Monday, August 15, 2011

Percutian ke Chiang Mai Pt 4

Kami selamat sampai di Chiang Mai setelah menempuh perjalanan hampir dua jam setengah dari Chiang Rai. Memang betul-betul penat. Tapi memandangkan itu adalah malam terakhir kami di sana dan night bazar masih lagi meriah, kami ambil keputusan meronda dulu dan mencari apa-apa yang patut. Di kawasan saya menginap ini senang sangat untuk mendapat makanan halal terutamanya di Anusarn Market. Ada banyak restoran halal di sini yang boleh dipilih.


Selain restoran, banyak juga gerai yang menjual barang-barang cenderamata, pakaian, makanan ringan dan lain-lain. Anusarn Market ini terletak bukan di jalan utama, jadi kita dapat bergerak dan membeli-belah dalam keadaan lebih selesa tanpa gangguan kenderaan. Kawasannya juga berbumbung. 


Di salah satu sudut di dalam kawasan ini ada satu gerai yang menjual makanan seakan-akan roti canai. Di sini ianya juga disebut sebagai roti. Tak berbeza dengan yang ada ditempat kita cuma ianya ditambah sedikit kreativiti. Seperti yang kami pesan, roti pisang dengan chocolate topping dan roti mentega dengan madu.  Ais blended juga mempunyai banyak pilihan dari buah segar dan bukan perasa serbuk atau jus seperti yang terdapat di pasar-pasar malam di tempat kita. Harga dari THB20 hingga THB40 bagi setiap satunya.


Kami pulang ke hotel pada jam hampir 12.00 malam. Walaupun amat letih, kami tak boleh tidur terus dan perlu berkemas barang-barang pada malam itu juga kerana penerbangan pulang ialah pada jam 9.10 pagi keesokan harinya. Kami berjanji dengan En Ahmad untuk membawa kami ke airport pada jam 7.30 pagi. Airport Chiang Mai agak dekat dengan bandar dan boleh dicapai dalam kurang dari 20 minit dari hotel dengan caj THB120 sahaja.   


Penumpang penerbangan Airasia biasanya memang ramai berbanding penerbangan lain.

Sebahagian foto bandar Chiang Mai yang diambil dari hotel penginapan kami. Bangunan berbumbung biru di dalam foto di atas ialah Anusarn Market.

Kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat En Ahmad @ Jumrat Bainana jika bercuti di Chiang Mai bolehlah menghubungi beliau melalui nombor hp di atas.

31 comments:

  1. Assalamualaikum mie..,

    menarik dan MENARIK....
    hehehehe..

    kalau ada rezeki panjang umur aku nak kesana juga kalau boleh dpt contact "unoffical tourist guilde"
    kau tu....

    tp memang happening sungguh.....

    ReplyDelete
  2. W'salam,

    Memang menarik, cuma sayang tak dapat cover banyak tempat sbb cuti yg terhad.

    Mau juga aku pergi lagi lain kali..

    ReplyDelete
  3. nak pergi lagi lain kali ajak saya.:)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat jalan-jalan ke negara orang...

    ReplyDelete
  5. CSR pun boleh sbb guru kan banyak cuti. Lagipun apa salahnya sesekali utk rehatkan minda...

    ReplyDelete
  6. Kemang, memang best.. tapi perlu masa lebih panjang untuk explore banyak tempat. Cubalah ke sana, nak gi NZ tunggulah masa dah kerja nanti...

    ReplyDelete
  7. Memang menarik kalau dapat berjalan ke tempat org...kalau dapat pergi lama tak le tergesa2 sgt...

    ReplyDelete
  8. Fadzli, hajat hati nak gi lama sikit, tapi masalah dgn cuti...

    ReplyDelete
  9. en_me dah lama tak menembak kat obersi... kannns

    ReplyDelete
  10. CM memang my fav, pegi few times dah except this year, kalau dak; yearly trip tuh. byk activities riadah leh buat selain dr shopping.... RINDUUUU

    ReplyDelete
  11. Lily Riani : Saya first time ke sana. Memang rasa nak ke sana lagi sbb banyak tempat tak dapat pergi lagi... Kos di sana pun agak sederhana..

    ReplyDelete
  12. you leh gi buat ni

    http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/2010_01_01_archive.html

    ada byk lagi yg extreme2... you masuk blog i, belah kanan you click thailand. ish... sahih gi lain very soon nih.

    ReplyDelete
  13. LR: XTVT yg emtreme rasanya mcm dah tak sesuai dg saya. Wah, nampaknya anda setanding fatt...

    ReplyDelete
  14. salam...

    welcome back to mesia :)

    so best x pegi chiang mai? eheh

    ReplyDelete
  15. Jalan-jalan ke mana sekalipun mmg best, lebih lagi kalau first time. Rekomen Kemang gi ke sana dg kengkawan...

    ReplyDelete
  16. Dr Ben, CM memang menarik untuk di lawati. Kalau dapat cuti seminggu rasanya lebih baik kerana boleh cover banyak tempat. Saya ke sana cuma 3H2M shj...

    ReplyDelete
  17. Salam,
    nk tnya berapa budget mse kt sna ye? x termasuk flight dgn hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazirul, bajet bergantung berapa lama kat sana dan destinasi yg kita pilih...

      Saya ke Golden Triangle sehari suntuk membawa ke malam dan singgah di Chiang Rai, kosnya RM300 dengan Toyota Innova. Tak sempat ke tempat lain sbb cuma 3H2M saja...

      Delete
    2. Owh..ok.. bkn ape just nak buat anggaran kos je..
      makan kt sna murah x?

      Delete
    3. Harga makanan mcm kat sini dan taklah susah cari makanan halal kalau menginap di sekitar night market...

      Delete
    4. ok..thanks..
      rm300 tu just utk transport taxi je ke?

      Delete
    5. Yup, utk kereta shj. Tapi berbalui sbb tempatnya agak jauh dah kita boleh singgah banyak tempat...

      Delete
  18. Apa nama hotel penginapan di Chiang Mai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Royal Lanna Hotel...dekat sangat night market...

      Delete
  19. Assalam En Mie, Sy nak berjalan makan angin ke Chiang Mai tak lama lagi ni, tiket dah beli, dulu 10 tahun lepas byk dah lupa, yg tak lupa masa ke Royal Park.
    Doi Inthanon National Park tu katanya atas Tanah Tinggi, boleh naik ke atas dgn kenderaan mcm MPV ke kereta ke?
    Berapa lama dari bandar Chiang Mai ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Danial (macam nama cucu saya)...
      Saya ke sana cuma 3H2M saja... memang tak banyak tempat dapat pergi. National Park yang disebutkan tu pun saya tak sampai... mungkin ada blog lain yang lebih detail...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...