btuah sgguh dpt jln2
ReplyDeleteAl, selain XPDC Al juga boleh jln2 cara orang muda ie. backpacker. Sementara masih single ni mudah dgn cara tu.. Lagipun jln2 saya pun cara bajet je..
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeletemenarik sekali percutian tu, saya tak berpeluang lagi nak keluar negara.hehe
Azhan, sekarang ni nak keluar negara mudah sangat. Bila ada offer (AA lah tu) booking je. Lepas tu baru fikir ttg pasport, buat yg setahun dulu..
ReplyDeletecatik pulak tengok payung2 besar tu.
ReplyDeleteJanggel, memang cantik dan banyak pilihan, tapi susah nak masuk dlm beg, jadi beli yang kecik pun jadilah..
ReplyDeletesalam abg mie,
ReplyDeletemenariknye pegi chiang mai ni. insyaALLAH ade rezeki akan ke sana jugak. nnt nk refer blog ni bwt panduan. ^_^
John, TQ singgah sini. Rasanya mcm dah booking tix ke Chiang Mai je. Trip saya singkat, tak banyak tempat dapt pergi. Mungkin blog Lily lagi banyak info sbb dia dah dua tiga kal ke sana...
ReplyDeleteSalam en Mie.....
ReplyDeleteSy dan 5 kawan akan ke Chiang Mai Oktober ini. Ada tak no telefon en Ahmad pemandu teksi Toyota Innova tu... Kami nak tempah dia laaa.....
W'salam,
DeleteAda, cuba tengok di entry terakhir...