Monday, August 8, 2011

Percutian ke Chiang Mai Pt 3

Kami mula bergerak meninggalkan Golden Triangle pada jam tiga setengah petang dan sampai ke bandar Chiang Rai sejam lebih kemudiannya.  Sampai saja di bandar Chiang Rai kami meminta En Ahmad untuk mencari masjid untuk menunaikan kewajipan. Ini disebabkan perjalanan ke Chiang Mai akan mengambil masa lebih dua jam dan kami risau akan terlepas semua waktu solat.


Setibanya di masjid, saya merasa kagum sangat, kerana senibinanya yang unik. Senibinanya adalah campuran di antara senibina Islam dan China. Tak hairanlah kerana masjid ini dibina oleh masyarakat China dari etnik Hui. Saiz masjidnya juga lebih besar jika dibandingkan dengan yang ada di Chiang Mai. Ianya baru dibuka pada tahun 2009 untuk menggantikan yang lama. Kos keseluruhan pembinaannya ialah THB20 juta. Masjid ini terletak di Jalan Isaraparb di tengah-tengah pusat bandar.  Syukur, ternyata Islam tetap subur di mana-mana.


Pengaruh senibina China jelas dapat dilihat pada menaranya. Masjid ini dinamakan Masjid Darunaman. Tetapi jika melihat kepada tulisan jawi yang digunakan ianya lebih kepada sebutan Darulaman. Mungkin ianya disesuaikan dengan bunyi sebutan bahasa Siam.


Kalau saya mengikut lawatan secara tour group, memanglah tiada peluang untuk ke sini. Terima kasih En Ahmad, pemandu teksi yang kami jumpa secara tidak sengaja di lapangan terbang.


Warna merah yang digunakan pada ruang solat memang sinonim dengan masyarakat China. Masjid ini dibuat secara melebar, mungkin kerana kawasan tanah yang terhad dan boleh memuatkan lebih daripada lima ratus jemaah pada satu-satu masa. 

Kami menghabiskan masa di sini hampir satu jam dan mula bertolak pulang ke Chiang Mai pada jam 5.30 petang kerana perjalanan masih lagi jauh.

Bersambung...

12 comments:

  1. Assalamualaikum mie..,

    bestnya...aku tengok carpet merah tu teringat carpet merah Masjid Nabawi dan Masjidil Haram...memang warna merah tu punya kekuatan...

    Subhanallah.... memang Islam itu senantiasa terpelihara...

    selalu hanya gambaran buruk bila sebut Chiang Mai..tapi ada sesuatu yg perlu diterokai disana... cukup menguja utk kesana....insyaalah satu masa nanti...

    ReplyDelete
  2. W'salam Man,

    Aku dapat singgah sini pun secara kebetulan kerana supir aku tu Muslim.

    Mulanya memang nak join tour group je, tapi dah memang rezeki aku sekeluarga nampaknya...

    ReplyDelete
  3. tahniah dpt teroka byk tmpt mnarik,sgt bruntung kn


    sy plk blom bkesempatan lg nk pegi jauh2 ni...

    ReplyDelete
  4. Al, masa ni lah kalau nak travel, nanti kalau dah berkeluarga kos lagi tinggi. Lagipun skrang ni mcm2 kemudahan ada tak mcm dulu. Nak itu ini semua boleh dibuat online...

    ReplyDelete
  5. Tu lah.. kalau en_me ada boleh tolong tembak, gerenti cantik punya... hehe

    ReplyDelete
  6. Mie, berapa kos yg en ahmad tu ambik untuk trip pergi sampai cheingrai dan golden triangle tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Kayrol,

      Dia caj THB3000 bersih sehari suntuk. Perjalanan sehala lebih kurang 3 jam termasuk berhenti dibeberapa tempat. Antara tempat yg saya tak sempat pergi spt perkampungan long neck tribe, menyeberang ke Laos dan bandar sempadan Myanmar iaitu Tachiliek...

      Saya cadangkan jika nak ke sana, bermalam semalam di Chiang Rai untuk dapat cover lebih banyak tempat...

      Delete
  7. Assalamualaikum en mie. Sy akan ke Chiang mai hujung bulan ni. Mcmana halal food Di sana , mudah ke nak dapat?
    Nora

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Nora,

      Agak mudah untuk dapat makanan halal. Tempat pertama di sekitar Masjid Ban Haw. Tempat kedua pula di dalam kawasan Anusarn Market. Di kedua2 tempat tu ada beberapa restoran makanan muslim. Pilih sajalah dan tak perlu nak bawa makanan yg memberatkan beg dari Malaysia...

      Boleh check Google map atau Google Earth untuk melihat lokasi tersebut..

      Delete
  8. Alhamdullillah.. seronok plak kita.. na pergi ziarah masjid jugak nanti pd Januari 2018

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...